20/03/2026
Dulu Saya 'Block' Ejen, Sekarang Saya Di Sini.
Bukan untuk menunjuk, tapi sekadar berkongsi satu perjalanan. Kejayaan yang datang hari ini bukan bergolek semalaman. Di sebaliknya ada usaha back-to-back jumpa orang, mendengar keresahan klien, dan menuntut ilmu untuk memberi solusi yang betul.
Jujurnya, dulu saya antara orang yang paling skeptikal dengan industri ini. Saya pernah rimas, malah pernah 'block' nombor kawan sendiri yang terlalu mendesak. Sebab itu, prinsip saya hari ini mudah: Bantu klien ikut keperluan dan kemampuan mereka.
Hari ini Allah bawa saya ke industri Takaful, Unit Trust & Hartanah dengan satu niat untuk memberi kesedaran (awareness), bukan paksaan. Saya bukan di sini untuk "cuba-cuba". Saya masuk kerana saya nampak nilai dan besarnya tanggungjawab ini.
Alhamdulillah, masuk bulan ke-4 perjalanan ini, Allah kurniakan rezeki yang luar biasa. Terima kasih atas kepercayaan anda semua.