13/02/2022
NAK HIBAH RUMAH ANDA WALAUPUN MASIH DALAM PINJAMAN?
Fahami sebab kenapa ramai pemilik rumah dalam pinjaman ingin menghibahkan rumah mereka.
1. Kurang 1% rakyat Malaysia beli rumah secara tunai.
2. Majoriti beli rumah secara pinjaman sendiri atau bersama.
3. Tempoh pinjaman yang sangat lama, ada yang cecah tempoh 35 tahun.
4. Hartanah bernilai tinggi dan meningkat setiap tahun.
5. Kerana nilai tinggi hartanah menjadi rebutan bila pemilik meninggal dunia.
6. 1,000,000 geran tanah (rumah, kondo etc) beku, masih atas nama pemilik yang telah meninggal dunia.
7. Pewarisan hartanah sering bermasalah kerana melibatkan ramai waris.
8. Waris mempunyai pendapat berbeza-beza atau tiada muafakat tentang pembahagian.
9. Hartanah terpaksa dijual untuk bahagi hak waris-waris.
10. Semua orang ingin mewarisi hartanah tapi bukan hutang.
11. Ramai pemilik ingin memberi hartanah kepada orang tertentu untuk menjaga keperluan tempat tinggal (contoh suami kepada isteri dan anak).
12. Hartanah tidak boleh diagih seperti wang tunai.
13. Wasiat pemberian hartanah kepada waris tertentu perlu persetujuan semua waris faraid selepas kematian pemilik asal ( 7 dari sepuluh memilih hak faraid mereka).
14. Tuntutan harta sepencarian adalah pada kadar 30%-50% rumah. Pemilikan masih berkongsi dan perlu persetujuan semua pihak untuk urusan pentadbiran dan jualan.
15. Ramai faham bahagian faraid, tapi masih gagal faham tanggungjawab sebagai waris faraid.
Klik sini untuk dapatkan infomasi terkini berkaitan pengurusan dan perancangan harta pusaka
https://wa.me/message/PHOJGYIC73UQH1