15/02/2024
โSaya bayar medical card setiap bulan, kalau tak sakit macam mana eh? Boleh dapat duit balik tak?โ
Soalan yang biasa agent dapat.
Dia macam ni gaiss.. Fungsi takaful ni bukan macam Pusat Zakat, bukan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat mahupun NGO. BUKAN.
TAKAFUL adalah perniagaan yang mengamalkan konsep BERSEDEKAH dan MEMBANTU antara satu sama lain dalam kalangan peserta.
Macam mana boleh jadi perniagaan? Sebab ada permintaan.
Kenapa ada permintaan? Sebab TAKAFUL ITU KEPERLUAN.
Orang yang kata takaful bukan keperluan, dia hidup dalam kepura-puraan, menipu diri sendiri. Kalau nak tahu takaful tu keperluan ataupun tidak, cubalah sakit dahulu, cubalah hilang upaya dahulu. Itu pun kalau sangguplah.
โKalau macam tu tunggu dah sakit nantilah baru sediakan takaful.โ
Tak boleh. Janganlah kita jadi โPEROMPAKโ nak โMEROMPAKโ duit para pencarum yang dah lama mencarum sewaktu masih sihat lagi.
Kalau macam tu gayanya, rugi semua peserta takaful. Gulung tikar syarikat takaful.
Sekarang ni masih sihat memanglah rasa takaful tu bukan keperluan.
Bukan setakat takaful, kita pun tak perlukan doktor dan hospital. Tapi untuk mereka yang dah berpenyakit, yang diuji dengan musibah, doktor dan hospital itulah harapan mereka.
Kita pun tak perlukan bomba. Tapi kalau rumah kita terbakar, bomba itulah yang kita akan cari.
Kita pun tak perlukan tentera. Tapi kalau berlakunya peperangan, tentera itulah tempat kita bergantung harap.
Kita pun tak perlukan tayar spare. Tapi bila tayar kereta pancit, tayar spare itulah yang kita cari dahulu.
Kita pun tak berminat nak jumpa agent takaful. Tapi bila dah berpenyakit dan perlukan duit untuk bayar bil hospital, agent takaful ini lah yang orang dok cari. Begitulah.
Ingat. Sesetengah perkara akan menjadi keperluan sesuai dengan masa dan tempatnya.
Nurul Aina
0129227846
Takaful Consultant
Bakal agent takaful keluarga anda ๐