10/07/2024
𝐓𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐚𝐤 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐜𝐞𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐚𝐤𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐥𝐞𝐰𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐤𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤/𝐡𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥, 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐜𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬 𝐭𝐮𝐧𝐭𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢𝐫𝐮𝐠𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤?
Mendapatkan rawatan di klinik/hospital berhampiran 𝗦𝗘𝗝𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 sangatlah penting bagi memastikan kes anda dapat berjalan dengan lancar tanpa cacat-cela.
Ada sesetengah orang, dia hanya nampak luka-luka sahaja dekat badan akibat kemalangan. Tetapi daripada pergi klinik/hospital, dia terus balik rumah dan hanya sapu minyak dekat luka itu. Tiba-tiba esok lusa badan rasa sakit-sakit, baru nak pergi ke klinik/hospital.
Jadi dekat sini, wujudnya jurang ['gap'] antara hari dan waktu berlakunya kemalangan dengan hari dan waktu rawatan dibuat. Jurang hari dan waktu inilah yang akan mencacatkan kes tuntutan gantirugi keatas kecederaannya kelak.
Kemungkinan akan timbulnya persoalan seperti:
"Betulkah kecederaan tersebut wujud akibat kemalangan jalan raya atau ianya wujud akibat perkara lain yang berlaku selepas kemalangan tersebut (contohnya: mungkin dia ada jatuh di rumah selepas kemalangan, sebab itu dia sakit macam ni)?".
Persoalan yang timbul sebegini mungkin boleh mengganggu tuntutan anda keatas gantirugi kecederaan tersebut.
Sebab lain kenapa anda perlu dapatkan rawatan SEJURUS SELEPAS KEMALANGAN adalah untuk memastikan supaya pegawai perubatan dapat melakukan pemeriksaan terperinci keatas anggota tubuh badan anda. Hanya pegawai perubatan sahaja yang boleh mengesahkan keadaan kesihatan/kecederaan pada tubuh badan seseorang.
Sebagai contoh, bagi anda mungkin ianya hanya lebam-lebam biasa sahaja. Tetapi pada pandangan pegawai perubatan, kecederaan tersebut boleh diklasifikasikan sebagi 'Soft tissue injury' yang mana ianya boleh dituntut di mahkamah kelak.
Ketahuilah, setiap kecederaan yang dialami oleh anda, boleh dituntut sekiranya ia wujud akibat daripada kemalangan jalan raya. Oleh itu, pastikan anda segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik/hospital selepas berlakunya kemalangan jalan raya.
𝐀𝐢𝐧𝐚𝐚 𝐀𝐳𝐢𝐦𝐢 𝐋𝐚𝐰 𝐂𝐡𝐚𝐦𝐛𝐞𝐫𝐬,
𝑷𝒆𝒈𝒖𝒂𝒎𝒃𝒆𝒍𝒂 & 𝑷𝒆𝒈𝒖𝒂𝒎𝒄𝒂𝒓𝒂