30/07/2026
APA ITU TEKNIK PEMURATAAN HARGA EMAS?
Teknik ini saya pelajari daripada mentor saya, Tn. Hj. Mohd Zulkifli Shafie, penulis .
Inilah antara teknik yang telah diamalkan bertahun-tahun oleh ramai penyimpan emas kerana ia membantu mengurangkan risiko membeli pada satu harga sahaja, di samping membina simpanan secara konsisten.
Ramai orang beranggapan mereka perlu menunggu harga emas jatuh dahulu baru sesuai membeli.
Sebenarnya, kita tidak tahu bila harga akan turun, berapa lama akan turun atau sama ada ia akan turun ke paras yang kita harapkan.
Sebab itu, penyimpan emas yang berdisiplin lebih fokus kepada menambah gram, bukan meneka pergerakan harga.
Contoh Teknik Pemurataan Harga
Katakan anda membeli 1 gram emas setiap bulan selama 6 bulan.
Julai – RM492
Ogos – RM509
September – RM559
Oktober – RM588
November – RM609
Disember – RM611
Jumlah yang dibelanjakan ialah RM3,368.
Jumlah emas yang berjaya dikumpulkan ialah 6 gram.
Maka, kos purata bagi setiap gram ialah RM561.33, bukannya RM611.
Walaupun anda membeli ketika harga mencecah RM611, harga belian keseluruhan anda menjadi lebih rendah kerana pembelian dibuat secara konsisten pada pelbagai paras harga.
Inilah yang dipanggil Teknik Pemurataan Harga (Dollar Cost Averaging).
Kesimpulannya…
Matlamat utama bukanlah untuk membeli pada harga paling murah.
Tetapi membina tabiat menyimpan secara konsisten sehingga gram emas terus bertambah dari semasa ke semasa.
Kerana dalam simpanan emas, yang menentukan nilai simpanan pada masa hadapan ialah jumlah gram yang berjaya anda kumpulkan, bukan berapa lama anda menunggu harga turun.
Simpan sedikit, tetapi konsisten. Itulah yang lebih penting.
financialfreedom