Penasihat Dan Perancang Kewangan Anda

Penasihat Dan Perancang Kewangan Anda Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penasihat Dan Perancang Kewangan Anda, Financial Consultant, Kuala Lipis.

KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAERAH LIPIS 💥💥💥JGN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYATUKAN HUTANG ANDA DGN KADAR YG TERENDAH H...
03/08/2022

KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAERAH LIPIS 💥💥💥

JGN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYATUKAN HUTANG ANDA DGN KADAR YG TERENDAH HANYA DLM MASA 3 HARI 💥

HANYA MEMERLUKAN 3 DOKUMEN UTAMA TANPA PENGESAHAN DARI MAJIKAN .

JANGAN BUANG MASA , TERUS BUAT SEMAKAN KELAYAKAN ANDA SEGERA . ANDA BOLEH HADIR KE BSN KUALA LIPIS ATAU TERUS WASSAP DI TALIAN 011-29308631(ARIF)

KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAERAH LIPIS 💥💥💥JGN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYATUKAN HUTANG ANDA DGN KADAR YG TERENDAH H...
25/07/2022

KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAERAH LIPIS 💥💥💥

JGN LEPASKAN PELUANG UNTUK MENYATUKAN HUTANG ANDA DGN KADAR YG TERENDAH HANYA DLM MASA 3 HARI 💥

HANYA MEMERLUKAN 3 DOKUMEN UTAMA TANPA PENGESAHAN DARI MAJIKAN .

JANGAN BUANG MASA , TERUS BUAT SEMAKAN KELAYAKAN ANDA SEGERA . ANDA BOLEH HADIR KE BSN KUALA LIPIS ATAU TERUS WASSAP DIA TALIAN 011-29308631(ARIF)

16/10/2020

*Kenapa Perlu HIBAH Takaful❓❓*

Semua orang tahu tarikh lahir masing-masing.
Tapi xde seorang pun tahu *tarikh MATI* diri sendiri.
Kematian boleh berlaku pada bila-bila masa sama ada kita sudah bersedia mahupun tidak.

*Apa yang berlaku jika kita meninggal dunia ?*

Jika kita meninggal dunia, kita akan mewariskan semua harta dan hutang-hutang kepada waris yang sah.
Bagi orang Islam, pembahagian harta akan dilaksanakan mengikut hukum faraid.
Harta-harta akan dibahagikan selepas segala hutang diselesaikan.

*Bagaimana jika harta yang ada tidak mampu menyelesaikan hutang-hutang yang ada ?*

Kita selalu dengar kes orang berebut harta pusaka.
Tapi pernah kita dengar orang berebut nak bayar hutang si mati?
Tak pernah kan?

Kalau ada harta, pasti waris-waris faraid bersungguh-sungguh nak tuntut.
Tapi bila ada hutang, biasanya hanya anak dan isteri yang tanggung.
Waris lain pasti menyepi. Krik krik krik...

*Apa yang berlaku kepada harta selepas meninggal dunia?*

Harta-harta akan dibekukan setelah kita meninggal dunia. Duit simpanan di dalam akaun simpanan, Tabung Haji, ASB, Unit Amanah, Rumah, Kereta dan lain-lain akan dibekukan dan perlu melalui proses faraid.

Hukum faraid ini bagus dan adil.
Cuma manusia yang kadang kala menyalahgunakan hukum ini.
Mereka hanya menuntut hak atau harta bahagian mereka.
Tapi seringkali mengabaikan tanggungjawab yang datang bersama harta yang diterima.

Mengikut hukum faraid isteri hanya mendapat 1/8 daripada harta suaminya. Jika suami tinggalkan rumah sebagai harta pusaka, isteri perlu membayar bahagian waris lain jika dia ingin memiliki rumah tersebut.
Sudah pasti keadaan ini sangat membebankan isteri jika dia tiada wang yang banyak.
Penyelesaiannya, rumah terpaksa dijual dan hasil jualan rumah dibahagikan mengikut bahagian masing-masing.
Isteri dan anak-anak kehilangan tempat tinggal.

Selain itu, proses faraid mengambil masa yang lama dan urusannya turut melibatkan kos.
Ada juga proses yang memakan masa bertahun-tahun dan masih belum berjaya diselesaikan.
Akhirnya, aset tersebut beku dan tak dapat digunakan oleh waris yang memerlukan terutamanya isteri dan anak-anak.

