14/04/2022
ππππ,πππ.ππ πππππ πππππ πππ ππππ
Lama saya simpan penulisan ni sebab nak ambil kekuatan sebelum post di medsos. Tapi setelah dapat keizinan waris, beliau pun galakkan saya untuk beri kesedaran pada orang ramai tentang Hibah ni.
πππππππππ
12 Jun 2021 -Mula mencarum takaful bersama Suami.
9 Okt 2021 - Arwah mengalami demam panas dan tak kebah selama beberapa hari.
12 Okt 2021 - Pada lewat malam, Arwah dikejarkan ke HTJ Seremban dan dimasukkan ke Wad Kecemasan untuk dipantau kerana bacaan oksigen menurun dengan cepat.
13 Okt 2021 - Pada awal 8 pagi arwah telah p**ang dijemput Ilahi. Menurut Dr, arwah disahkan mengalami βSevere Pneumonia with Acute Respiratory Distress Syndromeβ. Seakan penyakit Covid-19. Ini salah satu jangkitan paru-paru. Dia serang dan rosakkan paru-paru dengan cepat.
21 Okt 2021 - Saya hantar semua dokumen Klaim Kematian arwah ke AIA Public Takaful.
28 Mac 2022 - Alhamdulillah, klaim hibah lulus dan RM80,717.31 jumlah hibah telah di βbank-inβ ke akaun penama hibah iaitu Suami dan Ayah arwah.
Alhamdulillah. Syukur waris dah dapat.
Sebelum ni arwah memang sihat dan ceria saja. Tapi tulah takdir Allah, tak siapa pun sangka, semuda umur arwah 29 tahun diuji dengan kesakitan begitu dan Allah lebih sayangkan arwah.
Sebenarnya Arwah pergi tepat pada tarikh polisi takaful beliau baru sahaja mencukupi 5 bulan. Arwah ambil polisi hibah dan sakit kritikal, mencarum bulanan hanya RM66.20 dan jumlahnya RM331. Tak tinggi pun, tapi arwah tinggalkan legasi hibah yang besar buat waris. Ini yang hebat.
Saya masih terngiang-ngiang pesanan arwah pada saya masa mula-mula ambil takaful.
βFayyadh, awak tolong jaga amanah akak ni elok-elok ya. Kalau akak dah takde nanti tolong uruskan yaβ. Allahu. Tak sangka ini benar-benar berlaku juga.
Dan sekarang saya telah selesaikan amanah tu dengan sebaiknya. Hibah dah pun sampai ke tangan Suami dan Ayah arwah. Mungkin itu pahala dan tanggungjawab terakhir arwah buat ahli keluarga beliau. InsyaAllah pahalanya akan berpanjangan. Kerana saya tahu keadaan keluarga arwah yang serba kekurangan dan selama ini arwah juga antara tempat bergantung sumber pendapatan keluarga selain ayah arwah. Sebab tu arwah bersungguh nak sediakan takaful.
Pesanan buat semua,
Duit hibah ni memanglah tak boleh nak mencari pengganti batang tubuh seperti arwah, tetapi sekurang-kurangnya arwah tak tinggalkan peranan dan kasih sayang beliau sebagai seorang isteri, anak dan kakak dalam keluarga.
Besar pengajaran yang kita boleh ambil dari kes klien saya ni.
Percayalah!
KESEDARAN ITU LEBIH MAHAL berbanding caruman takaful anda. Nanti anak dan keluarga anda juga yang akan merasa manfaatnya. Ia tak membebankan, tapi tinggalkan keluarga terkontang kanting bina hidup baru lagilah berat bebanan mereka.
Kata suami arwah pada saya, semenjak arwah pergi, takda lagi waris atau orang luar yang bagi sumbangan sebanyak ini kecuali syarikat takaful. Allahu, saya memang berbesar hati dan syukur sangat dapat bantu keluarga arwah.
Dari kes klien saya ni, saya rasa makin bersemangat dan bersungguh nak bantu semua orang, betapa pentingnya takaful Hibah dan Sakit kritikal ni kena ada dalam coverage takaful kita.
Sekarang tindakan kita p**a.
Moga kita dapat sesuatu. Baca dan fikirkan.
Boleh berhubung ππ» untuk saya bantu.
http://wasap.my/60183693359