Pelabur Genius A$B Financing - Maira Umairah

Membantu Dalam Menambah Baikkan Struktur Kewangan Dan Pelaburan

Financial Planner/ Business Advisors/Public Gold Priority Dealer

Nak Tips Kewangan,Emas Dan Hartanah?

✅ 8 NASIHAT KEWANGAN UNTUK ANAK MUDA1.  Belajar Urus Duit Seawal MungkinGunakan formula asas: 50% Keperluan | 30% Kehend...
04/08/2026

✅ 8 NASIHAT KEWANGAN UNTUK ANAK MUDA

1. Belajar Urus Duit Seawal Mungkin

Gunakan formula asas: 50% Keperluan | 30% Kehendak | 20% Simpan/Invest. Lagi awal mula, lagi besar kesan compounding nanti.

2. Amalkan Tabiat Simpan Dulu, Baru Belanja

Bila dapat duit, asingkan simpanan terus (bukan tunggu baki). Contoh: Automatik potong ke ASB/TH/akaun lain setiap bulan.

3. Elakkan Hutang Tidak Perlu

Kad kredit, beli “pay later”, loan beli iPhone – hati-hati. Guna hutang hanya kalau ia bantu tambah nilai (cth: ASB Financing, hartanah, bisnes kecil dll).

4. Kuasai Ilmu Pelaburan

Belajar pasal ASB, unit trust, saham, emas, hartanah. Mula dengan risiko rendah, lepas tu baru upgrade. Jangan labur sebab “kawan ajak”.

5. Cipta Dana Kecemasan

Simpan 3–6 bulan gaji untuk waktu kecemasan (hilang kerja, kereta rosak dll). Letak dalam akaun simpanan yang mudah keluarkan.

6. Cipta Tabung Kewangan

Contoh tabung
🎓 Belajar / Kursus
✈️ Travel
🏠 Deposit rumah pertama
🎁 Kahwin / Majlis DLL

7. Jangan Abaikan Takaful

Takaful bukan untuk “mati” je tapi juga kalau sakit, hilang upaya. Ambil pelan asas yang cover hospital & pampasan.

8. Tambah Ilmu & Nilai Diri

Belajar skill baru → Naik gaji → Boleh simpan & invest lebih. Jangan kedekut untuk ilmu. Beli buku kewangan, follow pakar kewangan, join seminar.

https://linktr.ee/maira_umairah

ASB2 tambah kuota RM100 juta!==============≈============Kalau sebelum ni nak tambah ASB2 asyik tak lepas sebab kuota pen...
04/08/2026

ASB2 tambah kuota RM100 juta!
==============≈============

Kalau sebelum ni nak tambah ASB2 asyik tak lepas sebab kuota penuh...

Hari ni ada berita baik. ASNB dah tambah lagi kuota sebanyak RM100 juta. Kalau memang ada duit yang nak disimpan untuk jangka panjang, mungkin inilah peluang yang ditunggu.

Tapi kena ingat...
RM100 juta ni adalah jumlah kuota untuk semua rakyat Malaysia. Bila ramai mula masuk, kuota boleh habis lebih cepat daripada yang kita sangka.

📲 Share post ni dengan family dan kawan-kawan. Mana tahu ada yang tengah tunggu peluang nak tambah ASB2. 💙



Whatsapp 011-1009 0729

25/07/2026

Pejam celik, lagi seminggu sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ogos. Tahniah kepada anda yang telah mula melabur melalui ASB Financing (ASBF). Teruskan konsisten demi matlamat kewangan yang lebih kukuh.

✅ Soalan Lazim yang selalu saya dapat dari client:

"Kalau baru mula ASBF dan belum cukup setahun, masih layak terima dividen ke?"

✅ Jawapannya: Ya.
ASB mengira dividen berdasarkan Purata Baki Terendah Bulanan, bukan mengikut setahun penuh. Maka, pelabur yang baru mula tetap akan menerima dividen secara prorata, berdasarkan bilangan bulan simpanan aktif.

