Akmal Ahmad

Akmal Ahmad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Akmal Ahmad, Financial Consultant, Sri Gombak, Kampung Gombak.

Hi semua! Saya Akmal, financial consultant Bank Islam anda☺️Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pembiayaan kewangan ...
04/12/2025

Hi semua! Saya Akmal, financial consultant Bank Islam anda☺️

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pembiayaan kewangan peribadi atau pembiayaan perumahan anda boleh PM saya

‼️‼️Ekslusif untuk Kakitangan Kerajaan dan Panel Syarikat Swasta‼️‼️

📌Pembiayaan sehingga RM400,000
📌 Perlindungan Takaful untuk Pembiayaan
📌 Kadar Terendah daripada Bankir Terus
📌 Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
📌 Kadar serendah 2.43%

_Disclaimer : Kadar dan terma bergantung kepada kelayakan individu dan penilaian bank_

Jom semak dulu kelayakan anda!👇🏻

http://www.wasap.my/601140563782/naksemak

Akmal Ahmad
Sales Executive
Bank Islam Malaysia Berhad

01/12/2025
05/06/2024
25/02/2024

Kalau korang ada plan nak start melabur tapi tak tahu nak melabur dekat mana?

First, tengok dulu... Jadikan ASB sebagai satu indikator... So kalau ada mana2 pelaburan yang bg return bawah dari 5.25% ... Better lagi kau simpan dlm ASB....

Sebab pelaburan dalam ASB nampak seperti tiada risiko kepada pelabur sebab kita beli 1 unit harga RM1.... Jual balik 1 unit pun harga RM1 juga... Risiko itu kalau korg perasan ASB dh absorb siap2...

Tapi kalau korang nak cuba dapatkan return yg bagi lebih dari 5.25%, boleh je try instrumen yang lain.... Cuma kebarangkalian untuk korang rugi tu ada... Tapi kalau nak dapatkan experience, invest je jangan ragu-ragu.... Tapi jangan All In semua modal....

Yg penting 50% dari modal korang masuk ASB dulu.... Anggap mcm secure fund untuk korang....



24/02/2024

SIR ISAAC NEWTON JUGA PERNAH MENJADI MANGSA BUBBLE!

Bercakap pasal sikap tamak manusia ni, ia adalah satu sifat yang dah tertanam dalam hati manusia sejak dari lahir lagi. Tak kisahlah bubble ke scam ke, sepandai2 manusia malah seterpelajar mana pun manusia tu, masih ada juga yg terjebak ke dalamnya. Itu sbb korang jangan heran kalau golongan profesional pun boleh terkelepet dengan skim cepat kaya walaupun dorg juga adalah orang berilmu.

Malah, orang genius mcm Sir Isaac Newton pun pernah terjebak dengan ketamakan dan mengalami kerugian akibat bubble.

Padahal dia orang terpaling bijak dalam bidang fizik kerana telah menemui hukum2 Newton. Dia juga orang terpaling bijak dalam bidang matematik kerana dialah yg mengasaskan kalkulus. Siapa yang ambil matematik peringkat universiti akan tau betapa peningnya kalkulus ni.

Tapi, kebijaksanaan tak berfungsi bila manusia dikuasai sifat paling asas mereka - tamak.

Bubble ni apa? Bubble ialah bila harga sesuatu aset meningkat mendadak sehingga tidak lagi mewakili fundamental di belakangnya. Puncanya ialah spekulasi atau pelabur membeli hanya kerana mengharapkan ada orang lain sanggup beli pada harga yang lebih tinggi. Pendorongnya ialah tamak kerana tidak mahu ketinggalan bila melihat orang lain boleh untung cepat atau FOMO - fear of missing out.

Pattern bubble sama saja dari dulu sampai sekarang. Ia dimulakan dengan kemunculan trend baru. Kemudian, smart money mula mengikuti trend tersebut utk memulakan pergerakan harga. Seterusnya, orang ramai mula menyedari kenaikan harga dan mula ikut serta. Berlaku euphoria dan pergerakan harga yang naik dengan sangat pantas - bubble mula terbentuk. Seterusnya smart money mula meninggalkan bubble. Bubble pecah dan peserta2 menjadi panik. Harga jatuh tersangat laju memerangkap orang yg tak sempat keluar. Harga akhirnya kembali ke titik asal seolah tiada apa2 pernah berlaku.

