PG by Ahmad Attaillah

PG by Ahmad Attaillah *AKTIF PRIORITY DEALER PUBLIC GOLD*👨‍⚖️

✨Misi membimbing 1000 penyimpan emas dengan ilmu.

18/06/2025

Kebanyak masyarakat dihantui 2 masalah ini yg memberi kesan kepada tahapa kewangan pribadi…

18/06/2025

Iyaa…harga emas yang telah menjadi sejarah memang murah..iaitu ketika harga emas 30tahun lepas🙂‍↕️ #

Gais.Ada fakta menarik saya nak share dengan anda. Untuk pengetahuan anda, emas naik 31.17% dalam tempoh setahun ini (li...
18/06/2025

Gais.

Ada fakta menarik saya nak share dengan anda.

Untuk pengetahuan anda, emas naik 31.17% dalam tempoh setahun ini (lihat gambar)

Ia mengatasi semua aset selamat yang lain.

📈 Harga emas spot kini $3,392.31 /oz — selepas menembusi harga tertinggi $3,500 April lalu!

Emas telah mengalahkan aset-aset lain seperti:

✅ Bon Perbendaharaan AS
✅ Yen Jepun
✅ Franc Swiss
✅ Dolar AS (jatuh hampir 10%)

Kenapa dunia beralih ke emas?

Ia kerana:

🔐 Emas tiada hutang & tidak dikawal kerajaan.

🏦 Bank pusat dunia beli lebih 1,000 tan emas tahun lepas.

📉 Ketidakpastian ekonomi, tarif, & ketegangan geopolitik buat pelabur lari dari dolar & bon!

💬 Kata pakar: “Emas selamat, apolitikal & ada nilai sebenar. Tak perlu percaya mana-mana kerajaan untuk lindungi nilai kekayaan.”

Dalam situasi tidak menentu sekarang, emas adalah pilihan yang terbaik.

Sebagai penyimpan emas, kita akan sentiasa senyum.

Ingat.

Simpan emas untuk jangka panjang dan sentiasa tambah gram.

Love gold and gold will love you 10x ganda 🥰

Sumber: CNBC

18/6/2025



18/06/2025

Emas Sebagai Pelaburan

Gais.Analisis harga emas 12/6/2025.Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.Apakah fakto...
12/06/2025

Gais.

Analisis harga emas 12/6/2025.

Hari nie harga emas naik banyak, sekitar USD65.60 /Oz kepada 3390USD /Oz.

Apakah faktor-faktor yang menggerakkan harga emas hari ini?

Jom saya analisis untuk anda.

Pertama sekali adalah ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah (Iran dan Israel).

Ia ditambah dengan pengunduran tentera AS dari Iraq.

Bila geopolitik bergolak, pelabur terus cari perlindungan dalam emas.

Kedua, adalah isu perang perdagangan. Trump akan mengumumkan tarif baharu.

Ketidaktentuan dasar perdagangan ini membuatkan pasaran resah, dan emas akan naik.

Faktor lain adalah jangkaan kadar faedah turun – Laporan CPI baru-baru ini keluar dan inflasi dilihat semakin reda di US.

Ramai menjangka Federal Reserve akan turunkan kadar faedah menjelang hujung tahun.

Ini menyebabkan dolar jatuh, dan emas makin menarik perhatian pelabur.

Gais.

Emas sedang naik disebabkan “perfect storm” — ketegangan geopolitik, perang perdagangan yang belum selesai serta jangkaan kadar faedah akan menurun.

Jika semuanya berterusan, tak mustahil emas boleh melepasi $3,400/oz dalam masa terdekat.

Kita perlu perhatikan 3 perkara ini:

1. Perkembangan konflik Iran–Israel.

2. Kenyataan dan tindakan terbaru dari Trump.

3. Data inflasi AS & komen dari Federal Reserve.

Saya menjangkakan emas berupaya naik untuk jangka masa pendek.

Sekian analisis harga emas hari ini.

Perkongsian ini dari Mentor saya Tn SyukorHashim Guru Emas Malaysia


Analisis harga emas 4/6/2025Gais.Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report...
04/06/2025

Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja — ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

➡️ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

➡️ Nilai dolar AS akan melemah.

➡️ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil — dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal — seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan — inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang “beli murah jual mahal” — ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.



