06/09/2021
7 Cara Membaiki Kewangan Yang Tenat
**************
Kalau kewangan kita kacau, hati boleh jadi risau. Hidup ni tak semuanya indah belaka. Kadangkala tersilap langkah sampai kewangan kita boleh jadi tenat.
Masalah kewangan adalah satu isu yang wajib kita tangani secepat mungkin sebelum ia melarat.
Tengah berusaha nak betulkan balik kewangan korang?
Kewangan tengah tenat? Jom baiki balik kewangan dengan cara ini.
*
1. Turunkan Taraf Hidup
Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, janganlah sampai lupa nak menyimpan dan bayar hutang.
Jadi, berubahlah. Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.
2. Tahan Nafsu Berbelanja
Ada orang menggelupur apabila tengok perkataan SALE 70%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai.
Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.
3. Simpan Sebelum Berbelanja
Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan 10% gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau. Sebagai force saving. Jadi, selebihnya kau berbelanja lah.
4. Pendapatan Sampingan
Tambahkanlah pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, buat Uber atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah cari pendapatan sampingan.
5. Buat Bajet & Ikut
Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat tersebut. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting.
6. Berhenti Buat Hutang Baru
Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM15K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Menambahkan pening kepala ada la. Jangan bertangguh bayar hutang. Rosak CCRIS nanti mula lah bising.
7. Jangan Membazir
Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Gaji kau bawah RM3K tapayana pakai kereta import mewah lah. Pakai kereta tempatan sudah. Telefon tu elok lagi tak perlu tukar baru. Baju nak yang berjenama je tak guna kalau bank telefon pun kau tak angkat. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.
*
Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main skim pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.
Duk beli benda tak penting. Masa zaman muda duk gilakan kereta import mewah, tukar sport rim, tukar tempat duduk. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.
Selepas ni, muhasabah sekejap diri tu. Tak guna gaya hidup kau mewah tapi hutang keliling pinggang. Tak guna travel sana sini tapi hutang kawan tak reti nak bayar balik.
Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Lepastu, bila masa kau nak simpan duitnya? Kah!
SHARE l TAG jika bermanfaat 🤗