HIBAH & Pewarisan Harta Islam - Kelantan

HIBAH & Pewarisan Harta Islam - Kelantan "INGAT..! Tidak semua WARIS tersayang TERJAMIN menerima HARTA PUSAKA yg anda tinggalkan" Mungkinkah

10/12/2024
04/10/2023

pagi ni sorg anak call sy...katanya mak nak buat hibah...mak dlm wad, sakit cancer...

10/08/2023

121 likes, 13 comments. “ ”

10/08/2023

1871 likes, 473 comments. “PILIH PEMIMPN DAN PARTI YANG BETUL”

05/07/2023

MUHASABAH UNTUK RAKYAT DAN PEMIMPIN Adakah kita bersyukur sekian lama dalam 6 bulan sahaja telah berjaya lakukan pelbagai reform. Bersyukur atau kufur? ...

19/06/2020

Sebagai panduan dalam merancang harta dan pengurusan pusaka...

07/10/2019

[Pandangan Hakim Mahkamah Syariah Kenapa Hibah Rumah Yang Masih Di Dalam Hutang Digalakkan Kepada Masyarakat dan Disahkan Oleh Mahkamah Syariah]

Ini adalah soalan yang sendiri bertanya kepada salah seorang Hakim Mahkamah Syariah dari sebuah Negeri ketika sesi perbincangan tentang hibah hartanah bercagar.

Soalan saya: "Apakah pemberat yang dipertimbangkan oleh pihak Mahkamah yang membuat keputusan bahawa hibah hartanah bercagar itu adalah sah."
Jawapan Yang Arif Hakim:
"Ianya adalah berkaitan dengan maslahah ummah."

Lalu dikongsikan kisah kepada kami semua, bagaimana beliau melihat seorang isteri dan anak perempuan dihalau dari rumah arwah suami oleh ibu dan ayah suami.
Arwah suami ini cuma mempunyai satu harta, iaitu rumah yang dibiayai dengan Pinjaman kerajaan. Apabila berlaku kematian, maka hutang sudah terlangsai dengan adanya takaful.
Tetapi, isu faraid timbul apabila si suami tidak membuat apa-apa perancangan semasa hidup. Maka, ibu dan ayah meletakkan syarat, sekiranya isteri itu masih mahu tinggal di dalam rumah itu, isteri perlu membayar bahagian pusaka ibu dan ayah. Di mana si isteri ingin mencari wang yang banyak untuk menebus bahagian pusaka sedangkan selama ini si isteri tidak bekerja.
Yang Arif menyambung lagi, "Jika hibah harta bercagar ini tidak dibenarkan, maka ianya akan menjadi satu masalah besar kepada masyarakat kerana memang majoriti rakyat Malaysia membeli rumah secara berhutang."
Ini adalah contoh kes - kes yang berlaku dalam masyarakat kita melibatkan pusaka. Apabila kita diberi peluang untuk merancang, maka buatlah perancangan itu sesempurna mungkin untuk memastikan nasib pasangan dan anak-anak kita terbela di kemudian hari.


28/09/2019

APA BEZA PUSAKA & AMANAH .. tak tahu jangan pandai2 ulas kerana mengelirukan masyarakat !

Petang Ini seorang waris tanya, adakah Wasiyyah Shoppe Bhd sebagai "pemegang amanah" bertanggungjawab mengagih harta yang telah kami pegang secara amanah kepada semua waris faraid simati? Ada orang syarikat amanah kata sepatutnya gitu. Tidak adil Wasiyyah Shoppe Berhad "ketepikan" waris2 faraid katanya.

Saya tak hairan jika orang awam tidak tahu apa beza AMANAH & PUSAKA. Tetapi jika orang syarikat amanah yang cakap begitu, saya rasa hairan bin ajaib. Meh dengar ya.

AMANAH ialah harta yang telah diserahmilik melalui kaedah pindahmilik atau kaedah2 lain oleh settlor ( katakanlah namanya Ali ) semasa hidupnya kepada Wasiyyah Shoppe Berhad untuk dipegang secara amanah bagi pihak benefisiari. Contohnya Ali hanya menamakan isteri dia sebagai benefisiari sedangkan Ali ada 5 orang anak yang telah dewasa. Ini bermakna anak2 Ali tiada hak ke atas harta amanah itu kerana mereka bukan benefisiari yang ditetapkan Ali.

