05/02/2022
๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐จ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐ฅ๐ ๐ญ ๐๐จ๐ง๐?
Sebelum kita mengupas tentang keperluan takaful, jom kita tengok Nilai mata wang zaman 2020an berbanding dengan awal tahun 2000
Harga Segelas Teh Tarik
Tahun 2000
RM1.00
Tahun 2020
RM2.00
Anggaran Harga Pada 2030
RM3.00
Harga Nasi Ayam
Tahun 2000
RM2.50
Tahun 2020
RM5.00
Anggaran Harga Pada 2030
RM10.00
Setuju atau tidak, nampak seperti nilai mata wang kita mengecut separuh, setiap 10 tahun.
Kita suluhkan p**a perhatian kepada kos rawatan medikal, contoh nya kos rawatan kanser di hospital swasta:
Kanser Payudara:
Kos rawatan semasa
18,000 - 395,000
Anggaran Kos Rawatan 10 tahun akan datang
62,000 - 1,353,000
Kanser Paru-paru:
Kos rawatan semasa
45,000 - 56,000
Anggaran Kos Rawatan 10 tahun akan datang
154,000 - 192,000
Rasanya kita semua perasan tentang perbezaan nilai ringgit kita yang kian menurun dari semasa ke semasa, cuma mungkin kita selalu terlepas pandang tentang kos rawatan hospital yang semakin meninggi, kerana kita cuba fikir yang baik-baik untuk lebih fokus pada kesihatan.
Namun menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya, limit medikal kad kita hanya boleh ditambah jika keadaan kesihatan kita masih mengizinkan, jika sudah sakit, kita terpaksa tempuh hari tua dengan limit yang sedia ada.
โ Alangkah bagus nya jika malang berbau, boleh kita upgrade limit medikal kad kita 4 bulan sebelum kita terkena, supaya lepas tempoh menunggu dan boleh dipakai tepat pada masa, tapi sampai kiamat pun malang tetap tidak memberi amaran awal, untuk menjadi lebih peka dengan kebarangkalian hidup, sebagai langkah bijak, persediaan limit Tahunan Medikal Kad bernilai sejuta, 1,000,000 untuk kos perubahatan adalah relevan untuk kita jadikan perisai duit simpanan kita sehingga usia tua.
Dalam industry Takaful yang semakin pesat, banyak Syarikat Takaful menawarkan macam-macam pakej yang berbaloi, limit Tahunan Sejuta boleh dicarum dengan harga caruman yang sangat mampu milik. Sentiasa lah mengikuti dan bertanyakan tentang produk-produk terkini dengan agent Takaful supaya sentiasa dapat mengikuti perkembangan semasa ekonomi & rawatan-rawatan kesihatan terkini.
Penerangan di atas adalah sebagai penambahan maklumat asas Pengendali Takaful, adalah lebih baik kita sebagai pencarum Takaful mengambil langkah untuk menelaah polisi Takaful secara terpeinci, berbincang lah dgn ejen atau wakil khidmat pelanggan syarikat takaful jika ada sebarang kemushkilan.
Nota kaki: Semua diatas hanya cadangan asli dari kami, IzzGroup, keputusan akhir adalah atas hitungan sendiri, perlu atau tidak ianya mengikut rasional keadaan masing-masing.
Selamat Mengupas !
- Tinggalkan diruang komen jika ada penambahan info / topik lain yang anda ingin kami - IzzGroup kupaskan !