*Persoalan Selepas Kematian*

1. Siapa yang akan menguruskan harta kita?

2. Siapa yang akan membayar segala hutang kita?

3. Siapa yang akan menjaga anak dan isteri kita dari segi kewangan?

*Penyelesaian*

HIBAH Takaful adalah penyelesaian kepada segala permasalahan dan persoalan di atas.
Hibah adalah pemberian mutlak kepada sesiapa saja yang kita mahukan dan tak boleh ditentang oleh sesiapa.
Jika harta-harta lain perlu dibahagikan secara faraid, hibah boleh diberikan kepada seseorang (terutamanya isteri atau anak-anak) *SECARA MUTLAK 100%.*

*Apa yang isteri dan anak-anak boleh buat dengan wang hibah takaful?*

1. Selesaikan segala hutang-hutang yang ada. Supaya roh si mati tidak tergantung.

2. Bayar segala tuntutan dari waris-waris faraid terutamanya jika ada rumah, tanah atau kereta yang sukar untuk dibahagikan.

3. Gunakan untuk kelangsungan hidup sehingga anak-anak dewasa.
Isteri tak perlu bergantung kepada orang lain (saudara mara) untuk membesarkan anak-anak.

Sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab, sediakan perlindungan kepada isteri dan anak-anak secepat mungkin kerana kita tak tahu bila tarikh mati kita.
Jangan memperjudikan masa depan anak-anak.
Sediakan harta segera kepada mereka. Biarlah kematian kita tidak memudaratkan kehidupan insan yang tercinta.



13/10/2020

*Cara Kumpul RM100K Dalam Masa 4 Tahun*
=========================

Teknik ini sangat sesuai untuk pasangan yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga, membeli rumah, kumpul modal bisnes, beli kereta, pergi umrah & haji dengan keluarga dan lain-lain matlamat.

Ikut langkah di bawah :

✔️ Apply ASBF200K.
✔️ Rate 3.50%.
✔️ Tenure 40 tahun.
✔️ Bayaran bulanan RM776.
✔️ TEKNIK COMPOUNDING.
✔️ Simpan setiap bulan RM776.
✔️ JANGAN USIK DIVIDEN.

*Dividen Tahun Pertama*
5% x RM200,000 = RM10,000.

*Dividen Tahun Kedua*
5% x RM210,000 = RM10,500

*Dividen Tahun Ketiga*
5% x RM220,500 = RM11,025

*Dividen Tahun Keempat*
5% x RM231,525 = RM11,575

*Jumlah Dividen*
RM10,000 + RM10,500 + RM11,025 + RM11,575 = RM43,100✔️

*Jumlah Principal Terkumpul*
Prinsipal = Nilai Sijil - Baki Hutang

Nilai Sijil = RM200,000
Anggaran Baki Hutang = RM190,300

RM200,000-RM190,246 = RM9,754✔️

*Jumlah Hasil Pelaburan*

RM43,100 + RM9,754 = RM52,854 ✔️✔️✔️

So seorang dah dapat kumpul RM52K. Macam mana nak bagi jadi RM100K?
Ajaklah pasangan anda juga menyimpan.
RM52K X 2 = RM104K ✔️✔️✔️

Kan dah dapat kumpul lebih RM100K 😍😍😍.
Tak lama pun, cuma perlu konsisten dan sabar selama 4 tahun sahaja.
Pejam celik pejam celik dah 4 tahun.
Tak mustahil, kita juga mampu lakukannya.

*** Kiraan ilustrasi di atas ialah dari saya sendiri. Tiada kena mengena dengan mana-mana bank dan PNB.
Pengiraan adalah berdasarkan andaian dividen dan bonus ASB 5.00% setiap tahun dan kadar keuntungan bank 3.50%




Pesanan Buat Isteri===============Suami beli sebuah rumah dengan harga RM300k. 10 tahun kemudian, suami meninggal. Ketik...
09/10/2020

Pesanan Buat Isteri
===============

Suami beli sebuah rumah dengan harga RM300k.
10 tahun kemudian, suami meninggal. Ketika itu value rumah tersebut sudah mencecah RM400k.
Tinggi juga.

Jika mak dan ayah si suami masih hidup, mereka ada bahagian ke atas rumah tersebut.
Bagaimana p**a kalau kita tiada anak lelaki?

Usah bermasam muka, sebab ini adalah pembahagian dalam sistem faraid.
Perlu kita patuhi.

