Aswa Advisory

Aswa Advisory ASWA Advisory Sdn Bhd is a licensed Islamic Financial Advisory by Bank Negara Malaysia

🌟 **Program Literasi Kewangan Asnaf Negeri Perak 2026** 🌟Buat julung kalinya, **Program Literasi Kewangan Asnaf Negeri P...
19/06/2026

🌟 **Program Literasi Kewangan Asnaf Negeri Perak 2026** 🌟

Buat julung kalinya, **Program Literasi Kewangan Asnaf Negeri Perak 2026** akan diadakan esok di **Dewan MPT Sri Kota, Taiping, Perak**.

Program ini merupakan anjuran **ASWA Advisory Sdn. Bhd.** dengan kerjasama rakan strategik iaitu **Sekretariat Wanita Perak**, Zurich Takaful Malaysia Berhad dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Seramai **108 peserta dalam kalangan asnaf wanita** yang menjadi tonggak utama keluarga masing-masing akan menyertai program ini. Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran serta pengetahuan asas berkaitan pengurusan kewangan yang berkesan, sekali gus memperkasakan golongan asnaf untuk merancang masa depan kewangan yang lebih mampan.

Menariknya, program ini turut menampilkan sesi perkongsian inspirasi oleh **Puan Jamaliah Binti Ramli**, yang telah berjaya mengubah kehidupannya daripada seorang penerima bantuan asnaf kepada usahawan ikan pekasam yang berjaya. Kisah beliau diharapkan dapat menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada para peserta untuk terus berusaha meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan keluarga.

ASWA Advisory Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada para peserta serta menyumbang ke arah pembangunan komuniti yang lebih berdaya tahan dan sejahtera.

**"Ilmu Kewangan Diperkasa, Kehidupan Diperkukuh."**

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik, memp...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H πŸŒ™

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan kepada perubahan yang lebih baik, memperkukuh iman, memperluas rezeki dan membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Allah SWT berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
β€” Surah Ar-Ra'd: 11

Selamat menyambut 1 Muharram 1448H.
Hijrah dengan tekad, melangkah menuju reda Ilahi.

Daripada seluruh warga ASWA Advisory
Licensed Islamic Financial Adviser approved by BNM

Salam Aidiladha 1447H/2026 Semua. Selamat Berpuasa Arafah & Menunaikan Ibadah Qurban.
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H/2026

Semua. Selamat Berpuasa Arafah & Menunaikan Ibadah Qurban.

Di pagi Jumaat yang penuh barokah tadi, ASWA ADVISORY bersama Rakan-rakan Strategik seperti Kump**an Zurich Takaful, Sek...
15/05/2026

Di pagi Jumaat yang penuh barokah tadi, ASWA ADVISORY bersama Rakan-rakan Strategik seperti Kump**an Zurich Takaful, Sekretariat Wanita Perak (SWP) dan Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) terlibat di dalam mesyuarat penyelarasan bagi Program Literasi Kewangan Asnaf Negeri Perak 2026.

Semoga program seperti ini menjadi asbab & motivasi agar mereka keluar menjadi pembayar zakat satu hari nanti.

Terima kasih buat Pn Jamilah Zakaria dan seluruh pasukannya yang sudi menjadi tuan rumah buat kami.

Sesungguhnya perjalanan & perjuangan menoktahkan miskin tegar di Perak benar-benar berlaku.

Menurut SWP, kadar pendapatan bulanan miskin tegar di Perak adalah sebanyak RM326. Manakala bagi golongan miskin p**a adalah diantara RM327 - RM726.

Bersama-samalah kita menjayakannya.

Berzakat Membawa BerkatRamadhan 1447H kini sudah berada di penghujungnya.Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum...
16/03/2026

Berzakat Membawa Berkat

Ramadhan 1447H kini sudah berada di penghujungnya.
Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan keberkatan ini.

Setiap tahun, Ramadhan datang membawa peluang untuk kita membersihkan hati, memperbaiki diri dan menyucikan harta melalui ibadah zakat.

Alhamdulillah, sebahagian pelanggan ASWA Advisory Sdn. Bhd. telah mengambil kesempatan dalam baki hari Ramadhan ini untuk menunaikan zakat pendapatan dan zakat perniagaan kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melalui khidmat kami.

