30/08/2022
HAI
Wanita sekarang sememang ditekankan mempunyai takaful sebelum mencecah usia 30 tahun.
Kita dapat lihat pada masa sekarang, lebih ramai yang semakin fokus kepada kerjaya mereka. Tidak kira sama ada yang belum berkahwin atau pun yang telah berumah tangga, tidak ketinggalan juga untuk wanita yang bergelar suri rumah.
Di antara perkara penting yang perlu dimiliki oleh wanita adalah kad perubatan, selain daripada rumah sendiri. Ini kerana kad perubatan dapat membantu anda sekiranya anda sakit, dan dapat juga mengelakkan daripada menggunakan wang simpanan sendiri.
Berikut merupakan sebab kenapa wanita perlu ada kad perubatan sebelum mencecah usia 30 tahun.
*Caruman Rendah Setiap Bulan*
Tahukah anda semakin meningkat usia, maka semakin tinggi risiko seseorang untuk mendapat penyakit?
Jadi kalau anda ambil kad perubatan sebelum umur 30 tahun, dapat pelan dengan caruman yang rendah, banyak boleh berjimat dalam jangka masa panjang.
*Lebih Berisiko Kena Penyakit*
Wanita lebih cenderung untuk mengahadapi lebih banyak penyakit, termasuklah kanser. Oleh yang demikian, kaum wanita mempunyai risiko lebih besar untuk menghadapi penyakit meskipun ketika di usia muda.
Dengan adanya kad perubatan ini, ia dapat melindungi diri anda daripada kos perubatan yang semakin mahal.
*Siang Kerja, Balik Kerja Nak Urus Rumah Tangga*
Sifat wanita yang sangat gigih bekerja, menjadikan mereka kadang kala lupa untuk memberikan ruang kepada diri sendiri untuk berehat. Siang penat bekerja, malam nak masak lagi, nak jaga anak-anak dan suami lagi.
Gaya hidup moden dengan makanan yang tak sihat, juga membuatkan kaum wanita lebih cenderung untuk jatuh sakit berbanding lelaki.
*Berhenti Kerja Jaga Keluarga*
Kebiasaannya, syarikat tempat anda bekerja akan menyediakan kad perubatan kepada para pekerja. Namun, bagi wanita ia boleh berubah apabila mereka telah dikurniakan cahaya mata. Kemungkinan untuk mereka berhenti kerja dan fokus kepada anak-anak sentiasa ada.
Apa akan berlaku sekiranya anda berhenti kerja? Pastinya kad perubatan anda yang disediakan oleh syarikat juga akan diberhentikan juga.
*Nanti Dah Sakit, Takaful Tak Cover*
Kalau tunggu lama-lama, sampai dah kena penyakit yang tidak diingini – nanti pihak takaful p**a yang tak nak cover. Sebarang keadaan pre-existing tidak akan dilindungi, jadi cepat-cepatlah ambil takaful ni.
Badan sakit, minda sakit, poket pun sakit juga.
Betul tak?
Klik sini untuk perkongsian pelan perlindungan perubatan takaful
wassap.my/60128609335/sharing-etakaful
wassap.my/60128609335/sharing-etakaful
wassap.my/60128609335/sharing-etakaful