07/01/2026
MESEJ BANTUAN SARA RM300 HANYA SCAM, JANGAN TERPEDAYA
Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada terhadap satu mesej Bantuan SARA yang mendakwa penerima layak menerima bantuan sekali bayar berjumlah RM300 di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan akan dikreditkan ke dalam akaun Touch βn Go.
Mesej berkenaan turut menggesa penerima supaya mengesahkan kelayakan dengan menekan satu laman web melalui pautan yang disertakan.
Gaya penulisan serta alamat URL dalam mesej tersebut direka seakan-akan komunikasi rasmi kerajaan bagi mengelirukan mangsa dan meningkatkan tahap kepercayaan.
Bagaimanapun, semakan mendapati pautan berkenaan bukanlah laman web rasmi kerajaan. Lebih membimbangkan, tindakan mengklik pautan tersebut dan memasukkan maklumat peribadi atau perbankan berisiko menyebabkan kecurian identiti serta kerugian kewangan.
RM0 SARA: Bermula 1 Januari 2026, bantuan sekali bayar RM300 akan dimasukkan ke dalam akaun bank Touch βn Go anda. Sila sahkan kelayakan dan log masuk ke laman web rasmi untuk menghantar permohonan β Kementerian Kewangan (M*F). contoh mesej tersebut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengabaikan sebarang SMS atau e-mel tidak diminta yang mendakwa menawarkan bayaran atau bantuan kerajaan.
Sumber : Sirap Limau, 2026