17/01/2022
Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda memperoleh potensi keuntungan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrumen melalui penyediaan modal.
Terdapat empat (4) sebab utama kenapa kita digalakkan untuk mula melabur;
1. Potensi peratusan pulangan yang diterima melalui pelaburan boleh mengatasi inflasi (dengan syarat ianya perlu melebihi kadar inflasi negara). Inflasi merujuk kepada susut nilai matawang yang menjadikan nilainya semakin mengecil sepanjang tahun. Sebagai contoh, jika dahulu dengan RM100 kita boleh membeli 1 troli penuh barangan keperluan, kini dengan nilai yang sama mungkin kita hanya boleh membeli tidak sampai 10 barangan dapur sahaja.
2. Pelaburan mewujudkan pendapatan pasif. Anda boleh bekerja seperti biasa serta melabur pada masa yang sama bagi mendapatkan potensi pendapatan tambahan tanpa perlu memenatkan diri anda melakukan 2-3 kerja. Sebagai permulaan, asingkan 10% daripada pendapatan bulanan anda dan lakukan pelaburan secara berkala.
3. Berbanding dengan simpanan di bank, pelaburan berpotensi memberikan pulangan yang lebih baik. Betul, tiada sebarang jaminan pulangan dan setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Tetapi pernah dengar perumpamaan "higher the risks, higher the return"? Apa yang penting, pastikan anda memahami terlebih dahulu jenis dan risiko yang terlibat dalam pelaburan yang anda pilih.
4. Pelaburan merupakan salah satu cara untuk anda merancang masa depan. Ianya boleh membantu anda untuk mengawal perbelanjaan dan memupuk diri anda untuk menjadi lebih disiplin dalam menguruskan kewangan anda.
Ingin dapatkan maklumat lanjut? PM mana-mana konsultan kami untuk mendapatkan lebih informasi berkaitan dengan pelaburan dalam dana unit amanah patuh syariah ditawarkan PMB Investment.