Sesungguhnya zakat bukan sekadar kewajipan, tetapi ia adalah jalan untuk membersihkan dan menyucikan harta, serta menjadi sebab bertambahnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 103:

β€œAmbillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka; dan doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Semoga zakat yang ditunaikan ini menjadi asbab keberkatan rezeki, ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup kepada semua.

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya.
Jika masih belum menunaikan zakat, semoga kita semua diberi kesempatan untuk menyempurnakan kewajipan ini sebelum berakhirnya bulan yang penuh keberkatan ini.

Berzakat Membawa Berkat.





Pengumuman Cuti Hari Raya Aidilfitri.Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H semua & berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa ...
16/03/2026

Pengumuman Cuti Hari Raya Aidilfitri.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H semua & berhati-hati di jalan raya.

Jangan lupa rancang sijil-sijil takaful anda & client anda seperti motor vehicles, fire, etc sebelum terlewat.

Raikan bersama insan tersayang.

Anda semua dijemput menyertai Webinar ini. Penjagaan Kesihatan Semasa Pencen. Bagaimana kita menguruskannya? Jom daftar!
11/03/2026

Anda semua dijemput menyertai Webinar ini.

Penjagaan Kesihatan Semasa Pencen. Bagaimana kita menguruskannya?

Jom daftar!

πŸ’£ Retirement healthcare is a ticking financial time bomb.

Are your clients protected β€” or exposed?

Join this full-day webinar to explore how Takaful and Shariah-compliant solutions can address the rising costs of retirement healthcare.

🧠 Learn from Mr. Norazizone Norhan β€” Islamic Financial Adviser approved by Bank Negara Malaysia, and CEO of ASWA Advisory.

πŸ” What you’ll gain:
β€’ Insights into Malaysia’s retirement healthcare gaps
β€’ Strategies using Takaful and social finance models
β€’ Practical tools to advise clients with confidence

πŸ“… 9 April 2026 πŸ•€ 9:30 AM – 5:00 PM
πŸ’» MFPC Virtual Platform
πŸŽ“ CPD Hours: MFPC (6), LIAM (6), FIMM (8)
πŸ’° RM170 (Members) RM230 (Public)

πŸ”— Register before 2 April:
https://www.mfpc.org.my/event/mfpc-webinar-cpd-programme-takaful-retirement-healthcare-the-financial-time-bomb/

Salam Ramadhan Kareem 1447H Semua. Semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah SWT & Ramadhan kali ini lebih baik darip...
18/02/2026

Salam Ramadhan Kareem 1447H Semua.

Semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah SWT & Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya.

Insiden Pokok Tumbang: Perspektif Takaful dan Insurans dalam Pengurusan Risiko~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Risiko kej...
17/02/2026

Insiden Pokok Tumbang: Perspektif Takaful dan Insurans dalam Pengurusan Risiko
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Risiko kejadian seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa diduga. Takziah diucapkan kepada mangsa yang terlibat. Semoga mangsa dipermudahkan segala urusan, diberikan kesembuhan sepenuhnya, dan keluarga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Dari perspektif takaful dan insurans, sekiranya berlaku kejadian seperti pokok tumbang yang menghempap kenderaan dan menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta, terdapat dua saluran utama tuntutan yang boleh dipertimbangkan oleh mangsa atau waris:

1. Tuntutan Melalui Perlindungan Takaful / Insurans Motor

Mangsa boleh membuat tuntutan di bawah sijil takaful atau polisi insurans motor mereka, khususnya jika pelan tersebut merangkumi perlindungan terhadap risiko seperti:

🌳 Objek jatuh (falling objects) termasuk pokok tumbang

β˜„οΈ Bencana alam (special perils) seperti ribut, banjir, tanah runtuh dan sebagainya

Perlindungan komprehensif (comprehensive cover)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa implikasi penting:

⚑ Tuntutan ini biasanya akan menyebabkan No Claim Discount (NCD) kembali kepada 0% pada pembaharuan sijil/polisi seterusnya;

πŸ“ˆ Ini akan menyebabkan sumbangan takaful atau premium insurans meningkat pada tahun berikutnya;

πŸ“‰ Namun, kelebihan utama ialah proses tuntutan biasanya lebih cepat kerana ia melibatkan pengendali takaful atau syarikat insurans sendiri

Selain kerosakan kenderaan, jika mangsa mempunyai perlindungan tambahan seperti:

βœ… Takaful Kemalangan Diri (Personal Accident)

βœ… Takaful Perubatan dan Kesihatan

maka kos rawatan dan pampasan kecederaan juga boleh dituntut di bawah sijil tersebut.