Sir Isaac Newton adalah salah seorang pelabur yang melabur di dalam sebuah syarikat yang bernama South Sea Company. Syarikat ini beroperasi dengan menguruskan hutang2 kerajaan British.

Tahun 1720, harga saham South Sea mula meningkat apabila kerajaan British memberi keizinan kepada syarikat tersebut utk mengambilalih hutang2nya. Tak lama selepas tu, orang ramai mula berebut nak mendapatkan saham South Sea dan harga saham mula naik.

Menyedari yang keadaan boleh bertukar buruk jika harga saham naik semakin tinggi, Sir Isaac Newton bertindak bijak dengan menjual pegangan sahamnya ketika harga saham mencecah $320 daripada pelaburan awalnya pada harga $128. Dia berjaya beroleh profit daripada pelaburannya.

Tapi, selepas itu, harga saham terus naik tak jatuh2. Kawan2 Sir Isaac Newton yang belum keluar terus menikmati kenaikan harga yang ketika itu sudah mencecah $550.

Melihatkan rakan2nya yang terus menikmati keuntungan, Sir Isaac Newton jadi FOMO. Sedangkan sebelum ini dia juga tahu keburukan bila harga saham menjadi terlalu tinggi. Itulah yg buat dia keluar pada harga $320 pada asalnya.

Segala kebijaksanaan dan kewarasan Sir Isaac Newton hilang kerana dikuasai ketamakan. Dia membuat kesilapan yang sangat besar apabila kembali masuk semula pada harga $700.

Akhirnya, bubble pecah pada harga $1,000 apabila pelabur2 awal mula meninggalkan saham South Sea.

Ini diikuti perasaan panik bila orang ramai berpusu2 cuba menjual pegangan saham masing2. Harga jatuh merudum kerana sesiapa saja sanggup jual pada harga lebih rendah janji dapat keluar.

Sir Isaac Newton adalah antara mereka yang terperangkap dan cuba keluar. Dia berjaya melepaskan pegangan sahamnya setelah harga saham jatuh 80% daripada puncaknya. Mengikut nilai hari ni, dia kerugian kira2 3.68 juta pound sterling daripada peristiwa itu.

Marah dan bencinya Sir Isaac Newton terhadap South Sea Company selepas tu, dia melarang sesiapa pun menyebut nama tersebut di depan mukanya sehinggalah saat kematiannya.

"I can calculate the movement of stars, but not the madness of men" - Sir Isaac Newton.

Tetapi, selain Sir Isaac Newton, terdapat seorang lagi tokoh yang turut melabur pada syarikat yang sama. Dia ialah Thomas Guy, iaitu seorang penjual buku dan seorang ahli parlimen.

Sama seperti Sir Isaac Newton, Thomas Guy juga keluar lebih awal daripada South Sea Company.

Tetapi, berbeza dengan Sir Isaac Newton, Thomas Guy tak masuk semula utk mengejar keuntungan bila harga terus naik tanpa henti. Dia terselamat daripada bubble South Sea Company. Dia kemudian mengasaskan Guy's Hospital.

Jelas skrg kebijaksanaan bukan penentu kejayaan dalam saham. Sebaliknya sifat2 yang menentukan kejayaan dalam saham ialah kesabaran, kesedaran dan pengawalan emosi.



Remisier Coach Naji.

05/02/2024

CHAIRMAN'S STATEMENT - JANGAN ABAIKAN.

Semasa anda baca financial report, anda baca sekali chairman statement?

Nasihat saya, jangan sesekali tinggalkan chairman statement kerana ia merupakan antara bahagian yang terpenting di dalam financial report.

Chairman statement ni anda hanya boleh jumpa di dalam annual report. Kedudukan chairman statement yang terletak di awal annual report menyebabkan ramai yang menganggapnya mukadimah. Justeru ramai yang mengabaikannya.

