22/11/2020
[Cinta & Airmata]
Siapa sangka siapa menduga.
Benarlah kata pepatah tak kenal maka tak cinta.
“Cinta” itu boleh hadir pada bila-bila masa dan didalam berbagai versi.
Ada cinta pandang pertama.
Namun adakala cinta itu hadir setelah dipupuk.
Begitulah kisahnya bagimana kak su menceburi bidang ini.
Semuanya secara kebetulan. Adakah kerana wang semata-mata?
Bermula dari kisah suami kak su terlibat dalam kemalangan. Setengah jam sebelum kejadian, ajen takaful kak su call bagitau polisi suami telah pun diluluskan. Alhamdulillah..
Banyak dugaannya untuk kak su yakin kan suami untuk ambil perlindungan takaful. Jawapannya selalu “No” “Tak Perlu”
Tetapi menyedari risiko suami mendapat kemalangan adalah tinggi kerana jenis pekerjaan suami dan suami hari-hari menunggang motor ke tempat kerja. Setelah selalu di ”tazkirah” akhirnya suami akur walaupun masih seperti tidak berminat.
Dipendekkan cerita, bila berlakunya kemalangan tersebut benda pertama yang terlintas dikepala kak su adalah polisi suami. Akibat dari kemalangan tersebut suami terpaksa melakukan pembedahan lutut. Anggaran kos yang hospital maklumkan pada kami waktu itu adalah RM40,000. Belum lagi kos rawatan bahu yang patah. Allahuakbar.
Dari situ lahirnya perasaan untuk mendalami ilmu dalam bidang ini. Bukankah ramai lagi yang perlu kita kongsikan tentang kepentingan perlindungan ini? Ramai lagi yang masih acuh tidak acuh tentang bab perlindungan macam suami kak su yang dulu. Tapi dia yang dulu bukanlah yang sekarang hehehe…
Tugas dalam bidang ini adalah tugas yang mulia. Apa perasaannya dapat membahagiakan orang yang dalam kesusahan? Bahagia juga perasaannya kan? Hidup ini terasa lebih nikmat bila dapat memberi maanfaat kepada insan lain. Dari sinilah lahirnya cinta yang perlahan-lahan bertukar menjadi perjuangan kak su. Cinta meskipun satu hari nanti kamu….. kamu…..dan kamu sudah tiada lagi disisi.
Cinta ini juga adalah sebahagian dari “jihad” untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Semoga selepas ini tidak ada lagi ungkapan “Satu Cina Mati, Satu Jutawan Lahir, Satu Melayu Mati, Satu Tanah Tergadai”.
Yang pergi tetap akan pergi. Semoga yang hidup tidak berteman air mata duka berpanjangan.
Last but not least… selain dari perasaan bahagia itu, kita bahagia juga berhari raya setiap hari Jumaat. Hanya yang mengerti akan tersenyum…..
Happy? 🥰