Jadi, bagaimana kita nak tolak bahagian mereka agar rumah tersebut masih kekal dan tidak "dicincang"?

Kalau si isteri mempunyai wang simpanan yang cukup, gunakan wang tersebut sebagai jalan penyelesaian.
Bayar saja bahagian mereka dengan duit.

Kaedah lain ialah, suami sediakan Hibah dengan nilai yang secukupnya buat isteri dan anak-anak.

Apabila suami meninggal, Hibah tidak perlu difaraidkan.
Hibah juga tidak boleh dituntut oleh pihak lain kecuali penama.
Selain itu, Hibah akan menjadi "tunai mudah cair".
Waktu inilah si isteri dan anak-anak boleh gunakan *wang HIBAH* utk menyelesaikan tuntutan dan pembahagian dalam sistem faraid.




07/10/2020

8 Sumber Pendapatan Tambahan
==================

Usaha pelbagaikan sumber pendapatan kita.
Jangan bergantung pada satu sumber sahaja.
Pesan orang tua-tua, usaha pun perlukan jalan ke-2.
Kalau harap pada satu cara sahaja takut kalau tak berjaga-jaga , gagal hasilnya.

1️⃣ Pendapatan dari hasil usaha kita.
Kita laburkan tenaga & masa sepenuhnya untuk tukar kepada pendapatan kita.
Tak gerak, tak dapat.

2️⃣ Pendapatan dari keuntungan.
Ianya datang dari usaha kita berniaga.
Dari aktiviti membeli & menjual semula.

3️⃣ Pendapatan dari royalti.
Orang lain usahakan sesuatu dari idea kita.
Diterima atas kebijaksanaan & cetusan idea kreatif kita.
Kita dibayar berasaskan usahasama oleh pihak pemegang lesen & pemberi lesen untuk suatu aset yang sedang digunakan. Hak harta intelek. Contohnya muzik, video, lagu & buku.

4️⃣ Pendapatan dari "kadar bunga (keuntungan)".
Kita terima bila kenakan faedah atas duit yang kita pinjamkan/biayakan pada kawan-kawan kita.

6️⃣ Pendapatan dari hasil sewaan.
Kita bekerja.
Gunakan pendapatan aktif kita untuk beli aset dalam bentuk hartanah.
Gunakan hasil sewaan untuk tambah additional income kita.
Jika kita beli secara tunai, hasil sewaan masuk sepenuhnya dalam poket kita setiap bulan.
Jika beli gunakan pembiayaan bank, aset milik kita tapi orang lain bayarkan.
Sampai masa matang, geran dapat ditangan.

6️⃣ Pendapatan dari peningkatan nilai kapital kita.
Ianya terhasil dari sumber aset yang meningkat nilainya selari dengan pertambahan masa pegangan kita.
Aset rumah antara contoh mudah.

7️⃣ Pendapatan dari dividen.
Kita buat simpanan & pelaburan.
Kita terima hasil berdasarkan dividen yang diisytiharkan.
Contoh pelaburan dari Amanah Saham Bumiputera dan Unit Amanah.

8️⃣ Pendapatan Pasif.
Pendapatan ini kita terima secara berterusan hasil dari kerja/usaha kita yang lalu.
Kebiasaannya untuk harta intelek.
Pembayaran bagi hak cipta terpelihara.
Contohnya seperti yang diterima oleh jutawan dunia Bill Gates.
Walaupun sudah tidak bekerja di Microsoft tetapi masih menerima pembayaran hasil dari penemuannya.

Cuba lihat berapa sumber income yang kita telah sedia.
Jika masih bergantung pada yang satu sahaja, mulakan usaha untuk tambah sumber seterusnya.

Orang bijak sentiasa berusaha tambah tebal poketnya.
Sebab risiko kehidupan tak kenal siapa & bila.
Berusahalah ‼️



06/10/2020

Formula Urus Wang Gaji
==============

1️⃣ 10% Pelaburan Untuk Persaraan

Wajib asingkan 10% ini untuk financial freedom.
Boleh menggunakan platform pelaburan yang boleh bagi p**angan 8% - 15% setahun seperti unit trust atau pelaburan hartanah.
Wajib melebihi kadar inflasi semasa.

