18/04/2023
TUKAR KOLEKSI BARANG KEMAS KEPADA RM145,000+
Ini adalah perkongsian dari Guru Emas Malaysia, En. Syukor Hashim.
Saya nak share sedikit kisah menarik, seorang customer saya yang sekarang merupakan suri rumah dan berniaga kecil-kecilan.
Customer saya nie wanita berumur 48 tahun. Atas sebab privasi, kita panggil dia kak M ajerlah ye..
Beberapa hari lepas, ketika harga emas tinggi, dia call saya.
Dia cakap βSyukor, akak nak jual semua emas akak kat awak. Awak beli tak barang kemas 999?β
Memandangkan Public Gold memang beli barang kemas, jadi saya cakap kat dia βya boleh jual semua kat sayaβ (lepas tu saya boleh tolak kat Public Gold)
Sebahagian daripada barang kemas nie di gadai kat Arrahnu. Jadi saya tolong tebuskan untuk dia terlebih dahulu.
Waktu inilah saya bersembang dengan diaβ¦
βDia cakap. Akak dah simpan barang kemas nie dah 15 tahun dikβ¦ waktu tu akak masih bekerjaβ
βNasib baik waktu tu akak dengar cakap kawan baik akakβ
βDia cakap, kalau kau ada duit, beli dan simpanlah emasβ
βCuma waktu tu akak tak tahu pasal gold bar nie. Akak beli barang kemas ajerβ balas kak M.
Asal ada duit, akak beli emas. Asal ada duit, akak beli emas.
βBila akak kenal engkau, baru akak beli gold bar Public Gold yang besar-besar nieβ cakap kak M.
Selepas selesai tebus barang kemas kak M, ada juga barang kemas yang dia bawa dalam handbag dia dan dia kasik kat saya (rantai leher 30gram emas 999).
Apa yang menarik, saya ada buat pengiraan.
Berapa gram emas yang kak M nie simpan selama 15 tahun?
Jawapan: Kak M ada barang kemas 999 sebanyak 369.84 gram dan gold bar 100g + gold bar 50g dan gold bar 20g Public Gold.
Total semua emas dia adalah 559.80 gram.
Tapi dia cakap masih ada lagi beberapa barang kemas kat dia, tapi nak dia nak jual kalau harga mencecah RM285 segram π€
Kalau kira-kira. 539.8 gram dibahagikan dengan 15 tahun = setahun simpan 35.98 gram π₯°
Alhamdulillah, dia gembira bila dapat jual emas-emas beliau pada harga tinggi. Total semua, lebih kurang RM145,000 jugak nilai barang kemas dan gold bar yang dia jual kat saya.
Boleh nampak wajahnya bersinar-dinar bila saya bagi cash kat dia.
Memang kak M adalah testimoni hidup bahawa simpan emas untung untuk jangkamasa panjang.
Emas fizikal nie kalau sesak-sesak nak pakai duit, boleh digadaikan. Kalau harga tinggi maka dia boleh jual dan dapat cash.
Keesokan harinya, saya bawa semua emas beliau ke Public Gold office Melaka dan jual kat sana.
Sebab? Harga emas tengah mahal dan Public Gold memang beli barang kemas dengan harga tinggi. Jadi baik saya jual kat Public Gold terus.
Gais.
Emas nie kita akan nampak untung bila kita simpan dalam jangkamasa panjang.
Paling bagus adalah simpan emas fizikal dalam tangan.
Jangan teruja jika beli emas takde fizikal tapi boleh untung banyak-banyak.
Sebab kalau apa-apa terjadi kat company tersebut, memang tinggal asap ajer ππ» π¨ π¨