22/02/2022
Antara benda yang saya boleh ambil pengajaran dari kisah balu arwah Abam.
1. Struggle ibu tunggal is real.
Kita boleh lihat, betapa Hidayah hempas p**as caei rezeki untuk sara diri dan Hamzah. Kerja apa yang dia tak buat? Barang apa dia tak jual? Apabila kematian suami, tinggallah seorang diri susah payah nak cari rezeki.
2. Berebut harta pusaka itu benar.
Kisah ini adalah satu contoh dari banyak-banyak kejadian yang lain. Lepas sahaja kematian, orang kata tanah kubur tu merah lagi, namun mulut dah bising sebut pasal harta pusaka. Bukannya fikir nak lunaskan hutang arwah ke, arwah ada tinggal wasiat ke. Asal boleh kenyangkan nafsu tamak sendiri, tak peduli dah benda lain.
3. Masa susah, tak ramai yang mendekat.
Masa kita susah, takkan ada yang sudi nak bantu. Ada tu ada, tapi tak ramai. Berbeza sangat semasa kita senang. Itulah hakikat hidup. Diraikan hanya ketika senang. Masa susah, boleh kata semua akan pandang sebelah mata. Semua akan rasa kita nak mengemis harta mereka.
4. Langit tak selalu cerah.
Dalam rumah tangga, macam-macam boleh jadi. Kematian, penceraian. Kena ada perancangan masa depan. Terutama soal masa depan anak. Mungkin kita rasa kita muda lagi. Kita rasa kita sihat lagi. Ajal maut, tak tunggu tua, tak mesti sakit. Bersedia lebih awal, hati akan tenang.
5. Jangan buat zalim.
Apabila sebut bab harta pusaka, mohon masukkan dalam hati risau dan takut andai menzalimi orang lain. Kita rasa kita berhak, rupa-rupanya, kita sedang zalimi orang lain. Dosa zalim kepada orang, dosa makan hak orang, tak terhapus demgan taubat, kecuali orang yang dizalimi dan ditindas tadi yang memaafkan.
Sedikit pesanan kepada para isteri,
1. Kena ada simpanan.
Yang bekerja, ada gaji sendiri, jangan lupa simpan duit sebagai simpanan kecemasan atau hari tua. Jangan rasa seronok boleh guna duit sendiri ses**a hati sebab nafkah suami dah bagi. Yang tak bekerja, usahakan juga untuk simpan setakat yang mampu.
2. Kena berani dan tegas tuntut hak.
Apabila melibatkan tuntutan hak, kita sedia maklum golongan wanita ni lemah. Tambahan p**a, jika baru hilang suami, hatinya masih bersedih. Semangatnya kosong. Kekuatan dirinya lenyap. Dalam keadaan macam tu, ramai yang akan ambil kesempatan. Kena berani dan tegas. Cari jalan yang selari dengan undang-undang. Jangan takut untuk tuntut hak sendiri.
3. Kena ada ilmu tentang kewangan dan harta pusaka
Walaupun anda seorang wanita, usahakan untuk belajar dan faham tentang harta pusaka, faraid dan seangkatannya. Cari mereka yang berkelayakan dan belajar. Tambah ilmu dan tahu hak diri dan anak-anak. Supaya tak tertindas dan tak ada yang boleh aniaya ses**a hati.
Macam saya pernah tulis sebelum ni. Ujian bentuk silaturahim ni memang Allah akan timpakan atas setiap orang.
Macam mana kita nak hadapi tu, bergantung kepada keimanan.
Ada orang, dia tewas dengan ketamakan harta, tewas dengan ego sendiri.
Ada orang, dia dapat harungi dengan sabar.
Maka,
Beruntunglah bagi yang sabar.
Kerana itulah sebenar-benar kemenangan.
Cc by Azlan Noor