22/02/2025
Sebahagian dari kisah kehidupan yang nyata. Isteri perlu Pastikan suami faham pentingnya sediakan tabung kecemasan keluarga. Hibah takaful adalah 1 tabung kecemasan paling pantas boleh ditunaikan .
Allahuakhbar
pengalaman orang lain jadikan iktibar.
Saya ingin berkongsi untuk renungan kita bersama, walau sesibuk mana pon, ambik masa untuk baca, perkara ini baru saya alami sendiri.
Semalam ada urusan di Hospital Sungai Petani saya terjumpa seorang kakak dan dua orang anak yang tiba2 saja menangis semasa saya melewati beliau.. terus saya pusing dan tanya dia, "Datang melawat sapa sakit kak?" Dia kata "Kak datang ambik rekod rawatan suami yang baru meninggal untuk urusan claim insuran rumah, tapi depa tak mau sign borang ni, sebab depa kata sakit dalam sijil kematian tak sama dengan rekod rawatan" ..Saya amati dan fahami borang claim tersebut dan saya terus ajak dia ke pejabat rekod kembali dan terangkan pada kakitangan, alhamdulillah mereka faham.. tapi kena tunggu 30 hari untuk ambik chop sign doctor dan rekod hospital.. Lamanya. 😔
Selesai semua turun, saya tanya datang naik apa, teksi katanya. Saya dapatkan hp no dia, mungkin ada lagi yg bole di bantu.
Harini saya ke rumah beliau untuk ziarah keadaan rumah biasa sahaja, perabot hanya ada dua dan sebuah kereta kancil .. Saya tanya, Maaf saya datang ni nk bantu kalau ada urusan yg boleh saya bantu.. dia pun mula berkongsi, suami meninggal sakit jantung umur 43 kerja sebagai driver lorry, dia tak kerja dan anak 3 orang yg masih sekolah rendah 😭 .. abg meninggal smlm duit hanya ada 100 sahaja, urusan pengkebumian guna khairat masjid, rumah masih pinjam bank, dan abg kerja dulu ada sedikit KWSP 😭😭😭 saya tanya KWSP dah urus ke? Dia kata belum.. dia tak tau nak buat apa.. (dlm hati tertanya mana adik beradik dan saudara, tak mai bantu urusan apa2 ka) tak mengapa kita terus kan lah niat baik untuk membantu ..
Jadi saya bawa dia ke KWSP. Sampai di kaunter pegawai check semua dan terus maklum, penama ni letak atas nama anak 3 orang 😔 tapi anak belum cukup umur 😭😭 mcm mana ni. Otw balik rumah saya pun tak tau nk tanya apa lagi, sampai di rumah dia ucap terima kasih tapi air mata membasahi p**i 😭
Apa yg sy nak kongsi disini,
Bila kita tiada dan pergi dlm masa terdekat, pernah ke kita terfikir..
1. Siapa yg akan uruskan hutang kita?
2. Siapa yg akan sara makan minum keluarga kita?
3. Siapa yg akan bayar duit bas sekolah anak kita?
4. Bagaimana masa depan anak kita?
Sekarang kita sihat, kita rasa kita tau semua dah, bila ada org menyapa untuk berkongsi ilmu Faraid Hibah wasiat kita cakap tak ada masa, sibuk dan sebagainya.. tapi bila kita tiada, anak isteri kita adalah orang yang paling seksa terutama jika kita tinggalkan mereka dengan bebanan hutang dan juga nafkah makan minum, pakai dan tempat tinggal terabai ..
Credit to saudara Muhamad Akmal Salehuddin