Fatihah AIA Takaful Planner

Fatihah AIA Takaful Planner Hi. Saya Fatihah, Perunding Takaful Sepenuh Masa under AIA Public Takaful.

Alhamdulillah, selesai bantu Kak Nini ambil pelan penyakit kritikal ❤️Kak Nini ni sebenarnya kenal masa sama-sama di war...
24/02/2026

Alhamdulillah, selesai bantu Kak Nini ambil pelan penyakit kritikal ❤️

Kak Nini ni sebenarnya kenal masa sama-sama di ward dulu, waktu saya bersalinkan Eusoff di HUSM 🤭
Tak sangka dari kenalan di hospital, hari ni Allah izinkan saya bantu dia buat perlindungan diri.

Kadang kita tak tahu bila ujian sakit akan datang.
Sekurang-kurangnya ada sedikit perlindungan untuk diri dan keluarga.

Terima kasih Kak Nini atas kepercayaan 🤍
Semoga pelan ini jadi ikhtiar dan perlindungan untuk masa depan.

Nak berjaya dalam industri ni, tak boleh jalan sorang.Kena ada team yang selalu ingatkan tujuan kita:bukan sekadar closi...
24/02/2026

Nak berjaya dalam industri ni, tak boleh jalan sorang.

Kena ada team yang selalu ingatkan tujuan kita:
bukan sekadar closing, tapi membantu.

Alhamdulillah untuk team yang sentiasa support. 🚀

Hari-hari saya terima mesej tanya tentang medical card / pelan sakit kritikal.Tapi ada mesej yang paling buat saya serba...
24/02/2026

Hari-hari saya terima mesej tanya tentang medical card / pelan sakit kritikal.

Tapi ada mesej yang paling buat saya serba salah.

Bila client cakap:
“Doktor dah sahkan kanser…”

Waktu tu saya tahu, kebanyakan pelan dah tak boleh bantu.

Bukan nak menolak, tapi memang itu syaratnya.
Perlindungan perlu dibuat sebelum sakit berlaku.

Sebab itu saya selalu ingatkan:
Sementara masih sihat, cuba sediakan sesuatu untuk diri dan keluarga.

Alhamdulillah pagi ni sempat bantu klien sign up pelan penyakit kritikal 🤗Kalau satu hari nanti doktor cakap kita ada sa...
23/02/2026

Alhamdulillah pagi ni sempat bantu klien sign up pelan penyakit kritikal 🤗

Kalau satu hari nanti doktor cakap kita ada sakit kritikal,
perkara pertama yang kita fikir bukan rawatan…

tapi duit.

Itulah yang client saya luahkan masa berbual dengan saya.

Dia cakap:

“Kalau jadi apa-apa, saya tak nak keluarga susah cari duit rawatan.”

Sebab tu dia setuju ambil perlindungan ni walaupun hanya sekitar RM50.33 sebulan.

Dengan caruman tu dah ada:

✔️ Cover 185 jenis penyakit kritikal
✔️ Perlindungan dari early stage hingga tahap akhir
✔️ Pelan mampu milik

Lepas tengok quotation dia terus cakap,

“Ingatan mahal, rupanya masih mampu buat.”

Alhamdulillah, rezeki hari ini.Terima kasih Bos Zul & Mem kerana sentiasa berkongsi rezeki dengan kami semua.Dapat kurma...
22/02/2026

Alhamdulillah, rezeki hari ini.
Terima kasih Bos Zul & Mem kerana sentiasa berkongsi rezeki dengan kami semua.

Dapat kurma Ajwa p**a hari ni. Semoga Allah membalas dengan rezeki yang lebih luas. 🤍

REAL STORY ❗️Bila suami pergi,bukan setakat hilang insan tersayang…tapi hilang juga sumber pendapatan.Hutang tetap ada.K...
21/02/2026

REAL STORY ❗️

Bila suami pergi,
bukan setakat hilang insan tersayang…
tapi hilang juga sumber pendapatan.

Hutang tetap ada.
Komitmen tetap berjalan.
Anak-anak tetap membesar.

Sebab itu hibah bukan pilihan, tapi keperluan.
Supaya kasih sayang kita terus melindungi walaupun kita tiada.

