07/10/2023
SAVING BANYAK, HUTANG PUN BANYAK
Satu ilmu yg sy belajar dari seorang jutawan.
Kita kena sentiasa KONTRAkan saving vs hutang. Barulah kita tahu level sebenar kewangan kita. Positif atau negatif.
Cth
Saving 300K
Emas 300g (anggaran 81K)
Nampak banyak kan?
Nampak kaya kan?
Mesti ada sedikit rasa "Aku Kaya." π
Ok sekarang, kita kena kira p**a total hutang kita.
Cth
Kereta baki 130K
Rumah baki 490K
PL baki 70K
Total hutang = 690K
Hutang 690K
Cash + emas = 381K
NEGATIVE 309K ππ€
So bila kita kontrakan hutang dan saving, barulah kita tahu sebenarnya kita tak kaya mana pun.
Faham kan betul-betul KONSEP KONTRA. Supaya kita tak cepat perasan kaya hanya kerana kita ada duit 6 Angka & emas ratus-ratus gram. π
Ilmu kontra ni:-
πUntuk kita sedar level kekayaan dan level hutang kita.
πAgar kita lebih sedar diri... tak syok sendiri.
π Supaya kita keep track hutang-hutang kita dan tahu baki setiap hutang kita.
π Membantu kita menyenaraikan duit, harta dan hutang yg kita ada.
π Bila dah ada senarai baki hutang-hutang, senanglah kita nak pilih mana satu hutang yg nak dihapuskan terlebih dahulu (teknik snowball).
π Bila result kontra negatif, ia akan motivate kita utk kurang memboros beli barang merepek
So kalau selepas kontra, dapat result negatifffff, nak buat apa?
Buatlah apa yg patut.
Selamat mengira. Selamat meng-kontra. π
Credit: Bebas Hutang