Financial Aid Service

Financial Aid Service WE are specialist on financial service with 15 years experience.

Selamat Hari Raya Aidiladha kami ucapkan kepada seluruh team Smart Access Resources, kepada semua agent-agent kami di se...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kami ucapkan kepada seluruh team Smart Access Resources, kepada semua agent-agent kami di seluruh Malaysia serta kepada para pelanggan yang sentiasa setia berurusan dan memberi kepercayaan kepada pihak kami selama ini🙏🙏

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, rezeki yang melimpah serta mengeratkan lagi silaturahim antara kita semua.

Hari Raya Aidiladha bukan sekadar sambutan korban, tetapi mengingatkan kita tentang sebuah kisah agung penuh pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan iaitu kisah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail merupakan lambang ketaatan tertinggi kepada perintah Allah SWT. Ia bermula apabila Nabi Ibrahim diperintahkan melalui mimpi untuk menyembelih puteranya, Nabi Ismail. Walaupun ia merupakan ujian yang sangat berat, Nabi Ibrahim tetap akur dan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.

Apabila Nabi Ismail diberitahu mengenai perkara tersebut, baginda juga menerima perintah itu dengan penuh kesabaran dan keikhlasan. Tiada bantahan, tiada keraguan, malah Nabi Ismail meminta bapanya melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Dalam perjalanan melaksanakan perintah tersebut, syaitan cuba menggoda dan menghasut mereka agar mengingkari perintah Allah. Namun kedua-duanya tetap teguh mempertahankan iman dan melawan godaan tersebut.

Peristiwa inilah yang menjadi asal usul ibadah melontar jamrah ketika musim haji.

Melihat keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan mereka, Allah SWT akhirnya menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibasy sebagai tanda ganjaran kepada hamba-Nya yang benar-benar taat dan beriman.

Kisah ini mengajar kita bahawa setiap kejayaan dan keberkatan dalam hidup memerlukan pengorbanan. Kadangkala kita perlu berkorban masa, tenaga, perasaan dan keselesaan demi keluarga, pekerjaan, masa depan dan demi membantu insan lain.

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan ini terus menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus melangkah maju, membantu sesama insan dan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Ikhlas daripada kami, Smart Access Resources.”

SELAMAT HARI GURU 16.5.2026 🌹Selamat Hari Guru kami ucapkan buat semua insan bergelar pendidik.Terima kasih kerana mendi...
16/05/2026

SELAMAT HARI GURU 16.5.2026 🌹

Selamat Hari Guru kami ucapkan buat semua insan bergelar pendidik.
Terima kasih kerana mendidik, membimbing dan membentuk kami menjadi manusia yang berguna serta mengenal erti kehidupan.

Tanpa mu wahai cikgu,
kami mungkin terumbang-ambing tanpa arah dan tanpa ilmu sebagai panduan hidup.

Engkau ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi masa depan anak bangsa.

Setiap teguranmu adalah nasihat,
setiap pengorbananmu adalah kasih sayang,
dan setiap ilmu yang dicurahkan menjadi bekalan sepanjang hayat.

Jasa dan pengorbanan seorang guru tidak mampu dibalas dengan harta dan kata-kata.

Hanya doa yang mampu kami titipkan agar semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dunia akhirat.

✨ “Guru bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik jiwa dan membina masa depan.”
Terima kasih cikgu…
Jasamu akan sentiasa dikenang selamanya. 💖

12/05/2026
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan bertemu kembali dengan bekas customer lama dari Prasarana Malaysia Berhad. Dah...
12/05/2026

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan bertemu kembali dengan bekas customer lama dari Prasarana Malaysia Berhad. Dahulu beliau hadir untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah blacklist kewangan.

Namun hari ini, pertemuan kami membawa satu langkah yang lebih bermakna apabila beliau secara rasmi dilantik sebagai Agent Part Time bersama kami. Tahniah Puan Zana atas langkah baru ini 👏

Semoga permulaan ini menjadi asbab perubahan hidup ke arah yang lebih baik, Insha Allah. Teruskan semangat dan tekad usaha tanpa mengabaikan tugas hakiki.

Sekali lagi kami ucapkan selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan segala urusan 🤝

Jom semak rekod kewangan anda hari ini.Jangan biarkan masalah blacklist terus menghantui kehidupan dan kewangan anda.Di ...
12/05/2026

Jom semak rekod kewangan anda hari ini.