2. Tuntutan Melalui Perlindungan Tanggungan Awam (Public Liability) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Pilihan kedua adalah membuat tuntutan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyelenggara kawasan awam tersebut, iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dalam kes ini, ia melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sekiranya pokok yang tumbang tersebut berada di bawah seliaan dan tanggungjawab mereka.

Kebiasaannya, PBT mempunyai perlindungan Public Liability Takaful/Insurance, yang melindungi mereka daripada tuntutan pihak ketiga akibat:

β€β€πŸ©Ή Kecederaan tubuh badan

πŸ’” Kematian

πŸ–€ Kerosakan atau kemusnahan harta benda pihak awam

Kelebihan utama membuat tuntutan melalui saluran ini ialah:

βœ… Tidak menjejaskan NCD pemilik kenderaan

βœ… Mangsa boleh menuntut pampasan penuh bagi kerosakan harta dan kecederaan

βœ… Tuntutan dibuat terhadap pihak yang bertanggungjawab dari sudut undang-undang (legal liability)

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

⚠️ Mangsa perlu membuktikan bahawa pokok tersebut berada di bawah seliaan PBT

⚠️ Mungkin terdapat elemen kecuaian (negligence) seperti kegagalan penyelenggaraan

⚠️ Proses tuntutan mungkin mengambil masa lebih lama kerana melibatkan siasatan dan proses undang-undang

⚠️ Perkara Berkaitan "Excess" dalam Tuntutan Public Liability

Dalam perlindungan Public Liability, terdapat amaun yang dikenali sebagai β€œExcess”, iaitu jumlah tertentu yang perlu ditanggung terlebih dahulu sebelum perlindungan takaful/insurans membayar baki tuntutan.

Amaun Excess ini:

Berbeza mengikut setiap PBT

Dinyatakan dengan jelas dalam sijil takaful atau polisi insurans mereka

Biasanya tidak ditanggung oleh mangsa secara langsung, tetapi merupakan sebahagian daripada struktur perlindungan pihak yang diinsurans/ditakafulkan

Namun, dari sudut praktikal, proses tuntutan dan penyelesaian pampasan bergantung kepada hasil siasatan liabiliti oleh panel adjuster dan terma serta clausa sijil/polisi.

Kepentingan Mendapatkan Nasihat dan Bertindak Awal.

Sekiranya anda mengenali mangsa atau waris mangsa, mereka boleh disarankan untuk:

βœ… Mengumpulkan bukti seperti gambar kejadian, laporan polis dan laporan perubatan

βœ… Menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans mereka

βœ… Membuat laporan rasmi kepada PBT yang berkaitan

βœ… Mendapatkan nasihat profesional daripada wakil/penasihat takaful, pengendali takaful atau penasihat insurans atau peguam.

Tindakan awal boleh membantu memastikan hak mangsa dilindungi dan proses tuntutan berjalan dengan lebih lancar.

Kesimp**an

Insiden seperti ini mengingatkan kita bahawa risiko boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran. Takaful dan insurans memainkan peranan penting sebagai mekanisme perlindungan kewangan bagi membantu mangsa menghadapi kesan kewangan akibat musibah yang tidak dijangka.

Dalam masa yang sama, pemahaman mengenai saluran tuntutan yang betul dapat membantu mangsa membuat keputusan yang lebih tepat dan mengelakkan kerugian yang tidak perlu, termasuk kehilangan manfaat seperti NCD.

Sekali lagi, Semoga mangsa diberikan kesembuhan sepenuhnya dan dipermudahkan segala urusan.

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diminta mengambil tindakan segera susulan insiden pokok tumbang yang menghempap dua pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, di sini, tengah hari tadi.

Address

T2A-13A-11, 3 Towers, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
55000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aswa Advisory posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aswa Advisory:

Shortcuts

Share