2️⃣ 10% Pelaburan Jangka Masa Pendek

Pelaburan ini adalah pelaburan yang perlu dibuat untuk mencapai matlamat kita dalam masa 3 tahun atau 5 tahun.
Seperti selesaikan hutang personal loan, PTPTN, membeli kereta, melancong dan membeli rumah.
Pelaburan ni sangat sesuai menggunakan platform ASB Financing.

3️⃣ 10% Tabung Kecemasan

Dalam hidup ini kadang kala akan terjadi perkara tak diingini.
Jadi tabung kecemasan ni perlu at least minima 3 bulan or 6 bulan gaji.
Untuk simpanan tabung kecemasan ini, perlu simpan di ASB, Tabung Haji atau platform pelaburan lain yang boleh bagi return dalam 5% - 6% setahun.

4️⃣ 10% Takaful

Bahagian untuk takaful WAJIB ada walaupun ramai yang tidak menyukai.
Takaful adalah salah satu tabung aset segera jika berlaku kematian atau cacat kekal.
Untuk suami yang mempunyai family, perlu ada perlindungan takaful life yang dihibahkan kepada isteri.

5️⃣ 5% Sedekah

Percaya bahawa semakin banyak kita berkongsi rezeki kita dengan orang semakin luas ALLAH bukakan rezeki kita.

6️⃣ 5% Self Education

Kita perlu memperuntukan sejumlah wang bagi menghadiri seminar-seminar ilmu untuk meningkatkan ilmu kita.

7️⃣ 40% PERBELANJAAN KEPERLUAN

Perbelanjaan seperti makan, minyak, sewa dan lain2.

8️⃣ 10% PLAY JAR

Play jar adalah tabung SELF REWARD.
Selalunya tabung ni yang orang kita terlebih bajet.
Tabung ini amatlah perlu untuk REWARD diri kita setelah penat mencari rezeki.

Peratusan diatas adalah dibuat sebagai rujukan sahaja.
Segala perancangan hendaklah dibuat mengikut profile kewangan semasa anda.



*TEKNIK HYBRID*=============ASB Financing 50KTenure 40 yearsRate 3.65%Dividen 5%Gameplan 5 yearsInstalment RM1991️⃣ Tahu...
01/10/2020

*TEKNIK HYBRID*
=============

ASB Financing 50K
Tenure 40 years
Rate 3.65%
Dividen 5%
Gameplan 5 years
Instalment RM199

1️⃣ Tahun pertama, apply ASBF50K.
Sijil pertama menggunakan teknik rolling dividen.
Jadi hanya perlu bayar RM2,388 untuk setahun sahaja iaitu 12 bulan.
Tahun berikutnya gunakan dividen RM2,500 dari tahun sebelum ni untuk bayar installment setahun RM2,388 untuk tahun berikutnya.
Baki sebanyak RM112 simpan di dalam akaun ASB untuk rolling dividen sampai tahun kelima.

2️⃣ Tahun kedua, apply lagi ASBF50K.
Sijil kedua tetap sama menggunakan teknik rolling dividen.
Jadi hanya perlu bayar RM2,388 untuk setahun sahaja iaitu 12 bulan.
Tahun berikutnya gunakan dividen RM2,500 dari tahun sebelum ni untuk bayar installment setahun RM2,388 untuk tahun berikutnya.
Baki sebanyak RM112 simpan di dalam akaun ASB untuk rolling dividen sampai tahun ke empat.

3️⃣ Tahun ketiga, apply lagi ASBF50K.
Sijil ketiga tetap sama menggunakan teknik rolling dividen.
Jadi hanya perlu bayar RM2,388 untuk setahun sahaja iaitu 12 bulan.
Tahun berikutnya, gunakan dividen RM2,500 dari tahun sebelum ni untuk bayar installment setahun RM2,388 untuk tahun berikutnya.
Baki sebanyak RM112 simpan di dalam akaun ASB untuk rolling dividen sampai tahun ketiga.

4⃣ Tahun keempat, apply lagi ASBF50K.
Sijil keempat tetap sama menggunakan teknik rolling dividen.
Jadi hanya perlu bayar RM2,388 untuk setahun sahaja iaitu 12 bulan.
Tahun berikutnya gunakan dividen RM2,500 dari tahun sebelum ni untuk bayar installment setahun RM2,388 untuk tahun berikutnya.
Baki sebanyak RM112 simpan dalam akaun ASB untuk rolling dividen sampai tahun kedua.

5️⃣ Tahun kelima, apply lagi ASBF50K.
Hanya perlu bayar RM2,388 untuk setahun sahaja iaitu 12 bulan.
Then, terminate.