📊 Contoh Kiraan Dividen ASBF:

✍️ Kes 1:

Amaun ASBF: RM200,000

Loan disburse: Hujung Mei

Kiraan dividen bermula: Jun – Disember (7 bulan)

Jika dividen: 5.5%
✅ Kiraan: 7/12 x 5.5% x RM200,000 = RM6,416.67

✍️ Kes 2:

Amaun ASBF: RM100,000

Loan disburse: Awal Oktober

Kiraan dividen bermula: November – Disember (2 bulan)

Jika dividen: 5.5%
✅ Kiraan: 2/12 x 5.5% x RM100,000 = RM916.67

✍️ Kes 3:

Amaun ASBF: RM200,000

Bermula: Januari

Ditebus penuh: September

Kiraan dividen: Januari – Ogos (8 bulan)

Jika dividen: 5.5%
✅ Kiraan: 8/12 x 5.5% x RM200,000 = RM7,333.33

📌 Nota:
Kiraan di atas tidak termasuk baki simpanan tunai dalam akaun ASB anda. Jika anda turut menyimpan tunai sendiri, jumlah dividen yang diterima akan lebih tinggi.

🕒 Bila Masa Sesuai Mula Melabur?

Jawapannya: Bila anda sudah bersedia. Dividen dikira berdasarkan bulan simpanan aktif. Jadi, lebih awal anda mula, lebih tinggi p**angannya.

Yang penting, melaburlah dengan ilmu dan strategi yang betul untuk hasil yang maksimum.

https://wasap.my/601110090729/MohonASBF

Semoga bermanfaat.

25/07/2026

✅ Saya masih konfius dengan ASB Financing ni. Boleh bantu saya jelaskan antara ASB Biasa dengan ASB Financing yang mana lebih menguntungkan?

✏️ ASB Financing adalah satu cara untuk kita force saving setiap bulan secara konsisten di samping mendapat hasil simpanan yang lebih banyak berbanding menyimpan cara biasa. Masih ramai yang tak tahu pasal ni.

Pulangan ASBF ni ada dua:
1. Dividen
2. Prinsipal (yang ni ramai tak tahu)

Saya bagi contoh simpan RM437 selama setahun @12 bulan.

437x12= RM5,244 (simpanan setahun)

📍Dengan bajet simpanan RM437 sebulan, pelabur boleh buat ASBF 100k. Duit RM100K bank akan masukkan dalam akaun ASB pelabur. Setiap bulan pelabur akan bayar semula kepada bank RM437.

📍Selepas setahun, Jika dividen ASB diumumkan pada kadar 5.50% , pelabur dapat dividen RM5,500. Dividen ASB tu PNB/ASNB yang bagi, bukan bank. Jadi kalau apply dengan mana-mana bank pun, dividen yang dapat tetap sama.

📍Andai stop pembiayaan (jual semula sijil) selepas 12 bulan, bank akan p**angkan bayaran prinsipal (bayaran pokok hutang). Bayaran bulanan RM437 tu adalah termasuk interest dan prinsipal. Yang interest tak dapat balik. Hanya dapat part prinsipal.

▪️Prinsipal (Surrender Value) = Nilai sijil - Baki hutang

(Boleh download & guna financial calculator untuk kira baki hutang)

Anggaran;

📍100,000 (nilai sijil) - 99,039 (baki hutang) = RM961

📍So total p**angan pelaburan (dividen + prinsipal):
5,500 + 961 = RM6461✓

📍6,461 - 5,244 = RM 1,217 extra daripada simpanan biasa (untung).

📍Jika hasil RM6,461 dibahagikan kepada 12 bulan = RM538 sebulan. Simpan RM437 sebulan tapi hasil sama seperti menyimpan RM538 sebulan. Kita dah untung RM101 setiap bulan. Jadi menyimpan dgn ASBF adalah cara yang lebih bijak dan lebih untung berbanding simpanan cara biasa.