29/05/2025
Emas paling besar dalam PG12.5kg. Anggaran harga sekarang RM6.2 juta“Buat apa lah buat emas besar2, ada ke orang nak bel...
14/05/2025

Emas paling besar dalam PG
12.5kg. Anggaran harga sekarang RM6.2 juta

“Buat apa lah buat emas besar2, ada ke orang nak beli?” kata si polan kepada saya.

Ada. Orang ada duit dan dia nak kekalkan nilai duit dia untuk masa depan. Orang bisnes. Orang orang ada cash banyak tapi rasa macam duit dia makin lama makin kecik nilai.

Contoh mudah, u ols kalau ingat zaman Ahmad Samerin menang sejuta rancangan kuiz TV More Jutaria zaman 90an dulu, rasa banyaknya sejuta. 10 keturunan tak abis makan. Tapi nilai sejuta sekarang tak macam dulu. Baru 2kg emas sahaja. Rumah teres pun dah harga juta-juta.

Ada orang nak sebut sejuta pun takut. Rasa Mustahil. Ada orang dapat sales sejuta pun rasa sesak nafas sebab expenses banyak, staff ramai dan sebagainya. Jadi…. kemampuan orang berbeza.

Yang penting kita tahu selamatkan kekayaan kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.

Duit banyak tapi emas takde?… ni cari nahas namanya. Kaya tak lama kalau tak simpan emas, sayang. Duit boleh gugur, emas tetap teguh macam Aunty Sally pakai high heel masa kenduri. Tak goyang 🙈

Emas bukan nak kaya sangat, tapi nak elak papa bila ekonomi gila. Kaya tapi tak simpan emas ni macam naik kapal mewah, tapi tak bawak jaket keselamatan.

Berapa nak simpan. 30% dah ok. Jangan simpan semua. Simpan yang rasa duit tu mmg untuk simpanan jangka masa panjang. Emas yang bagus adalah emas yang ada dalam tangan kita.

🥰

cc Suhaili Mohd Zain

12/05/2025

Gais.

Sekarang anda boleh tempah emas Public Gold untuk syarikat, atau untuk hadiah kepada staff syarikat dan banyak lagi.

Anda Impikan, Public Gold realisasikan!

Sama ada bentuk rumah idaman, kapal terbang mewah, kereta eksotik atau apa sahaja rekaan unik dari imaginasi anda — Public Gold boleh cipta segalanya dalam bentuk jongkong emas.

Emas tempahan khas ini sesuai untuk pelbagai majlis dan tujuan istimewa seperti:

🏆 Hadiah Korporat Premium – Lambang penghargaan tertinggi untuk rakan niaga dan pelanggan utama.

🎖️ Penghargaan Pekerja Cemerlang – Anugerah berprestij yang akan dikenang selamanya.

🎉 Sambutan Ulang Tahun Syarikat – Simbol kejayaan syarikat yang membanggakan!

Cipta kenangan abadi dengan gold bar rekaan khas hanya dari Public Gold!

Sila war-warkan kepada prospek anda.


Emas Benteng Terakhir.Simpan emas untuk selamatkan kegawatan kewangan kita. Ada ktika kita diuji habis segala wang simpa...
11/05/2025

Emas Benteng Terakhir.

Simpan emas untuk selamatkan kegawatan kewangan kita. Ada ktika kita diuji habis segala wang simpanan. Yang pernah lalui dan rasa tahu laah. Huuhhh !!! Susah hati & gelisah tu sampai terduduk dan tak mampu berkata.

Maka simpanan terakhir kita adalah emas. Kadang² emas yang disimpan kita tak ingat pon berapa berat & berapa nilai. Ini juga salah satu kelebihan simpan emas. Kita simpan kita lupa.

Bahaya simpan duit ni sebab kita asyik teringat jer. Bila dah teringat tu terguna la pulak🤭

Sampai bila pon tak ada simpanan.

Time betul² susah & mendesak barulah kita boleh manfaatkan simpanan emas kita.

Guru saya cakap “Ada Emas Pasti Ada Duit, Ada Duit Belum Tentu Ada Emas”.

Yang belum ada emas sebagai simpanan, jom kita sembang² 🤙

https://wa.me/message/ZMXPMTTFL4GUJ1

Address

Ketereh
Kota Bharu
16450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PG by Ahmad Attaillah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PG by Ahmad Attaillah:

Share