KHR KB

KHR KB We Assist Your Business To Achieve Its Mission & Vision. We Are A Licensed Auditor. KHR Tax Consultancy is our strategic partner.

30/08/2026

BILA AUDITOR KENA KUIZ MERDEKA 😂
“Apakah bunga kebangsaan Malaysia?”
🌺 Rafflesia!

Jawapan penuh keyakinan…
Tapi keyakinan ≠ jawapan betul ya! 🤣

Nak tahu siapa lagi yang tersasul? Tengok sampai habis!

30/08/2026

TERJAH KUIZ MERDEKA (Part 1)

Kita terjah staf KHR KB untuk test pengetahuan tentang Kemerdekaan Malaysia!

Tapi kali ni bukan client yang kena audit… auditor & tax agent p**a yang kena test! 😂
Soalan nampak mudah, tapi boleh ke mereka jawab dengan tepat? 👀

Bijak kira tax, tapi bijak tak bab sejarah Malaysia? 🤣
Jom tengok siapa paling power dalam Kuiz Merdeka KHR KB!

Audit bukan sekadar mencari kesilapan. Audit membina keyakinan terhadap integriti pengurusan kewangan.Petang tadi berlan...
04/08/2026

Audit bukan sekadar mencari kesilapan. Audit membina keyakinan terhadap integriti pengurusan kewangan.

Petang tadi berlangsung Exit Audit Conference bagi Penyata Kewangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk tahun kewangan 2025 di Bangunan Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Sesi ini melibatkan tiga pihak iaitu Jabatan Audit Negara (JAN), UniSZA yang diketuai oleh Naib Canselor serta KHR selaku Firma Audit Swasta (FAS) yang dilantik.

Alhamdulillah, perbincangan mengenai beberapa isu berlangsung secara profesional, terbuka dan konstruktif.

Insya-Allah proses ini akan dimuktamadkan melalui pengeluaran Sijil Audit oleh pihak JAN dalam masa terdekat.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JAN atas kepercayaan yang diberikan kepada firma KHR.

Ucapan terima kasih juga kepada pihak UniSZA, khususnya Bahagian Akaun dan Kewangan atas komitmen serta kerjasama yang sangat baik sepanjang pelaksanaan audit.

Tahniah kepada seluruh team audit KHR. Kejayaan menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan membuktikan bahawa kecemerlangan bukan hasil usaha seorang individu, tetapi lahir daripada disiplin, profesionalisme dan semangat bekerja sebagai satu pasukan.

Kepercayaan dibina melalui integriti. Integriti dibuktikan melalui tindakan.

20/07/2026
Team audit KHR KB telah menghadiri mesyuarat "pre-exit" bersama Jabatan Audit Negara (JAN) berkaitan pengauditan Penyata...
13/07/2026

Team audit KHR KB telah menghadiri mesyuarat "pre-exit" bersama Jabatan Audit Negara (JAN) berkaitan pengauditan Penyata Kewangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tahun kewangan 2025.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perbincangan isu-isu yang dikenal pasti sepanjang proses audit, penjelasan daripada pihak pengurusan serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh tadbir urus dan pelaporan kewangan.

Semoga hasil perbincangan ini dapat menyokong usaha penambahbaikan berterusan ke arah pengurusan kewangan yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

Suatu mesyuarat "exit audit" akan diadakan pada hujung bulan ini yang disertai pihak selaku auditee.

Selesai diskusi deraf penyata kewangan diaudit antara team KHR KB dengan pengurusan Wira Food Trading Sdn Bhd . bagi tah...
13/07/2026

Selesai diskusi deraf penyata kewangan diaudit antara team KHR KB dengan pengurusan Wira Food Trading Sdn Bhd . bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Perbincangan memfokus kepada dapatan audit, penjelasan isu-isu dibangkitkan serta pemuktamadan penyata kewangan sebelum laporan juruaudit dikeluarkan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan atas kerjasama, komitmen dan keterbukaan sepanjang proses audit berlangsung.