📍Yang bestnya, ASBF ni ada macam2 teknik yang kita boleh buat ikut kesesuaian masing-masing. Pulangan setiap teknik p**a adalah berbeza-beza. So, perkara paling utama yang perlu ada sebelum buat ASBF adalah ILMU.

Kiraan berdasarkan dividen 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.30%. Hasil sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi.

🎁 Special promo rate ASBF 4.05% sahaja sekarang.

https://wasap.my/601110090729/MohonASBF

Melaburlah dengan ilmu. Semoga Bermanfaat

✅"SAYA RASA TAK BERBALOI LANGSUNG BUAT ASBF SEKARANG. DULU DIVIDEN 7% BERBALOI LAH BUAT ASBF. SEKARANG DIVIDEN LEBIH KUR...
13/12/2025

✅"SAYA RASA TAK BERBALOI LANGSUNG BUAT ASBF SEKARANG. DULU DIVIDEN 7% BERBALOI LAH BUAT ASBF. SEKARANG DIVIDEN LEBIH KURANG 5-6% JE."

✏️ Banyak kita tengok ayat ni kat media sosial. Masih ramai yang tak faham.

Tak dinafikan waktu ekonomi dulu cantik dividen tinggi boleh dapat lebih kurang 7%. Tapi harus ingat masa tu, bank profit (interest) sekitar 5-6%. So margin keuntungan sekitar 1-2% daripada nilai sijil untuk orang yang melabur dalam ASBF.

Bermula trade war US-China, lepas tu isu politik tempatan, diikuti Covid-19 p**ak memang dividen dah tak tinggi.

Bila ekonomi slow, kadar keuntungan bank juga jadi rendah. Itulah kelebihanan pelaburan ASBF. Orang-orang yang apply dulu rate 5% lebih automatik turun jadi 3-4%.

Jika dividen sekarang lebih kurang 5-6% dan bank profit p**a sekitar 4%. So masih berpotensi untuk dapat margin keuntungan sekitar 1-2% dari nilai sijil. Lebih kurang sama je dengan situasi dulu-dulu. Katakan dividen 5.5% dan kadar keuntungan bank 4.5%, so margin keuntungan 1%.

✏️ Ada juga yang bercakap

✅"Setakat untung 1%, lebih baik simpan ASB biasa. Dapat 5.5%..."

Tapi untung 1% tu adalah dari jumlah sijil. Bukan dari modal kita.

Contoh kita buat ASBF 200K. Untung 1% x 200K = RM2,000 setahun.

Tapi harus diingatkan modal kita setahun cuma 900 x 12 = RM10,800. Bukan 200K.

✏️ Jadi untung sebenar berdasarkan modal;

2,000 ÷ 10,800 x 100 = 18.51%.

So kalau diberi pilihan, nak untung 18.51% atau 5.5% je dari modal?

✅ "Masih ramai yang salah faham pasal isu ni..."

Tak semua orang faham selok-belok ASBF ni. Ada yang dah buat bertahun-tahun pun masih belum faham sepenuhnya. Melaburlah dengan ilmu. Semoga penulisan saya dapat memberikan kefahaman kepada semua.

✏️ Nota Penting : Anggaran kadar keuntungan tersebut adalah termasuk dividen dan prinsipal. Ramai yang kira dividen semata-mata, tapi principal tak kira. Sebab tak faham pasal ASBF.✓

Saya kongsi cara kiraan Surrender Value
https://vt.tiktok.com/ZSPkEx3n9/

Berbaki 5 hari sahaja lagi

✅ PENDAFTARAN ASBF 2026 DIBUKA. MOHON SEKARANG START BAYAR JANUARI 2026. (LAST SUBMISSION 15 Disember 2025)

▶️ PENDAFTARAN ASBF1 & ASBF2
💥SPECIAL PROMO RATE ASBF 4.05%

Bagi yang nak mohon ASBF atau review investment lama boleh direct PM saya. Terhad kepada 2 orang sahaja hari ni. Keutamaan bagi yang nak melabur. Mohon Maaf Jika Lambat Respon. First come First Serve.

✅ Nak review ASBF lama
http://wasap.my/601110090729/ReviewASBF2025w

✅ Nak mohon ASBF
http://wasap.my/601110090729/ReviewASBF2025w

✅ Nak mohon ASBF2
http://wasap.my/601110090729/ReviewASBF2025w

Whatsapp 011-1009 0729

Melaburlah dengan ilmu. Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

COVER 1 MALAYSIA 🇲🇾

SEMOGA BERMANFAAT

59 likes, 27 comments. “Replying to FORMULA KIRA SURRENDER VALUE ASB FINANCING.. ===================== Ini adalah cara pengiraan surrender value untk tempoh 24 bulan iaitu tempoh 2 tahun semoga bermanfaat bantu like, share dan save video inj untuk kegunaan masa akan datang.😊”

Ramai yang tersilap ketika buat pilihan dalam membeli kereta. Keputusan dibuat berdasarkan kelayakan pinjaman, bukan kem...
13/12/2025

Ramai yang tersilap ketika buat pilihan dalam membeli kereta. Keputusan dibuat berdasarkan kelayakan pinjaman, bukan kemampuan sebenar.

Kena ingat kelulusan bank tidak semestinya mencerminkan kestabilan kewangan. Buat pilihan ikut kemampuan.

Saya kongsikan formula beli kereta untuk rujukan.

✅ Formula & Tips Beli Kereta

> Harga kereta maksimum = Gaji bulanan × 12

Contoh:
Gaji bersih RM3,000 → RM3,000 × 12 = RM36,000
Jadi, harga kereta maksimum patut sekitar RM36,000, bukan RM90,000.

✅ Nasihat Penting Sebelum Beli Kereta

▶️ Jangan beli ikut nafsu, beli ikut mampu.
Ramai beli kereta untuk “nampak gah” padahal komitmen makan separuh gaji.

▶️ Elak ansuran lebih 5 tahun.
Lagi lama tempoh, lagi banyak bunga. Elok kalau boleh settle 3–5 tahun je.

▶️ Ansuran bulanan tak lebih 15% gaji.
Gaji RM3,000 → komitmen kereta maksima RM450 sahaja.

▶️ Pastikan ada simpanan 3–6 bulan gaji dulu.
Jangan beli kereta masa tabung kecemasan masih kosong.

▶️ Kos kereta bukan ansuran je.
Ada kos minyak, servis, insurans, roadtax, tayar, tol, parking dll.

Jom saya share cara urus gaji..
https://vt.tiktok.com/ZSPkEJVu8/

Follow saya sini..
https://linktr.ee/maira_umairah

Semoga Bermanfaat...

3642 likes, 81 comments. “Formula Urus Gaji..”

✅ Saya bercadang nak beli rumah lagi 3 tahun.Boleh share tips kumpul deposit rumah cara pantas?Ramai yang berhasrat untu...
13/12/2025

✅ Saya bercadang nak beli rumah lagi 3 tahun.Boleh share tips kumpul deposit rumah cara pantas?

Ramai yang berhasrat untuk beli rumah pertama. Tapi masih belum cukup duit untuk deposit rumah 10%. Jom saya share cara kumpul deposit rumah menggunakan ASBF dalam masa 3 tahun sahaja.

📍 Jika berhasrat nak beli rumah RM 200k.

Apply ASBF 100K, tempoh 40 tahun. Rate 4.40%, bulanan simpan RM444. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat Teknik Compounding.

Anggaran Hasil:-

Dividen:

Tahun 1
5.50% x 100,000 = 5,500

Tahun 2
5.50% x 105,500 = 5,802

Tahun 3
5.50% x 111,302 = 6,121

Jumlah Dividen = RM17,423 ✓

Selepas 3 tahun, terminate ASBF untuk dapatkan prinsipal terkumpul. Anggaran baki hutang selepas 36 bulan sekitar RM97,100.

Pulangan prinsipal:

100,000 - 97,000 = RM2,900✓

Jumlah simpanan:

17,423 + 2,900 = RM20,323✓

Selepas 3 tahun, dengan simpanan RM444 setiap bulan, dapat kumpul sekitar RM20K.

Apa boleh buat dengan RM20K?

Katakan harga rumah sekitar RM200K, 10% deposit bersamaan dengan RM20K. Lepas untuk bayar deposit rumah.

Tinggi sebenarnya kos untuk masuk rumah baru ni. So standby lah simpan duit seawal yang mungkin. Kurangkan belanja-belanja yang bukan keperluan. Tahan dahulu kehendak diri.✔️

Kira-kira adalah berdasarkan Dividen 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

▶️ Sekarang Super Special Promo Rate ASBF 4.05% sahaja. Rebut peluang sebaiknya.
Nak mohon Asbf Whatsapp 011-1009 0729

Jom Check kewangan anda
https://vt.tiktok.com/ZSPkKVo6x/

Semoga bermanfaat

Cover 1 Malaysia 🇲🇾

986 likes, 72 comments. “jom kira dan semak tahap kewangan kita..”

✅ Financial FreedomRamai orang kerja kuat.Tapi tak ramai yang hidup tenang. Bukan sebab gaji tak cukup. Bukan sebab tak ...
17/11/2025

✅ Financial Freedom

Ramai orang kerja kuat.Tapi tak ramai yang hidup tenang. Bukan sebab gaji tak cukup. Bukan sebab tak pandai cari duit. Tapi sebab kewangan tak pernah disusun dengan betul.

Financial freedom bukan untuk orang kaya. Financial freedom untuk orang yang berani mula.
Berani tengok komitmen sendiri.
Berani terima realiti.
Berani buat keputusan untuk hidup yang lebih stabil.

Selama saya buat sesi 1-1 selama ni, saya nampak satu benda jelas:

👉 Bila cashflow tenang, hidup pun mula jadi ringan.
👉 Bila komitmen betul-betul tersusun, jiwa pun lapang.
👉 Bila kewangan ada arah, masa depan jadi lebih cerah.

Kadang-kadang hidup rasa sempit bukan sebab gagal tapi sebab kita belum mula dengan cara yang betul. Financial freedom bukan magik.
Ia proses.
Ia sistem.
Ia keberanian kecil yang kita buat hari ini yang ubah 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun hidup kita ke depan.

Kalau sekarang ada rasa penat kejar bil, rasa sesak hujung bulan atau rasa hidup selalu dalam survival mode.

Itu bukan tanda menyerah.
Itu tanda masa untuk ubah.

Ingat satu perkara:

Kebebasan kewangan bukan tentang berapa banyak duit kita ada tapi berapa tenang hidup kita bila duit bekerja untuk kita

Nak tahu teknik bijak jom saya bantu

Whatsapp 011-1009 0729

https://linktr.ee/maira_umairah

|Jual&Beli Rumah,Tanah,Lelong|Asb Financing|Beli Emas 24k|Beli Emas 22k|

✅ SAYA TAK MAMPU NAK MEMYIMPAN BULANAN TAPI SAYA ADA LEBIHAN CASH RM5000 YANG TAKNAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT. ADA ...
17/11/2025

✅ SAYA TAK MAMPU NAK MEMYIMPAN BULANAN TAPI SAYA ADA LEBIHAN CASH RM5000 YANG TAKNAK DIGUNAKAN DALAM MASA TERDEKAT. ADA TIPS TAK NAK KEMBANGKAN SIMPANAN SAYA?

JAWAPAN SAYA
-----------------------------
YA.ADA. Teknik ini sesuai untuk sesiapa yang dah ada simpanan cash dan berhasrat untuk tidak menggunakan duit tersebut dalam masa terdekat. Simpan cara biasa slow sangat duit tu berkembang. Nak buat modal niaga, tak pandai. Jadi, boleh la cuba cara yang super power ni bagi duit tu cepat berkembang.

Pilihan di tangan masing-masing. Saya cuma tunjukkan caranya. Saya kongsikan contoh situasi kes.

✏️ KITA BUAT KIRA-KIRA BERDASARKAN DIVIDEN 5.5% SAHAJA

▶️ Simpanan ASB Biasa

Kalau simpan RM5,256 cara biasa, andai dividen 5.5%. Setahun akan dapat; 5.5% x 5,256 = RM289.

Jika modal dan dividen tidak diusik selama 3 tahun. Jumlah keseluruhan dividen bersamaan RM916.

Untung RM916 selama 3 tahun.

Purata keuntungan setahun = 916 / 3 = RM305✓

Lebih kurang RM300 sahaja‼️

▶️ Simpanan Menggunakan Sijil ASBF

Gunakan teknik ROLLING DIVIDEN selama 3 tahun.

Buat ASBF 100K, Tarik tempoh paling panjang 40 tahun. Berhenti selepas 3 tahun.
✔️Bayaran bulanan RM438
✔️Bayaran Setahun RM5,256
✔️Yuran proses RM60 (Bayar sekali sahaja)
***Anggaran Dividen = 5.50% setahun

🔺 _Tahun 1_

Dividen: 5.5% x 100K = RM5,500
Ambil dividen RM5,256 bayar untuk setahun, baki RM244 simpan.

🔺 _Tahun 2_

Dividen: 5.5% x 100K = RM5,500
Ambil dividen RM5,256 bayar untuk setahun, baki RM244 simpan.

🔺 _Tahun 3_

Dividen: 5.5% x 100K = RM5,500 (Stop). Tak perlu bayar untuk tahun ke 4 sebab gameplan 3 tahun saja.

▪Jumlah dividen terkumpul:
244 + 244 + 5,500 = RM5,988✓

▪Jumlah prinsipal terkumpul:
Anggaran baki hutang selepas 3 tahun (36 bulan) lebih kurang RM97,040 (Boleh rujuk loan calculator).

100,000 - 97,040 = RM2,960✓

▪Hasil keseluruhan:

5,988 + 2,960 = RM8,948✓

Keuntungan untuk 3 tahun:
RM8,948 - RM5,256 = RM3,692✓

Purata Keuntungan untuk setahun:
3,692 / 3 = RM1,230 setahun‼️

✏️ Perbandingan dengan ASB Biasa:

1,230 / 305 = 4 kali ganda

✏️ Maka teknik ini memberikan p**angan keuntungan lebih banyak berbanding simpanan cara biasa.

Nak untung setahun RM300 atau nak untung setahun RM1,200? PILIHAN DI TANGAN ANDA.

✏️ Kiraan berdasarkan dividen ASB 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.30%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

🎁 Special Promo Rate ASBF 4.05% sahaja sekarang sehingga 30 November 2025.

Nak Grab Promosi Jom👇
https://wasap.my/601110090729/MohonASBF2t
Whatsapp 011-1009 0729

Follow saya sini
https://linktr.ee/maira_umairah

MELABUR DENGAN ILMU

Business Account

✅ Saya bercadang nak beli rumah lagi 2 atau 3 tahun dari sekarang. Ada tips untuk saya?Jawapan saya---------------------...
07/11/2025

✅ Saya bercadang nak beli rumah lagi 2 atau 3 tahun dari sekarang. Ada tips untuk saya?

Jawapan saya
-------------------------
Sebelum nak beli rumah kita mesti ada rekod kewangan yang kukuh. Untuk membuat pembiayaan bank, kita mesti ada pendapatan yang konsisten dan sesuai dengan harga rumah. Jadi kita kena ada kerja yang stabil. Dapatkan payslip, bank statement dan penyata KWSP minimum 6 bulan.

Pastikan rekod CCRIS yang baik. Bank akan tengok rekod bayaran balik pembiayaan terdahulu. Jika rekod tak cantik, kemungkinan gagal adalah tinggi. Jika tak ada rekod langsung pun boleh ditolak kerana bank tak boleh menilai kita. Jadi salah satu cara untuk cipta rekod CCRIS yang baik adalah dengan ASBF.

✅ BAGAIMANA ASBF DAPAT MEMBANTU?

Dengan ASBF, kita boleh dapat 3 perkara serentak;

✏️ Cipta rekod bayaran balik CCRIS yang baik.

✏️ Latih diri untuk bayar komitmen loan bank sebelum mulakan bayar loan rumah yang berpuluh tahun lamanya. Contoh kalau installment rumah nanti lebih kurang RM1K sebulan, cuba buat ASBF 200K. Latih diri simpan semaksimum yang mungkin. Kalau gagal menyimpan, maknanya kita belum bersedia untuk membeli rumah.

✏️ Kumpul deposit rumah.

Untuk beli rumah kita kena ada sekurang-kurangnya 15% dari harga rumah (10% deposit + 5% legal fee), kecuali rumah undercons. Rumah undercons ada cabaran lain p**a. Ambil masa bertahun-tahun untuk siap dan progressive installment kena bayar. Dalam masa yang sama, rumah sewa pun masih kena bayar. Pening.

Katakan kita target nak kumpul deposit RM20K dalam masa 3 tahun; Caranya (Contoh);

Apply ASBF 100K, ikat tempoh 40 tahun. Rate 4.40%, bulanan simpan RM444. Simpan setiap bulan tanpa usik dividen. Maknanya buat Teknik Compounding.

Anggaran Hasil:-

Dividen:
---------------

Tahun 1
5.50% x 100,000 = 5,500

Tahun 2
5.50% x 105,500 = 5,802

Tahun 3
5.50% x 111,302 = 6,121

Jumlah Dividen = RM17,423 ✓

Selepas 3 tahun, terminate ASBF untuk dapatkan prinsipal terkumpul. Anggaran baki hutang selepas 36 bulan sekitar RM97,100.

Pulangan prinsipal:
----------------------------------

100,000 - 97,000 = RM2,900✓

Jumlah simpanan:
---------------------------------

17,423 + 2,900 = RM20,323✓

Selepas 3 tahun, dengan simpanan RM444 setiap bulan, dapat kumpul sekitar RM20K.

⭐ Jika mampu simpan RM887 setiap bulan, boleh buat ASBF 200K, hasilnya sekitar RM40K dalam masa 3 tahun.

Atau pun, buat pelan simpanan suami isteri. Setiap seorang simpan RM444 setiap bulan. Selepas 3 tahun, simpanan bersama dah mencapai RM40K.

✅ Apa boleh buat dengan RM40K?

Katakan harga rumah sekitar RM200K (apartment), 10% deposit + 5% legal fee dan bersamaan dengan RM30K.

Jadi ada balance RM10K. Balance ini boleh digunakan untuk beli kelengkapan atau minor renovation rumah tu.

▶️ Pegiraan adalah berdasarkan Dividen 5.50% dan kadar keuntungan bank 4.40%. Hasil sebenar mungkin berbeza.

📌 Special Promo Rate ASBF 4.05% sahaja sekarang.
Whatsapp 011-1009 0729

https://linktr.ee/maira_umairah

Melaburlah dengan ilmu. Semoga Bermanfaat.

|Jual&Beli Rumah,Tanah,Lelong|Asb Financing|Beli Emas 24k|Beli Emas 22k|

Address

Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pelabur Genius A$B Financing - Maira Umairah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pelabur Genius A$B Financing - Maira Umairah:

Shortcuts

Share