11/05/2024
Hantaran semula gambar petang kelmarin.
Syukur selesai semua janji temu di Kuala Lumpur / Selangor.
Kepada beberapa orang yang belum sempat jumpa tu, jangan risau kita atur dalam seminggu lagi.
Antara janji temu dan urusan yang selesai;
1. Jumpa pelanggan takaful di i-City Shah Alam, ada kesedaran nak tambah baik sijil sebab dengar ulasan di radio BFM, katanya ada seorang pesakit kanser tu buat pengakuan kad medikal akan habis had dan beliau tiada kepastian apa akan jadi bila had tersebut habis. Setuju dengan cadangan sijil kad medikal RM239 sebulan dengan had 1 juta setahun. Beliau juga bersetuju dengan cadangan sekeping sijil hibah bernilai RM350 ribu, penyakit kritikal RM100 ribu dengan hanya RM161 sebulan. Beliau perempuan, baru berkahwin, umur 42 tahun, jurutera di Litar Antarabangsa Sepang.
2. Pelanggan lama dan juga sahabat sekolah di Cyberjaya, minat untuk ubah perlindungan daripada rm100 ribu setahun ke 1 juta setahun. Ada kerisauan andai jatuh sakit dan sedar perlindungan syarikat sekadar bersifat sementara. RM202 sebulan. Beliau lelaki, berkahwin, tidak merokok, umur 35 tahun, Penganalis syarikat internet. Anak bekas menteri. Bapa dia menteri pun dia masih fikir tentang hari-hari yang tidak pasti.
3. Pelanggan terakhir jumpa di IOI Putrajaya. Saya cadangkan sijil takaful berharga RM390 sebulan, akhirnya dia pilih sijil takaful berharga RM425 dan RM263 untuk si isteri kesayangan. Semuanya berjumlah RM688 sebulan, dia s**a angka tersebut. Namun saya bagitahu dia, harga caruman bulanan tidak dijamin dan termaktub dalam semua sijil takaful atau polisi insurans, kalau ada ejen cakap ambil dekat dia, harga pasti tidak naik, bagi dia asid. Pelanggan ini seorang pengasas portal internet tersohor, umur 36, berkahwin, merokok, kini bergelar pengarah bebas syarikat apabila syarikat beliau sudah diambil alih syarikat konglomerat. Ini antara figura yang bersara muda pernah saya jumpa. Saya terinspirasi!
4. Hadir ke Jabatan Perkastaman, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya untuk maklumat yang saya perlukan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bantu beri maklumat awal sebelum ini. Moga urusan saya yang ini dipermudahkan. Doakan saya🤲. Terima kasih semua🙏.
Terima kasih Izzah Madihah teman saya kali ini dan bertindak sebagai pegawai operasi, saya cuma bercakap, dia laksanakan kerja-kerja meja.
Sekarang kami sedang bertolak pulang ke Pulau Pinang, kalau ada kawan-kawan yang tidur masjid lagi hari ni bagitahu ya, saya tolong pergi ambil hantar balik.
Doakan perjalanan kami.
URUSAN TAKAFUL? Boleh cari saya ya😁
Fahmi Zakariya @ Uncle Mon
Takaful Maestro
Opportunist
Recond Car Newbie
Motivator belakang rumah.
Rakyat biasa yang tanah tokwannya dirompak.