16/06/2026
SSM MEMPERKENALKAN SISTEM BAHARU - CORPORATE REGISTRY SYSTEM (CRS)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan memperkenalkan sistem baharu iaitu Corporate Registry System (CRS) sebagai sistem baharu yang menggantikan sistem-sistem legasi sedia ada termasuk portal MyCoID dan sistem-sistem berkaitan yang lain, selaras dengan agenda transformasi digital SSM.
Maklumat lanjut mengenai peralihan sistem ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi SSM Customer Care (SSMCC) di 03-7721 4000 atau e-mel ke [email protected].