Jom kita kira berapa hasil yang dapat :👇🏻

*Sijil ASB 1*
⭕ Dividen Terkumpul
RM2,500 + (RM112 + RM112 + RM112 + RM112) = RM2,948
⭕ Principal
RM50K - RM46,968 = RM3,032
⭕ TOTAL = RM5,980 ☑️

*Sijil ASB 2*
⭕ Dividen Terkumpul
RM2,500 + (RM112 + RM112 + RM112) = RM2,836
⭕ Principal
RM50K - RM47,620 = RM2,380
⭕ TOTAL = RM5,216 ☑️

*Sijil ASB 3*
⭕ Dividen Terkumpul
RM2,500 + (RM112 + RM112) = RM2,724
⭕ Principal
RM50K - RM48,248 = RM1,752
⭕ TOTAL = RM4,476 ☑️

*Sijil ASB 4*
⭕ Dividen Terkumpul
RM2,500 + RM112 = RM2,612
⭕ Principal
RM50K - RM48,853 = RM1,147
⭕ TOTAL = RM3,759 ☑️

*Sijil ASB 5*
⭕ Dividen Terkumpul
RM2,500
⭕ Principal
RM50K - RM49,437 = RM563
⭕ TOTAL = RM3,063 ☑️

*TOTAL HASIL*
RM5,980 + RM5,216 + RM4,476 + RM3,759 + RM3,063 = *RM22,494* ☑️☑️☑️

Menarik kan? 😍
So, teknik hybrid ASBF50K adalah teknik terbaik bagi mereka yang tidak mampu membuat ASBF200K terus tapi mampu membuat simpanan RM199 secara konsisten!



30/09/2020

10 Steps Cara Bermula ASB Financing
==============

1️⃣ Whassap/call Arif Tajudin untuk pencerahan ASB Financing.
2️⃣ Set appointment.
3️⃣ Dengar dan dapatkan pencerahan berkaitan ASB Financing.
4️⃣ Sign borang ASB Financing.
5️⃣ Tunggu keputusan dari Arif Tajudin
6️⃣ Result keluar. Dapat LO. Masa ini korang takkan tau lagi bila start bayar. Dan kat details ASBF kat online banking pun takkan appear jugak.
7️⃣ Bila loan/financing dah accept, baru akan appear kat online banking.
8️⃣ Loan/Financing Disbursed. Once dah disbursed baru lah korang akan dapat sms dari bank yang nyatakan Tarikh Start Membayar.
9️⃣ Tunggu tarikh membayar. Kalau di cimb, duedate setiap 1hb. Tapi korang boleh je nak bayar awal atau nak bayar setahun terus. Takde masalah.
1️⃣0️⃣ Tamat.

✔️ Semoga gameplan dan target tercapai dengan ASB Financing.
✔️ Ramai dah berjaya pantaskan simpanan dia melalui ASB Financing.
✔️ Anda pasti takkan menyesal tambah2 lagi dapat full support Lifetime dari Arif Tajudin 😁.



28/09/2020

7 'Reward' untuk Diri Sendiri Yang Kita Mesti Buat
======================

Jangan kedekut dengan diri sendiri.

1️⃣ Kalau belum ada rumah, belanja diri dengan buat simpanan 10% dari gaji untuk beli rumah nanti.

2️⃣ Kalau belum ada simpanan, belanja diri dengan simpanan 3-6 bulan gaji.

3️⃣ Kalau belum ada kereta, belanja diri dengan kereta tak lebih setahun gaji.

4️⃣ Kalau gaji RM2000 ke bawah, belanja diri guna pendapatan sampingan. Kurangkan 'usik' gaji hakiki.

5️⃣ Kalau jarang sedekah, belanja diri dengan sedekah pada ibu bapa atau pasangan.

6️⃣ Kalau belum ada takaful, belanja diri dengan takaful bayaran tak lebih 10% gaji.

7️⃣ Kalau belum ada sumber pendapatan dari pelaburan, belanja diri dengan labur 10% gaji setiap bulan.

Dah sediakan semua ni baru laa belanja diri dengan kehendak kita.
Ikut kemampuan dan berpada-pada.

Akan ada masanya 'kedekut' dengan diri sendiri ni membantu kita di saat-saat sukar nanti.



Address

Kuala Lipis
27200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penasihat Dan Perancang Kewangan Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share