Dalam masa sama Ali lantik syarikat amanah ABC sebagai wasi di dalam wasiat. Ini pilihan Ali dan kita pun respect.

Jadi dalam kes Ali, ada Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai pemegang amanah untuk harta amanah tertentu contoh wang tunai dan ada ABC sebagai wasi bagi harta pusaka Ali. Wang tunai yg telah diletak secara amanah ini BUKAN HARTA PUSAKA dan tidak boleh dituntut oleh waris faraid Ali.

Ali mati. Wasiyyah Shoppe Berhad mula bertindak sebagai pemegang amanah kepada isteri Ali dan urus agih wang tunai yg telah diserahkan Ali sebagai akaun amanah itu mengikut terma dan syarat surat ikatan amanah yg telah ditandatangani Ali. Tanggungjawab kami ialah untuk patuh kepada arahan Ali di dalam surat ikatan amanah dan Akta Pemegang Amanah 1949 sahaja.

Wasiyyah Shoppe Berhad TIDAK BERTANGGUNGJAWAB untuk mengagih wang tunai itu kepada anak2 Ali walaupun mereka waris faraid Ali kerana tiada arahan sedemikian dalam surat ikatan amanah Ali. Benefisiari yg berhak kepada wang tunai itu hanyalah isteri sahaja. Sebagai pemegang amanah kami tidak boleh sesuka hati mengagih wang tunai itu kepada sesiapa termasuk waris faraid kerana wang tunai amanah itu BUKAN HARTA PUSAKA !

Yang bertanggungjawab memastikan agihan harta pusaka dibuat dengan adil kepada semua waris faraid Ali iaitu isteri dan 5 anak ialah syarikat amanah ABC yg telah dilantik sebagai WASI.

Bagi HARTA PUSAKA , semua waris berhak mengikut bahagian masing2 iaitu isteri dan 5 anak. Selain wang tunai yg telah diletak secara amanah dengan Wasiyyah Shoppe Berhad, harta2 lain yang tidak dirancang adalah HARTA PUSAKA. Selepas ditolak hutang, bakinya WAJIB diagih kepada waris mengikut hukum faraid kecuali jika mereka bermuafakat atau menolak bahagian mereka.

Jadi jelas ada beza antara AMANAH & PUSAKA. Kalau orang syarikat amanah pun tak faham bezanya, parah le. Lagi teruk sudahlah dia tak faham, dia keluar p**a kenyataan yang mengelirukan masyarkat.

Bang .. ada beza AMANAH & PUSAKA bang. Jangan main redah je. Orang syarikat amanah patut tahu ni.

RANCANG HARTA DAN URUS PUSAKA KINI TEPAT DAN MUDAH.

Credit penulisan dari Tn Hj Ariffin Sabirin

Jika dapat dibaca..bacalah artikel ni. Tidak mustahil ya untuk berlaku di dalam keluarga kita.Artikel ni ditulis berdasa...
13/03/2019

Jika dapat dibaca..bacalah artikel ni. Tidak mustahil ya untuk berlaku di dalam keluarga kita.

Artikel ni ditulis berdasarkan pengalaman sendiri pengasas Wasiyyah Shoppe Bhd dalam 20 tahun menyebarkan ilmu pewarisan islam...

Khusus untuk warga Kelantan.. Barang kemas yg banyak tu moleklah dihibahkan mengikut kesesuaian kepada anak menantu.
Jangan risau, selepas hibah bukan tak boleh pakai dah gelang-gelang dan rantai makcik tu...Makcik boleh pakai lagi selagi makcik ada.. Kalau meninggal, barulah ia pergi terus kepada siapa yang makcik niat nak bagikan barang kemas tu...

Ok kan macam tu makcik..?

Nak buat hibah, hubungi saya di KotaBharu

Address

The Curve
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HIBAH & Pewarisan Harta Islam - Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share