06/01/2026
Tentang Hibah Kerana Kematian Kemalangan-
Al-Fatihah atas pemergian adik Syakirah Hanan ke dunia abadi.. Pemergian yang tidak diduga berlaku kerana kesalahan orang lain.
Ini hakak kongsikan kaitan hibah apabila berlaku kemalangan jika melibatkan kehilangan nyawa seperti kemalangan ini..
1. Dilindungi selepas 24 jam lulus polisi hibah.. dengan erti kata lain, jika berlaku KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN selepas 24 jam lulus sahaja polisi hibah maka pewaris boleh menerima pampasan hibah yang telah dibuat oleh si mati..
2. Pampasan kematian ini tidak valid jika kematian bukan akibat kemalangan contohnya seperti kematian akibat penyakit serangan jantung yang berlaku tiba-tiba.. Untuk kematian yang melibatkan penyakit mempunyai masa menunggu atau bertenang iaitu selama 120 hari.. Erti kata mudah, 120 hari atau 4 bulan selepas lulus polisi hibah maka barulah pewaris boleh menerima pampasan hibah.
Jika tidak cukup 4 bulan hibah tersebut diluluskan, maka tidak dapatlah pewaris menerima hibah yang telah dibuat oleh si mati.
Oleh disebabkan itu, hibah berfungsi sepenuhnya sebelum kita terkena sebarang penyakit.. apabila sudah terkena penyakit, bukan sahaja sulit pewaris menerima pampasan hibah malahan untuk memohon hibah juga belum tentu boleh diluluskan.
Semoga bermanfaat..