Al-Hakim Home Tuition Kota Bharu

Al-Hakim Home Tuition Kota Bharu Pembimbing Emas

Syair GuruInilah kisah kerjaya mulia,Mendidik mengajar selagi terdaya,Ibarat lilin memberi cahaya,Bukan balasan harta pi...
15/05/2018

Syair Guru
Inilah kisah kerjaya mulia,
Mendidik mengajar selagi terdaya,
Ibarat lilin memberi cahaya,
Bukan balasan harta pintanya.

Guru itu sanggup berbakti,
Membentuk insan mulia pekerti,
Kejayaan murid sangat bererti,
Jasa dikenang sampai ke mati.

Daripada guru kita belajar,
Huruf dan angka disebut lancar,
Membaca mengira tiada sukar,
Jiwa yang lemah menjadi mekar.

Jika berkasar bukannya marah,
Dia mengajar menunjuk arah,
Masa depan hendaknya cerah,
Ke mana pergi rezeki murah.

Awal pagi guru pun datang,
Bakti dicurah sampai ke petang,
Murid disayang mahu ditatang,
Mendorong minda bijak dan matang.

Bukan kaya ukuran harta,
Murid berjaya itulah semata,
Jasa dikenang bukan diminta,
Sehingga saat menutup mata.

Sekali guru selamanya begitu,
Sentiasa berikhtiar tiada buntu,
Melepas musibah satu persatu,
Jaya akhirnya sudahlah tentu.

Tiada guru yang buruk sikapnya,
Menjadi teladan mulia hatinya,
Senang merujuk tempat bertanya,
Semua yang kusut lerai akhirnya.

Di mana sahaja sedia berkhidmat,
Tutur katanya sentiasa cermat,
Tingkah laku selalu berhemat,
Jadi ikutan pasti selamat.

Guru pemangkin hasrat wawasan,
Mendidik memimpin tiada bosan,
Mengharap balas bukan alasan,
Jadilah guru sanjungan insan.

Sering guru memberi nasihat,
Jauh segala gejala tak sihat,
Jangan dicuba tipu muslihat,
Di dalam hati terus terpahat.

Ilmu itu sentiasa dicari,
Jadilah guru manusia bestari,
Banyak membaca lengkapkan diri,
Elakkan utama kepentingan sendiri.

Jangan bezakan diri pelajar,
Semua mereka sama diajar,
Nama gelaran jangan dikejar,
Buatlah yang baik selagi wajar.

Bukan pangkat jadi taruhan,
Tetapi berkat jadi pilihan,
Buat amalan ikut suruhan,
Martabat bangsa itu tempahan.

Jika ada murid yang nakal,
Guru yang bijak mengguna akal,
Kuatkan azam hatipun cekal,
Didikan yang baik perlu dibekal.

Falsafah negara itu matlamat,
Hidup harmoni semua selamat,
Cabaran wawasan jadikan azimat,
Kukuh iltizam di hati tersemat.

Demikian sudah resamnya guru,
Yakin terpuji tiada terburu,
Sedia berbakti segenap penjuru,
Pembimbing masyarakat ke alaf baru.

Ghazali Lateh.
(Dewan Sastera, Mei 2006)

09/04/2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Berita baik untuk Warga Kelantan!!!Al-Hakim Home Tuition Kota Bharu mempelawa anda u...
08/04/2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berita baik untuk Warga Kelantan!!!

Al-Hakim Home Tuition Kota Bharu mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada warga pengajar kami.

Individu yang berkelayakan dan berminat dijemput menghantar resume sebelum atau pada 20 April 2018.

Terima Kasih.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.Bermula 1-30 April 2018, Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan....
30/03/2018

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Bermula 1-30 April 2018, Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dijalankan.
Antara aspek yang ditekankan dalam ujian ini ialah :-

1- Tatabahasa
2- Kosa Kata
3- Tatasusila
4- Fasih dan berhemah dalam sebutan
5. Intonasi dan nada.

Untuk bacaan lebih jelas, boleh rujuk Persediaan Ujian Lisan PT3 yang disediakan oleh sistem guru online.

Semoga bermanfaat :-)



Dapatkan Ujian Lisan PT3 bagi persediaan 2017. Disini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.Adik-adik dah mula bercuti sekolah kan. Jadi, manfaatkan cuti sekolah ni dengan aktivit...
18/03/2018

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Adik-adik dah mula bercuti sekolah kan.
Jadi, manfaatkan cuti sekolah ni dengan aktiviti yang bermanfaat ❤

Tahniah kepada semua calon SPM 2017!!!Kepada calon yang cemerlang, teruskan kecmerlangan anda pada masa hadapan.Bagi yan...
16/03/2018

Tahniah kepada semua calon SPM 2017!!!
Kepada calon yang cemerlang, teruskan kecmerlangan anda pada masa hadapan.
Bagi yang masih belum cemerlang, masa anda akan tiba, gandakan usaha, tingkatkan produktiviti. InshaALLAH kejayaan pasti milik anda.

Assalamualaikum.Selamat berhujung minggu dan berusaha menggandakan pelaburan akhirat dan dunia :-)
12/01/2018

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu dan berusaha menggandakan pelaburan akhirat dan dunia :-)

04/01/2018

Tahun Baru, Azam Baru dan Semangat Baru.
Al-Hakim mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar :-)

Dah dapat result?Tahniah, anda telah melepasi suatu tahap dalam peperiksaan.
14/12/2017

Dah dapat result?
Tahniah, anda telah melepasi suatu tahap dalam peperiksaan.

Alhamdulillah.. Parents berpuas hati dengan program English Clinic. Students pun dapat banyak tips dan teknik belajar En...
04/12/2017

Alhamdulillah..
Parents berpuas hati dengan program English Clinic.
Students pun dapat banyak tips dan teknik belajar English dengan betul.
InshaAllah next time kita buat lagi program English Clinic Awesome.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami di Al-Hakim Home Tuition & Quranic Home Based :-)

Buka Laptop & Printer lagi ye. Ada pertambahan pelajar disaat-saat akhir ni.Alhamdulillah..
01/12/2017

Buka Laptop & Printer lagi ye. Ada pertambahan pelajar disaat-saat akhir ni.
Alhamdulillah..

Address

Kota Bharu
15200

Telephone

+60179029848

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Hakim Home Tuition Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share