Sebagai ibu/ayah, kita selalu fikir tentang masa depan anak.Sekolah mereka. Makan pakai mereka. Impian mereka.Tapi perna...
21/02/2026

Sebagai ibu/ayah, kita selalu fikir tentang masa depan anak.
Sekolah mereka. Makan pakai mereka. Impian mereka.

Tapi pernah tak terfikir…
kalau satu hari nanti kita diuji dengan penyakit kritikal?

Siapa akan teruskan tanggungjawab itu?

Medical card lindungi bil hospital.
Critical illness lindungi kehidupan keluarga.

Kerana kasih sayang bukan sekadar kata-kata,
ia adalah persediaan.

Alhamdulillah 🤍Bukan sekadar weekly meeting…tapi ruang untuk belajar, berkembang dan sama-sama naik.Di belakang setiap k...
21/02/2026

Alhamdulillah 🤍
Bukan sekadar weekly meeting…
tapi ruang untuk belajar, berkembang dan sama-sama naik.

Di belakang setiap kejayaan, ada team yang saling sokong dan tak pernah jatuh sorang-sorang.
Semoga langkah kecil hari ini jadi kejayaan besar esok.

Assalamualaikum & Salam Ramadan Kareem 🌙Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan keampuna...
19/02/2026

Assalamualaikum & Salam Ramadan Kareem 🌙

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh rahmat dan keampunan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Tuan/Puan sebagai client saya. Doa saya semoga Ramadan ini membawa keberkatan, ketenangan dan rezeki yang lebih luas buat Tuan/Puan sekeluarga.

Jika ada apa-apa yang saya boleh bantu berkaitan perlindungan atau perancangan kewangan, jangan segan untuk hubungi saya ya 😊

Semoga setiap amal kita diterima Allah SWT.

Ikhlas,
NURFATIHAH
Al-Intisar Group | AIA Public Takaful

🚨 KISAH BENAR : Seorang rakyat Malaysia alami brain haemorrhage ketika bercuti di Vietnam. Kos rawatan mencecah RM100,00...
11/11/2025

🚨 KISAH BENAR : Seorang rakyat Malaysia alami brain haemorrhage ketika bercuti di Vietnam. Kos rawatan mencecah RM100,000 dan keluarganya terpaksa mohon bantuan orang ramai.

Ramai ingat travel insurance cover semua benda – sebenarnya tidak ❌

👉 Travel insurance biasanya cover kemalangan semasa travel.
👉 Tapi sakit sedia ada (contoh: darah tinggi, diabetes, stroke, brain haemorrhage) – tidak dilindungi.

🩺 Solusi lain: Medical card peribadi yang kita ambil di Malaysia.
Itu lebih selamat untuk lindungi diri & keluarga.

💡 Pengajaran: Jangan ambil mudah. Travel seronok, tapi perlindungan lengkap lebih penting.

Hari demi hari, rindu ini tak pernah hilang…Kadang hanya dengan memandang gambar pun sudah cukup buat air mata mengalir....
11/11/2025

Hari demi hari, rindu ini tak pernah hilang…
Kadang hanya dengan memandang gambar pun sudah cukup buat air mata mengalir.
Bukan kerana lemah, tapi kerana kasih sayang yang pernah ada — terlalu dalam untuk dilupakan.

Bila kehilangan datang tanpa sempat bersedia, barulah kita sedar…
Bahawa kasih sayang bukan sekadar diungkap,
tetapi juga perlu dilindungi — walau setelah kita tiada.

Kerana itulah pentingnya hibah takaful.
Agar yang kita tinggalkan nanti tidak terbeban dengan apa yang kita tidak sempat uruskan.
Agar rindu mereka tidak dibalut dengan kesusahan,
tetapi hanya dengan doa yang tenang.

Jangan tunggu esok untuk bersedia.
Hargai hari ini, lindungi orang yang kita sayang — selagi masih ada peluang. 💔

Rezeki claim perubatan approved, alhamdulillah. Sakit tak dijemput, tapi perlindungan boleh diikhtiarkan. Semoga keluarg...
21/07/2025

Rezeki claim perubatan approved, alhamdulillah. Sakit tak dijemput, tapi perlindungan boleh diikhtiarkan. Semoga keluarga kita sentiasa terjaga di bawah lindungan-Nya 🤲🏻

Address

Al-Intisar Group Sdn Bhd
Kota Bharu
15100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fatihah AIA Takaful Planner posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share