Penasihat Syariah Nik Mohd Aiman

Penasihat Syariah Nik Mohd Aiman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penasihat Syariah Nik Mohd Aiman, Financial planner, Kota Bharu.

Pengurusan & Pembahagian Harta Pusaka
Dokumen Hibah & Hibah Tunai
Perancangan Wasiat
Pengurusan Faraid
Pencen Terbitan
Penukaran Pemilikan Nama & Pecahan Lot Tanah
Pengurusan & Pembatalan Hutang (PTPTN dan Bank)

27/04/2022

Fahamilah wasiat yang sah dan tidak sah sebeljm anda membuat wasiat

27/04/2022

Wasiat
Wasiat adalah pemberian yang dibuat selepas berlakunya kematian. Mengapa Anda Perlukan Wasiat Sedangkan Ada Hukum Faraid?

Kepentingan utama penulisan Wasiat, adalah untuk melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris. Di samping itu di dalam wasiat boleh melantik Penjaga harta anak di bawah umur/OKU selepas meninggal dunia.

Melalui penulisan Wasiat juga anda boleh membuat pemberian kepada mereka yang bukan waris Faraid termasuk pemberian infaq selepas meninggal dunia.

Penasihat syariah
Nik mohd Aiman
01157675287

24/04/2022

KETAHUI BAGAIMANA ANDA DAPAT MENJAGA KEBAJIKAN KELUARGA SETELAH KETIADAAN ANDA

Harta pusaka perlu diuruskan mengikut peruntukan Syariah. Tahukah anda bahawa :

HARTA PUSAKA TERBEKU
Apabila anda meninggal dunia, harta pusaka akan terbeku.

AMBIL MASA LAMA
Proses untuk mencairkan, mentadbir serta mengagihkan harta pusaka akan memakan masa

DIAGIHKAN
Harta pusaka akan diagihkan mengikut undang-undang Syariah

Jom buat pengurusan harta ketika kuta masih hidup, kerana ia akan memudahkan isteri dan anak-anak kita serta keluarga kita mengurusnya selepas kita tiada,
aset dan tunai



Penasihat syariah
Nik Mohd Aiman
01157675287

Apa nasib isteri dan anak-anak jika suami tidak buat wasiat dan hibah harta? atau hibah tunai kepada anak dan isteri?Lin...
23/04/2022

Apa nasib isteri dan anak-anak jika suami tidak buat wasiat dan hibah harta? atau hibah tunai kepada anak dan isteri?

Lindungi kepentingan keluarga anda menerusi penulisan wasiat & hibah berdasarkan keperluan anda.

sabda Nabi SAW daripada kisah Saad bin Abi Waqqas RA:عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي ...
22/04/2022

sabda Nabi SAW daripada kisah Saad bin Abi Waqqas RA:

عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ

Maksudnya: Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”, Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan saparuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh”, Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia”.

Antara Ibrah peristiwa Israk Mikraj :"Nabi Rasulullah Saw diperlihatkan golongan yang bercawat memakan duri-duri kayu, g...
18/04/2022

Antara Ibrah peristiwa Israk Mikraj :

"Nabi Rasulullah Saw diperlihatkan golongan yang bercawat memakan duri-duri kayu, golongan yang berenang di dalam kolam darah sambil memakan batu dan dimakannya dengan paksa. Inilah seksaan kepada mereka yang memakan harta manusia secara haram. Termasuklah tidak membayar zakat, merompak, mencuri dan makan harta orang lain."

Petikan dalam Surah An-Nisa Ayat 10:

اِنَّ الَّذِيْنَ يَأْكُلُوْنَ اَمْوَالَ الْيَتٰمٰى ظُلْمًا اِنَّمَا يَأْكُلُوْنَ فِيْ بُطُوْنِهِمْ نَارًا ۗ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيْرًا ࣖ
10. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api dalam perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

Iktibar kepada kita:
Sahabat-sahabat muslimin dan muslimat dan peringatan untuk diri saya sendiri....hendaklah kita mengambil tindakan supaya kita semua tidak kira suami atau isteri, anak-anak perlulah membuat perancangan ke atas harta yang kita miliki pada hari ini supaya keturunan kita tidak tergolong dari golongan yang memakan harta batil, nauzubillah...

Jangan kita melepaskan tanggungjawab pembahagian harta kita kepada orang lain kerana kita tidak pasti adalah mereka mampu melaksanakan tanggungawab tersebut.

Jangan sampai terlambat atau telah sakit baru kita teringat nak berbuat sesuatu terhadap harta yang kita ada...sedangkan pada masa tersebut kita hanya fikirkan bagaimana nak mengubati penyakit...tak sempat nak fikirkan pasal perancangan harta.

Banyak kaedah yang boleh kita buat perancangan harta kita pada hari ini seperti Hibah Hartanah / Hibah Harta Alih / Tabbaru' Pusaka yang patuh Syariah sepenuhnya. Semua ini adalah bagi membantu memastikan keluarga kita terselamat dari perkara-perkara melibatkan memakan harta batil dan haram...

Penasihat Syariah Nik Mohd Aiman
+601157675287




13/04/2022

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undangundang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkanwasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.

Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendaksyarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah danwasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid.Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.


tunai
pusaka
bahagian

Jom buat hibah aset / tunai
Penasihat syariah
Nik Mohd Aiman
01157675287

12/04/2022

Ini lah antara realiti dalam masyarakat melayu,
Kerana harta putus hubungan,
Kerana harta adik beradik disingkirkan

Jom kita buat hitam putih dengan membuat dokument hibah, wasiat dan lain lain
Penasihat syariah
Nik mohd aiman
01157675287

Address

Kota Bharu
15400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penasihat Syariah Nik Mohd Aiman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share