Sedangkan chairman statement tak sepatutnya diabaikan kerana Dato'2 dan Tan Sri2 yang menjadi chairman nilah yang bertanggungjawab menjawab kepada anda bagaimana prestasi syarikat anda yang mereka bawa.

Kebiasaannya dalam chairman statement, apa yang dibebelkan ialah

1. Overview prestasi semasa.

2. Rancangan pengembangan syarikat akan dtg.

3. Rancangan utk membuat diversification.

4. Bagaimana mereka merancang nak meningkatkan profitability syarikat.

5. Bagaimana syarikat nak achieve semua ni.

Namun, dalam membaca chairman statement, jangan cepat terbuai dgn kata2 manis dan ayat2 cantik yang disusun rapi di dalam chairman statement.

Bila syarikat mempunyai prestasi yang tidak baik, chairman akan cuba memberikan penerangan menggunakan bahasa yang sangat berlapik dan ayat2 yang berhati2 serta pandai memilih perkataan yang mengalihkan kita dari prestasi buruk, sebaliknya cuba menonjolkan sisi korporat yang lebih positif.

Sampaikan walaupun syarikat underperform, kita masih rasa syarikat bagus kerana ayat2 yang dimainkan di dalam chairman statement.

Oleh itu, berhati2lah apabila chairman mula menggunakan perkataan2 seperti, "in spite of", "although", "even though" dan segala2 yang sama waktu dgnnya.

Ini kerana apabila chairman mula menggunakan ayat2 sebegini, ia bermaksud chairman tersebut sudah mula cuba utk mengurangkan kesan psikologi dari kemeruduman prestasi syarikat - chairman cuba mengaburi minda anda.

Kalau begini adakah ia bermaksud chairman menipu?

Tidak juga. Chairman masih membentang perkara yang fakta, tinggal lagi bahasa rundingan atau diplomacy games yang digunakan terpulang anda utk menapis maksudnya.

Kalau chairman tak pandai diplomacy games, dia takkan sampai ke posisi chairman, bang. Period.

Dan kita sebagai investor, kita harus bijak melihat menembusi kesemua helah2 bahasa rundingan ni dan dptkan gambaran sebenar.

Apakah gambaran sebenar yang sepatutnya kita lihat setelah mengabaikan segala bahasa rundingan?

Pertama sekali, jika chairman ada menyatakan ttg future expansion, nilaikan adakah ia mampu dicapai atau adakah ia over-ambitious. Ini kerana ia boleh memberikan tekanan kepada cash flow syarikat pada masa akan dtg dan pada masa sama ia boleh mengganggu kestabilan growth rate.

Pada masa yang sama, baca juga annual report yang lepas2, terutamanya di bahagian Chairman's statement. Bandingkan apa yang dia sebut tahun sebelumnya dengan apa yang syarikat dah capai sesudah itu. Ini kerana kalau setiap kali dia berjanji tapi tak pernah tertunai, maka kita tahulah bagaimana integriti dia dan kita tahulah juga nasib syarikat tu kelak.

Kedua, lihat kepada fokus korporat dan direction syarikat. Lihat juga jika terdapat perubahan kepada barisan director team. Ini kerana kedua2 perkara ini akan menentukan profitability syarikat serta pada masa sama menentukan decision making syarikat.

Ketiga, lihat juga kepada sebarang ancaman terhadap pertumbuhan syarikat seperti keadaan ekonomi, consumer spending pattern, polisi kerajaan, masalah mendapatkan raw material, currency exchange dan lain2 ancaman. Ini pasti akan disebut oleh chairman.

Kesimpulannya, jangan baca chairman statement sambil makan kuaci dan minum air kopi. Sebaliknya baca chairman statement line by line.

Cuba bersikap kritis dgn mempersoalkan itu dan ini. Cuba bersikap objektif dgn tidak membiarkan sentimen anda mempengaruhi pendapat anda atas apa yang dikatakan chairman. Fahami bisnesnya dan cuba lihat adakah apa yang dikatakan chairman realistik atau tidak.



Remisier Coach Naji.

Address

Sri Gombak
Kampung Gombak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akmal Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akmal Ahmad:

Share