04/02/2021
KEWANGAN & TAKAFUL
Tidak kiralah sama ada bujang atau berkeluarga, merancang kewangan merupakan salah satu perkara penting dalam memastikan kehidupan anda berjalan dengan lancar.
Perancangan kewangan ini termasuklah membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan sewaktu kecemasan.
LINDUNGI DIRI SEBELUM TIGA βDβ
Ramai sibuk merancang kewangan untuk perkara yang kita mampu kawal. Tapi kita sering lupa perkara yang tak mampu kita kawal bila ia akan berlaku, iaitu 3D.
Apa benda TIGA D tu?
-Disease
-Disability
-Death
π°
Jika berlaku D yang pertama, kita terpaksa korbankan wang simpanan kita untuk menampung kos rawatan. Kalau ditakdirkan sakit tu teruk, kita mungkin tak mampu bekerja mencari wang untuk menyara hidup.
Jika berlaku D yang kedua, dah tak mampu nak bekerja. Siapa nak sara makan minum kita? Kalau kita ada keluarga, siapa nak sara anak bini kita?
Apabila berlaku D yang ketiga, yang mana setiap antara kita pasti melaluinya, kesedihan bakal melanda waris kita. Harta simpanan kita selama ini akan dibekukan, hutang seperti loan bank, rumah, kereta perlu dilangsaikan, selepas itu baru boleh dibahagikan kepada ahli waris.
Selalunya berapa lama? Paling cepat mungkin 6 bulan. Itupun biasanya sebab harta sikit. Macam mana keluarga kita nak survive sepanjang 6 bulan tu?
TAKAFUL SEBAGAI PERLINDUNGAN
Lindungilah diri dan keluarga dengan takaful.
Jika sakit, ada medikal kad yang membantu menampung kos rawatan. Tak perlu habsikan wang simpanan yang bertahun-tahun kita simpan.
Jika lumpuh kekal, kita akan dapat sejumlah pampasan. Duit tu la nak guna tampung perbelanjaan harian, upah penjaga dan sebagainya.
Apabila kita meninggal, pampasan akan dihibahkan kepada waris kita dalam tempoh 2 minggu sahaja. Ye, 2 minggu. Tempoh yang pendek. Semoga waris dapat manfaatkan wang hibah tersebut untuk perbelanjaan harian dan mungkin tampung pembelajaran anak-anak.
Ambillah takaful. Sekurang-kurangnya bila kita lindungi diri kita, jika tiga βDβ ni nak datang juga, kita tahu yang kita ada back-up. Kita tahu yang ahli keluarga dan orang tersayang tak perlu risau.
Lindungi diri dengan takaful π
Hakeem KS,
AIA Takaful Consultant