15/05/2023
“KNOW YOUR VALUE”
Hidup ni keras. Jangan keraskan lagi kepala kita. Be humble. Listen to people. Take advise jangan sombong. Hidup ni tak selalunya di atas. Sama sama kita bangkit bila kita jatuh.
Sentiasa bersyukur. Setiap orang ada asbab rezeki rezeki masing masing. Ada orang sebab dia cantik tu asbab rezeki dia. Ada orang dia bijak pandai tu asbab rezeki dia. Ada orang sebab dia rajin tu juga asbab rezeki dia. Apa apa yang ada pada kita boleh jadi asbab rezeki kita. Kita sendiri tahu di mana kobolehan kita dan value kita sendiri. Jangan pernah putus asa putus semangat. Tuhan maha adil.
Kita rasa kita susah. Tapi ada orang lagi susah. Jangan dengki dengan kejayaan orang lain. Fokus pada diri sendiri dan sentiasa baiki diri sendiri. Cuba untuk jadi lebih baik setiap hari. Hidup ni singkat. Kene tahu matlamat kita kat dunia yang sementara ni. Jangan terpedaya dengan kekayaan dan kemasyuran sebab tu semua sifatnya sementara.
Kepada yang masih tak ada kerja, teruskan mencari pasti ada yang inginkan anda. Kepada yang dah ada kerjaya dan perniagaan, semoga anda semua akan berjaya mencapai cita cita. Ini sahaja dari saya sekadar nak share dan motivate diri sendiri juga. Semoga bermanfaat kepada yang membaca tulisan yang tak seberapa ini.
Terima Kasih.