Kami komited menyediakan perkhidmatan audit yang profesional, berkualiti dan berintegriti bagi membantu organisasi memenuhi keperluan pelaporan kewangan, pematuhan perundangan serta memperkukuh amalan tadbir urus korporat yang baik.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada KHR - Chartered Accountants.

📚 Kedai Buku Banggol, Tanah MerahAlhamdulillah, pasukan audit KHR® telah selesai melaksanakan kerja-kerja audit bagi tuj...
16/06/2026

📚 Kedai Buku Banggol, Tanah Merah

Alhamdulillah, pasukan audit KHR® telah selesai melaksanakan kerja-kerja audit bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan Penyata Kewangan Kedai Buku Banggol untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

Proses audit ini melibatkan semakan rekod perakaunan, dokumen kewangan, transaksi perniagaan, pengesahan baki akaun serta penilaian pematuhan terhadap piawaian pelaporan kewangan yang berkaitan.

Pemerhatian terhadap operasi perniagaan turut dijalankan bagi memastikan maklumat yang dilaporkan adalah lengkap, tepat dan boleh dipercayai.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga Kedai Buku Banggol atas kerjasama yang diberikan sepanjang tugasan audit berlangsung.

Komitmen yang ditunjukkan telah membantu memastikan proses audit dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Audit bukan sekadar memenuhi keperluan pematuhan, malah berperanan memperkukuhkan ketelusan, akauntabiliti dan keyakinan pihak berkepentingan terhadap kedudukan kewangan sesebuah organisasi.

KHR® — Growing Businesses Through Compliance

Pembentangan laporan kewangan diaudit oleh wakil KHR KB KHR - Chartered Accountants Cik Hidayatun Nadhirah di Mesyuarat ...
18/05/2026

Pembentangan laporan kewangan diaudit oleh wakil KHR KB KHR - Chartered Accountants Cik Hidayatun Nadhirah di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) kali ke-41.

Mesyuarat berlangsung di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Semoga Penentu menjadi penghubung antara ahli dan agensi juga platfom membela kebajikan dan kepentingan komuniti nelayan negeri Terengganu.

Terimakasih atas kepercayaan dan kerjasama oleh semua pihak terlibat. Turut berkesempatan bergambar dengan Pengurus Besar Penentu, En. Shukri.

f r o z e n  f o o dAudit fieldwork bagi Wira Food Trading Sdn Bhd telah selesai dijalankan dengan lancar.Sepanjang temp...
16/05/2026

f r o z e n f o o d

Audit fieldwork bagi Wira Food Trading Sdn Bhd telah selesai dijalankan dengan lancar.

Sepanjang tempoh audit, pihak pengurusan telah memberikan kerjasama yang baik serta membantu pihak kami dalam proses semakan dokumen, rekod dan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pengauditan.

Kerjasama yang diberikan amat dihargai kerana telah membantu memastikan proses audit dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Kami merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama, komitmen serta layanan baik yang diberikan sepanjang audit ini.

a u d i t  k o p e r a s i  Kerja lapangan audit bagi Koperasi Pekerja PNS Kuala Lumpur Berhad telah selesai dijalankan ...
16/05/2026

a u d i t k o p e r a s i

Kerja lapangan audit bagi Koperasi Pekerja PNS Kuala Lumpur Berhad telah selesai dijalankan dalam tempoh tiga (3) hari oleh team audit KHR - Chartered Accountants KHR KB.

Sepanjang audit dijalankan, pihak pengurusan dan staf koperasi telah memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan proses pengauditan.

Ucapan terima kasih khusus kepada Encik Ahmad Afiq Ajmal dan Encik Muhammad Ozeir atas bantuan dalam menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan.

Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sepanjang audit ini.

Address

PT 65H-3, Tingkat Atas Seksyen 14, Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Sunday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KHR KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KHR KB:

Shortcuts

Share