17/07/2024
Bursa dan Persatuan Remiser Bumiputera baru sahaja melancarkan Bursa Malaysia Zakat Index iaitu index zakat syarikat awam pertama di Dunia. Alhamdulillah ini merupakan satu usaha murni bagi mengangkat syariat Islam terutama berkaitan dengan kewangan dan zakat.
Index ini mengumpulkan syarikat-syarikat besar yang membayar zakat hasil dari keuntungan perniagaan yang patuh syariah (walaupun saham syarikat tu secara umumnya tidak patuh syariah).
Menurut Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, indeks baharu ini direka khas untuk menggalakkan pengiktirafan lebih besar terhadap syarikat tersenarai awam (PLC) yang memilih untuk mengamal amalan zakat korporat. Pelancaran indeks zakat pertama di dunia ini juga bertujuan mengiktiraf penerbit tersenarai yang membayar zakat dan menggalakkan sumbangan zakat lebih besar daripada lebih banyak PLC.
Semoga usaha murni ini membuahkan hasil di dunia dan akhirat InsyaAllah.