Jangan biarkan masalah blacklist terus menghantui kehidupan dan kewangan anda.
Di Smart Access Resources⁠, pihak konsultan kami bersedia membantu anda

▶️ menilai masalah kewangan, menyusun semula komitmen, serta menyediakan khidmat rundingan dan nasihat secara PERCUMA bagi membantu meningkatkan peluang kelulusan permohonan pinjaman dan memperbaiki rekod kewangan anda.

Mulakan langkah pertama anda 👇👇👇
✅ membersihkan rekod kewangan
✅ membina semula masa depan kewangan yang lebih baik bersama kami.”

08/05/2026

Jom semak kelayakkan sekarang.. jangan biarkan masalah blacklist menghantui diri anda.. 👍👍

Blacklist bukan pengakhiran hidup anda.Dengan strategi kewangan yang betul, masih ada jalan untuk bangkit semula.Jom dap...
08/05/2026

Blacklist bukan pengakhiran hidup anda.
Dengan strategi kewangan yang betul, masih ada jalan untuk bangkit semula.
Jom dapatkan bantuan konsultansi

kewangan sekarang!
Kami bantu semak CTOS & CCRIS, susun komitmen dan rancang solusi kewangan secara legal, telus & selamat

“Alhamdulillah 🤲Satu lagi kes berjaya kami bantu selesaikan.Customer menghadapi masalah blacklist & tindakan legal darip...
07/05/2026

“Alhamdulillah 🤲
Satu lagi kes berjaya kami bantu selesaikan.
Customer menghadapi masalah blacklist & tindakan legal daripada pihak bank sehingga melibatkan kes mahkamah serta gangguan daripada pihak collection.

Selepas mendapatkan konsultansi bersama Smart Access Resources, kami bantu susun semula kewangan dan cari jalan penyelesaian secara teratur sehingga masalah beliau dapat dikurangkan dengan lebih tenang dan terkawal.

Terima kasih Puan Fiza atas kepercayaan yang diberikan kepada kami 🙏

✅ Semakan CTOS & CCRIS
✅ Konsultansi kewangan
✅ Debt consolidation
✅ Bantuan susun komitmen bulanan
✅ Bantu cari solusi pembiayaan yang sesuai

📌 Pakej Pembiayaan – Coop Bank Pertama
✔️ Max Loan : RM97,000
✔️ Debt Consolidation : RM36,000
✔️ Funding blacklist Bank Islam : RM15,000
Kadang-kadang masalah kewangan bukan sebab kita gagal… tetapi sebab kita tak jumpa jalan yang betul.

Smart Access Resources bukan pemberi pinjaman, kami adalah konsultan yang membantu pelanggan mencari solusi kewangan secara sah, tersusun dan lebih selamat.
📲 PM sekarang untuk semakan awal & konsultansi : 010-830 6503

Assalamualaikum,Selamat menyambut Hari Buruh. Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan.Hari Buruh atau Labour Day ini s...
02/05/2026

Assalamualaikum,
Selamat menyambut Hari Buruh. Rasanya belum terlewat untuk saya ucapkan.
Hari Buruh atau Labour Day ini sangat memberi seribu makna kepada setiap insan yang bekerja, tidak kira apa jua jawatan sekalipun.
Kerana di sebalik setiap kejayaan, ada usaha.
Di sebalik setiap rezeki, ada pengorbanan.
💼 Dari yang bekerja di pejabat,
🏗️ di tapak bina,
🏥 di hospital,
🚗 di jalanan,
🏡 mahupun yang bertungkus-lumus dari rumah…
Anda semua adalah tulang belakang negara.
Teruskan melangkah walau penat,
Teruskan berjuang walau diuji,
Kerana setiap titik peluh itu bukan sia-sia…
Allah lihat, dan pasti akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik 🤲
💪 Kerja keras hari ini, adalah kejayaan esok hari.
💡 Jangan pernah rasa kecil dengan usaha sendiri setiap langkah itu bermakna.
Akhir kata,
Semoga semua pekerja di Malaysia terus diberikan kekuatan, kesihatan, dan rezeki yang melimpah ruah.
Anda bukan sekadar bekerja…
Anda sedang membina masa depan untuk negara

Address

NO 10-2F PINGGIRAN MUTIARA UTAMA, TAMAN MUTIARA GOMBAK 2
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Financial Aid Service posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share