16/06/2021
SYARIKAT AMANAH TAK BOLEH TUTUP OPERASI ?
Soalan di pm kepada saya kerana ada pihak berkata membuat dokumen perancangan harta dengan bukan syarikat amanah ( sdn bhd / individu / buat sendiri ) pun sama sahaja dengan buat dokumen di syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad.
Lepas mati nanti lantik peguam dan bawa saja dokumen ke Mahkamah Syariah settle lah. Pihak yang buat dokumen tu tak wujud lagi pun tak apa asalkan dokumen itu ada. Tak perlupun buat dokumen perancangan harta dengan syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad katanya.
APA RISIKO YANG KITA KENA TAHU ?
Syarikat sdn bhd boleh digulung ( tutup ) pada bila2 masa hanya dengan resolusi lembaga pengarah saja. Tiada sebarang sekatan dari mana2 pihak untuk syarikat itu tutup operasi. Terserah kepada Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan. Tiada jaminan syarikat itu masih wujud 10,20 atau 30 tahun depan apabila kita mati dan waris kita memerlukan perkhidmatan mereka.
Jika individu yang membuat dokumen itu, individu itu boleh mati pada bila2 masa dan risiko itu makin tinggi dalam musim pandemik ini. Risiko ini sama juga jika kita sendiri yang membuat dokumen itu selepas mendengar cara2 membuat dokumen di media sosial !
APA KESANNYA ?
Jika syarikat sdn bhd itu telah tutup atau individu yang membuat dokumen itu telah mati, kepada siapakah waris kita boleh mohon pertolongan untuk melaksanakan dokumen itu mengikut proses undang2?
Pihak yang membuat dokumen itu sahaja yang tahu secara tepat kenapa dokumen itu dibuat sedemikian rupa. Kalau mereka sudah tiada, siapakah yang akan membantu menghujahkan dokumen itu di Mahkamah Syariah bila dibicarakan ? Di manakah rukun dan syaratnya ? Di manakah hujah syarak yang menyokongnya ? Memang betul mana2 peguam boleh membawa kes itu ke Mahkamah tetapi tahukah peguam itu secara tepat kenapa dokumen itu sedemikian bentuknya ?
Orang yang membuat dokumen itu telah mati. Syarikat itu telah tutup. Bolehkah dokumen itu dikuatkuasakan dan hasrat kita tercapai ?
UNDANG2 BERUBAH SECARA DINAMIK.
Masyarakat juga perlu faham bahawa undang2 berkaitan penghartaan Islam ini berubah secara dinamik. Cara hakim2 berfikir dan memandang sesuatu isu dari 1998 sehingga 2021 juga telah berubah. Ini pemerhatian peribadi saya sendiri yang terlibat secara langsung dengan industri ini semenjak 23 tahun lepas. Dokumen yang dulunya sah kini boleh menjadi tidak sah kerana perubahan ini.
Kalau syarikat sdn bhd itu telah tutup atau individu yang membuat dokumen itu telah mati, siapakah yang akan memastikan dokumen yang dibuat kekal relevan dan dikemaskinikan ?
SYARIKAT AMANAH TAK BOLEH TUTUP OPERASI ?
Di sinilah PENTINGNYA menggunakan perkhidmatan syarikat amanah bagi tujuan membuat dokumen perancangan harta kerana ada unsur PERPETUITY kepada syarikat amanah yang tiada pada bukan syarikat amanah. Ini unsur yang tidak diketahui dan jarang diceritakan dalam masyarakat. Saya akan mati tetapi Wasiyyah Shoppe Berhad akan terus beroperasi. Saya pernah bertemu dengan syarikat amanah berusia 150 tahun di Australia!
Lembaga Pengarah Wasiyyah Shoppe Berhad terikat dengan Akta Syarikat Amanah 1949 ( Akta 100 ) yang tidak mengikat Lembaga Pengarah Syarikat sdn bhd. Akta itu menetapkan jika Wasiyyah Shoppe Berhad ingin menutup operasi, selain prosedur biasa penutupan, kami juga perlu memohon kebenaran Mahkamah Sivil.
Dalam memberi kebenaran, Mahkamah Sivil akan mengambilkira faktor bahawa Wasiyyah Shoppe Berhad mestilah telah menunaikan segala tanggungjawabnya ke atas pengurusan harta pusaka pelanggannya. Jika ini gagal ditunaikan, kebenaran tidak akan diberikan. Pemegang saham juga akan dilarang dari menjual saham mereka.
Agak mustahil Wasiyyah Shoppe Berhad boleh menunaikan tanggungjawabnya kepada semua 70,000 pelanggan dalam satu masa. Ia akan memakan masa berbelas dan mungkin berpuluh tahun sebelum kami boleh menyelesaikannya dengan syarat kami berhenti memberi perkhidmatan kepada sesiapapun mulai hari ini !
Begitulah ketatnya undang2 yang mengikat Syarikat Amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad. Kenapa ? Kerana syarikat amanah fungsi dan kuasanya memang jelas di dalam undang2 dan urusan perancangan harta masyarakat.
APA YANG PENTING SEBENARNYA ?
Apa yang penting bila ada perubahan undang2 semasa, kita akan dimaklumkan dan pihak yang membuat dokumen itu akan membantu mengemaskini dokumen kita mengikut keperluan undang2 paling terkini.
Apa yang penting ialah kita mahu waris kita 10, 20, 30 50 atau mungkin 100 tahun akan datang apabila mereka mahu melalui proses undang2 dengan dokumen yang kita buat hari ini , pihak yang membuat dokumen itu masih wujud untuk membantu waris kita.
Apa yang pentingnya ialah apabila berlaku perubahan undang2, pengenalan akta / enakmen baru atau perubahan pandangan hakim2, kita dimaklumkan dan dibantu supaya dokumen sedia ada yang kita telah buat, akan dibantu untuk dikemaskinikan.
Apa yang penting ialah kita mahukan organisasi yang membuat dokumen perancangan harta kita diuruskan secara profesional dengan amalan tadbirurus korporat terbaik kerana kita mahu pastikan waris kita mendapat perkhidmatan terbaik.
Namun di Malaysia tiada undang2 khusus yang menetapkan dokumen perancangan hanya boleh dibuat melalui syarikat amanah atau peguam. Sesiapapun bebas memberi perkhidmatan penyediaan dokumen ini. Terserahlah kepada masyarakat untuk membuat pertimbangan mana yang lebih baik.
RENUNGAN : APA GUNANYA BUAT DOKUMEN PERANCANGAN HARTA JIKA WARIS KITA TAK DAPAT DIBANTU PADA MASA DEPAN DAN DOKUMEN ITU TAK BOLEH DIKUATKUASAKAN ?
ABS
Daei Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH )