30/12/2024
Beberapa hari ni ramai stranger dan kawan2 contact saya untuk dapatkan qoutation medical card. Lepas dah consult, hujung2 sembang rupanya nak replace medical card sedia ada dari company lain. Disebabkan KENAIKAN CARUMAN BULANAN.
Saya tak kata salah, tak kata betul. Cuma bila start medical card baru, banyak point perlu ambil kira.
Point 1
Kalau awak tukar medical card GE sekalipun, saya tak menjanjikan tiada kenaikan harga sepanjang jadi client saya. Walaupun ramai yang kata GE susah nak naikkan caruman bulanan.
Point 2
Waiting period medical card awak akan reset semula tau.
Point 3
Kos deductible medical card awak dan yang baru mungkin berbeza.
Point 4
Sila check limit tahunan dan lifetime limit. Dua tu berbeza tau.
Point 5
Tolong jangan menipu maklumat diri sperti keadaan kesihatan, tinggi dan berat, status merokok, pekerjaan. Kang bila claim reject mula la pungpang2.
Point 6
Pilih agent bukan yang tiap tahun bagi gift je, pilih jugak yang efisien buat kerja. Macam saya…ehhh🤪🤪