HR Services Centre - Acerbic Synergy

HR Services Centre - Acerbic Synergy "Your HR Outsourcing Solution Centre"

Outsourcing excellence in HR, Training & Development, Accounting, and Taxation.

Empowering businesses to focus on growth while we handle the rest.

Dari bulan Januari sampai Jun 2026, akhirnya HR Online Class Series dah pun tamat! ❤️Untuk semua yang dah join, support,...
24/06/2026

Dari bulan Januari sampai Jun 2026, akhirnya HR Online Class Series dah pun tamat! ❤️

Untuk semua yang dah join, support, follow dan belajar dengan kami sepanjang perjalanan ni, terima kasih banyak-banyak! 🫶

Kami sangat hargai setiap seorang yang luangkan masa untuk join kelas, tambah ilmu dan sama-sama grow dalam dunia HR. Support korang memang bermakna untuk kami, dan kami harap setiap sesi yang kita buat dapat bantu korang apply sesuatu yang lebih baik dalam tempat kerja masing-masing.

Tapi… kami belum habis lagi 👀✨

Kami tengah plan sesuatu yang special untuk korang which is FREE Online Class sempena National Training Week (NTW) di bawah HRD Corp🔥

Tapi sebelum tu, kami perlukan bantuan korang!

Target kami nak capai 500 subscribers dalam WhatsApp Channel “HR Learning Community” dulu sebelum kami release kelas FREE ni

So kalau korang belum join lagi, atau ada kawan yang berminat nak belajar lebih banyak pasal HR, ajak mereka sekali dan jom kita besarkan community ni sama-sama ❤️

👉 Klik link di sini untuk join channel: https://whatsapp.com/channel/0029VbCiS0m5fM5X1W3HaW0s

"Muharram: reset hati, restart iman."🌙 Salam Awal Muharram 1448HSelamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam ...
17/06/2026

"Muharram: reset hati, restart iman."

🌙 Salam Awal Muharram 1448H

Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Tahun baru bukan sekadar bertukar angka, tapi juga peluang untuk kita muhasabah diri, perbaiki apa yang perlu, dan mulakan langkah baru dengan semangat yang lebih baik.

Buat semua majikan, HR, pengurus dan pekerja, semoga tahun ini membawa lebih banyak rezeki, keberkatan, kejayaan dan urusan kerja yang dipermudahkan.

Semoga setiap usaha yang dilakukan, sekecil mana pun, diberi ganjaran yang baik dan menjadi asbab kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

✨Daripada kami di Acerbic Synergy, selamat menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga tahun ini membawa kebaikan dan keberkatan buat kita semua.

🚨 Employee Handbook Ada? HR Policy Ada? Tapi Betul Ke Dua-Dua Tu Dah Cukup Untuk Lindungi Syarikat Anda?Ramai business o...
02/06/2026

🚨 Employee Handbook Ada? HR Policy Ada? Tapi Betul Ke Dua-Dua Tu Dah Cukup Untuk Lindungi Syarikat Anda?

Ramai business owner dan HR ingat Employee Handbook dan HR Policy tu benda yang sama.

Sebab tu bila jadi isu pekerja, baru kelam-kabut cari dokumen, semak polisi, dan tertanya-tanya kenapa tindakan yang diambil susah nak dikuatkuasakan.

Hakikatnya, ramai syarikat memang ada dokumen HR…

Tapi dokumen tu:
❌ Tak lengkap
❌ Tak praktikal untuk digunakan
❌ Tak pernah dikemaskini
❌ Tak jelas siapa yang perlu ikut dan bagaimana nak laksanakan

Dalam kelas PERCUMA ini, kami akan kongsikan perkara yang ramai business owner dan HR terlepas pandang:

✅ Apa beza Employee Handbook dan HR Policy
✅ Bila syarikat perlukan handbook, policy atau kedua-duanya sekali
✅ Kesilapan biasa yang buat polisi syarikat "tak jalan" bila berlaku kes pekerja
✅ Cara pastikan dokumen HR anda lebih jelas, praktikal dan boleh digunakan

Kalau anda urus pekerja, ini antara asas HR yang memang wajib faham.

📅 Tarikh: 3 Jun 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
💰 Yuran: PERCUMA

Kadang-kadang masalah HR bukan sebab pekerja susah diurus.

Kadang-kadang sebab syarikat tak ada dokumen yang betul untuk dijadikan rujukan.

Join group sekarang untuk dapatkan akses ke kelas percuma ini dan belajar perkara yang setiap business owner dan HR patut tahu sebelum timbul masalah pekerja.

Link channel HR Learning Community: https://whatsapp.com/channel/0029VbCiS0m5fM5X1W3HaW0s

Acerbic Synergy merakamkan setinggi-tinggi ucapan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Per...
01/06/2026

Acerbic Synergy merakamkan setinggi-tinggi ucapan sempena Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan yang berterusan, serta pemerintahan yang penuh dengan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk negara.

Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. 🪷Semoga hari yang bermakna ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan keb...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada semua yang meraikannya. 🪷

Semoga hari yang bermakna ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kebaikan buat anda serta insan tersayang.

Ikhlas daripada kami di Acerbic Synergy, selamat menyambut Hari Wesak!

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Acerbic Synergy 🌙✨“Aidiladha mengajar kita setiap pengorbanan yang ik...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Acerbic Synergy 🌙✨

“Aidiladha mengajar kita setiap pengorbanan yang ikhlas pasti akan hadir dengan hikmah dan keberkatan.”

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat anda sekeluarga. 🤍

Ikhlas daripada,
Team Acerbic Synergy 💼

“Di sebalik setiap pencapaian, ada seseorang yang pilih untuk teruskan. Hari ini kita hargai usaha, kemahiran, dan marua...
01/05/2026

“Di sebalik setiap pencapaian, ada seseorang yang pilih untuk teruskan. Hari ini kita hargai usaha, kemahiran, dan maruah dalam setiap kerja.”

Acerbic Synergy ucapkan Selamat Hari Pekerja 🤝 Hari ni kita celebrate semua orang di sebalik bisnes yang buat semuanya terus berjalan setiap hari. Terima kasih sebab tetap datang dan bagi effort walaupun susah. Selamat Hari Pekerja semua.

Seronok bila dapat meeting dengan salah satu client paling lama kami minggu lepas 🤝Dari mula kerja sama sampai sekarang,...
26/04/2026

Seronok bila dapat meeting dengan salah satu client paling lama kami minggu lepas 🤝

Dari mula kerja sama sampai sekarang, relationship tu dah jadi lebih daripada sekadar client dan kami dah jadi partnership yang ada trust dan grow sama-sama.

Ini sebenarnya jenis hubungan yang kami nak bina dengan lebih ramai business owner. Bukan setakat settle masalah HR, tapi jalan sekali untuk kuatkan bisnes.

Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang percaya dengan Acerbic Synergy sebagai HR Consultant anda 🙏

Harap lepas ni, lebih banyak partnership macam ni dapat kita bina lagi!

🚨 UPDATE: KELAS RESCHEDULE 🚨Kelas 20/5 (Rabu) dah ditukar ke 21/5 (Khamis) ya!Yang dah plan tu jangan risau, just adjust...
21/04/2026

🚨 UPDATE: KELAS RESCHEDULE 🚨

Kelas 20/5 (Rabu) dah ditukar ke 21/5 (Khamis) ya!
Yang dah plan tu jangan risau, just adjust sehari je

📅 Tarikh baru: 21 Mei 2026 (Khamis)
🕙 Masa yang sama, tapi ilmu tetap padu.

And btw… Kita tinggal 4 kelas online je lagi sampai Jun! dan Kami juga masih ada kelas FREE & special yang belum habis lagi untuk majikan dan HR yang nak belajar HR lebih mendalam.

Kalau korang belum join, jomlah join Channel kami!
👉🏻 Join HR Learning Community (link di bawah) untuk update kelas akan datang!
👉🏻 Link Channel: https://whatsapp.com/channel/0029VbCiS0m5fM5X1W3HaW0s

Save the date guys, jangan terlepas kelas bulan 5 dan bulan 6 ni! 😉

Apa yang anda akan belajar dalam kelas “Urus Disiplin Tanpa Ragu”?Dalam kelas ni, kami akan kongsikan objektif pembelaja...
14/04/2026

Apa yang anda akan belajar dalam kelas “Urus Disiplin Tanpa Ragu”?

Dalam kelas ni, kami akan kongsikan objektif pembelajaran yang bantu anda urus disiplin staff dengan lebih yakin dan ikut prosedur yang betul. Tak perlu lagi ragu-ragu atau takut buat silap!

Kalau tak join esok, memang rugi besar! Dahlah harga kelas murah je 🔥

🎓 Acerbic Academy HR Online Series
Urus Disiplin Tanpa Ragu

🗓 Tarikh: 15 April 2026
⏰ Masa: 10:00 AM – 2:00 PM
💻 Platform: Online (Microsoft Teams)
💰 Yuran: Hanya RM19

🚨 Pendaftaran masih dibuka!
👉 Klik link ni untuk daftar!
https://kelashuruharahr.my.canva.site/hr-online-series-2026

Address

L3-023, Level 3, MYTOWN SHOPPING CENTRE, 6, Jalan Cochrane, Maluri, Cheras, Cheras
Kuala Lumpur
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HR Services Centre - Acerbic Synergy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HR Services Centre - Acerbic Synergy:

Share