19/12/2025
Panduan Pematuhan & Audit e-Invois Kini Tersedia: Ini Yang Pembayar Cukai Perlu Tahu
Pelaksanaan e-Invois oleh LHDN dibuat secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024, langkah besar untuk memodenkan pentadbiran cukai, mempercepat pengesahan transaksi, dan menyokong ekonomi digital selaras fokus RMKe-12.
Melalui e-Invois, transaksi boleh disahkan hampir serta-merta dan direkodkan sebagai rujukan bagi urus niaga B2B, B2C dan B2G.
Kini, LHDN menerbitkan Rangka Kerja Semakan Pematuhan e-Invois (RKe) yang membantu pembayar cukai (individu & perniagaan) memahami hak, proses, dan apa yang akan berlaku jika semakan/audit dibuat selepas e-Invois dilaksanakan.
Apa tujuan RKe?
RKe menerangkan dengan jelas peranan dan tanggungjawab tiga pihak:
Pegawai Pematuhan e-Invois LHDN (PEI), pembayar cukai, dan ejen cukai.
Secara ringkas, RKe bertujuan untuk:
โข membantu pegawai PEI menjalankan semakan dengan lebih cekap,
โข memastikan pembayar cukai faham proses pematuhan dan tanggungjawab mereka,
โข menegaskan hanya ejen cukai berdaftar boleh mewakili pembayar cukai,
โข membantu ejen cukai faham skop tugas mereka dalam proses pematuhan.
Semakan e-Invois: LHDN akan maklum 14 hari lebih awal
Untuk pematuhan e-Invois, LHDN menggunakan kaedah semakan menyeluruh (bukan semakan umum).
Berita baik: pembayar cukai akan dimaklumkan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum lawatan melalui Surat Pemberitahuan Lawatan Semakan Pematuhan atau emel.
Makluman itu biasanya akan nyatakan:
โข tarikh lawatan,
โข senarai rekod yang perlu disediakan,
โข tahun taksiran/tempoh rekod terlibat,
โข nama pegawai PEI,
โข jangka masa lawatan.
Semakan boleh dibuat di premis pembayar cukai atau lokasi lain yang dipersetujui.
Dokumen yang biasanya diminta semasa semakan
Antara rekod penting yang perlu disediakan:
โข invois jualan, resit jualan & dokumen berkaitan jualan,
โข invois belian, borang pesanan & dokumen berkaitan belian,
โข rekod nota debit, nota kredit & nota bayaran balik,
โข dokumen sumber lain berkaitan invois.
Kalau dokumen perniagaan tak lengkap, semakan boleh dibuat melalui rekod sokongan lain seperti:
โข penyata bank persendirian,
โข senarai milikan aset,
โข dokumen sokongan yang berkaitan.
Hak pegawai LHDN semasa semakan e-Invois
Pegawai PEI LHDN dibenarkan menyemak dan memadankan rekod seperti:
โข rekod kewangan syarikat/perniagaan,
โข lejar transaksi, baucar bayaran,
โข penyata bank,
โข transaksi e-Invois (invois, nota debit, nota kredit, nota bayaran balik).
Jika rekod disimpan secara elektronik, pegawai PEI juga boleh:
โข mengakses komputer, server atau peranti berkaitan,
โข memuat turun data perakaunan ke media simpanan (contoh: pendrive, cakera keras mudah alih, dll).
Maksudnya mudah: bersedia dari awal dan beri kerjasama ikut saluran betul, itu yang paling memudahkan proses.
Boleh tangguh lawatan semakan?
Boleh. Jika surat pemberitahuan sudah dikeluarkan tetapi anda belum bersedia, anda boleh mohon penangguhan atas alasan yang munasabah dan tidak dapat dielakkan.
Untuk pengesahan dan urusan rasmi, pembayar cukai boleh hubungi:
โข Pengarah Operasi Negeri (Seksyen e-Invois & Audit Majikan), atau
โข Pengarah Bahagian Cawangan Khas LHDNM yang berkenaan.