23/02/2024
Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) & Penyata Tahunan 2023 Kini Tersedia!
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Pemegang Sijil Takaful PruBSN Sekalian,
Sukacita ingin kami maklumkan bahawa Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS) dan Penyata Tahunan (AS) 2023 untuk pelanggan kami sudah tersedia!
Penyata-penyata ini akan tersedia untuk rujukan dan boleh dimuat turun dari platform-platform yang dinyatakan di bawah bermula dari 23 Februari 2024.
1. PruBSN Touch : https://bit.ly/prubsn-touch
2. Aplikasi Pulse : https://bit.ly/myPRUServices
3. Mohon bantuan saya untuk muat turun
Seperti biasa, kami akan menghantar satu pesanan ringkas SMS kepada pelanggan bagi memberitahu tentang ketersediaan e-penyata bermula dari 23 Februari 2024 secara berperingkat.
Kandungan SMS ialah:
RM0.00 PruBSN: Penyata Sumbangan Takaful & Penyata Tahunan 2023 tersedia di https://bit.ly/prubsn-touch & https://bit.ly/myPRUServices utk rujukan & muat turun
Kami percaya maklumat tahunan ini akan berguna kepada anda. Akhir kata, kami mengucapkan terima kasih atas di sokongan berterusan anda. Bersama kami meraih kejayaan tahun ini!
Yang Benar,
Hairee Adhridan Razali
PruBSN Takaful Consultant