TSI Business Solution

TSI Business Solution Berkisar tentang undang-undang pensyarikatan, percukaian, perakaunan dan pengurusan kewangan.

Saja nak ingatkan, esok hari terakhir untuk hantar Borang B (untuk yang ada punca pendapatan selain perniagaan).Sambil-s...
14/05/2026

Saja nak ingatkan, esok hari terakhir untuk hantar Borang B (untuk yang ada punca pendapatan selain perniagaan).

Sambil-sambil rehat malam ni, jomlah kita selesaikan apa yang patut. Takut esok last minute sistem sesak pulak.

Jom jadi pembayar cukai yang bijak! 😉

“HABIT HUJUNG BULAN AFFILIATE & FOUNDER KENA BUAT KALAU TAK NAK BAYAR CUKAI SAMPAI 'CEKIK DARAH'!” Bila masuk je hujung ...
23/04/2026

“HABIT HUJUNG BULAN AFFILIATE & FOUNDER KENA BUAT KALAU TAK NAK BAYAR CUKAI SAMPAI 'CEKIK DARAH'!”

Bila masuk je hujung bulan, benda paling best mestilah check komisen masuk dari TikTok Shop dan Shopee, atau tengok total sales bisnes bulan tu kan? Memang rasa masyuk!

Tapi... pernah tak korang terfikir, "Duit ni masuk banyak, tapi kat mana perginya eh?".

Ramai founder Enterprise dan Affiliate buat silap besar ni: Tunggu bulan April atau Jun (musim cukai) baru menggelabah nak cari resit. Masa tu resit dah hilang, tulisan resit pam minyak dah pudar, invois kena korek balik.

Akibatnya?

Korang tak boleh buktikan perbelanjaan bisnes kat LHDN. Bila perbelanjaan nampak sikit, untung nampak besar. Bila untung nampak besar, anda pun TERBAYAR CUKAI LEBIH MAHAL dari yang sepatutnya!

Nak selamatkan duit untung korang dari bayar cukai 'buta-buta'?

Jadikan 3 Langkah Urus Akaun ni sebagai rutin wajib setiap hujung bulan:

1️⃣ Jumlahkan Pendapatan (Total Income) 💰
Kumpul semua statement komisen, invois sales, dan duit masuk. Jangan cuma tengok baki bank je, sebab kadang-kadang ada duit masuk yang bukan dari bisnes. Kita nak tahu exact berapa hasil titik peluh anda bulan tu.

2️⃣ Jumlahkan Perbelanjaan (Total Expenses)
Ini paling penting! Kumpulkan semua resit bisnes bulan tu. Bil internet, kos Facebook/TikTok Ads, beli ring light, kos pos, kos packaging, atau elaun team. Inilah 'perisai' korang! Sebab semua Allowable Business Expenses ni akan tolak jumlah pendapatan korang tadi, dan bantu turunkan Tax Chargeable Income!

3️⃣ Kira Untung Rugi Bersih (Net Profit/Loss) 📊
Ambil Total Pendapatan tolak Total Perbelanjaan. Haa, barulah nampak untung bersih sebenar! Dari sini, korang dah boleh bajet siap-siap berapa nak simpan untuk cukai, dan tak adalah duit bisnes terpakai untuk belanja peribadi.

KENAPA KENA BUAT SETIAP BULAN?

Sebab bila korang buat sikit-sikit setiap bulan, hujung tahun nanti fail akaun korang dah cantik. Senang nak tengok prestasi bisnes. Paling penting, kita boleh buat Tax Planning awal-awal untuk maksimumkan pelepasan cukai secara sah! Takdelah terkejut bila isi Borang B nanti.

Sebagai pengurus akaun dan cukai, kami faham sangat usahawan ni sangat sibuk. Nak fikir marketing, nak buat content, nak dapatkan sales lagi. Jadi, biar kami yang ambil alih bab pening kepala susun nombor tu. Kami akan pastikan setiap sen perbelanjaan korang direkod dengan betul supaya korang jimat cukai tahap maksimum dan akaun syarikat pun cantik.

Tak nak pening kumpul resit dan buat akaun sendiri setiap bulan? Hubungi kami di komen.

Follow kami untuk lebih banyak tips selamatkan duit bisnes anda! 😊

“BUAT DUIT KENCANG DENGAN AFFILIATE & ENTERPRISE? TAPI... APA BENDA BORANG B NI? BOLEH KE KURANGKAN CUKAI?”Ramai yang ma...
22/04/2026

“BUAT DUIT KENCANG DENGAN AFFILIATE & ENTERPRISE? TAPI... APA BENDA BORANG B NI? BOLEH KE KURANGKAN CUKAI?”

Ramai yang masyuk buat komisen lebat di TT Shop, Sopee Affiliate, atau jalankan bisnes Enterprise. Tapi bila tiba musim LHDN, mula stress.

"Borang B tu apa? Kena isi ke? Habislah duit aku habis bayar cukai nanti!"

Kalau salah isi, atau main abaikan je surat LHDN, silap haribulan kena penalti. Tapi tahu tak korang apa yang PALING RUGI?

Korang terbayar cukai LEBIH mahal dari yang sepatutnya sebab tak tahu 'rahsia' kurangkan cukai secara sah!

Jom kami terangkan dalam bahasa paling mudah:

📌 Borang B tu apa sebenarnya?
Borang B adalah borang pengisytiharan cukai LHDN khas untuk individu yang ada Pendapatan Perniagaan. Tak kisah la korang founder Enterprise sepenuh masa, atau buat part-time Affiliate, selagi ada komisen atau untung bisnes masuk, inilah borang wajib anda setiap tahun (tarikh tutup selalunya 30 Jun).

Tapi jangan risau, LHDN tak kejam!

Korang BUKAN bayar cukai atas jumlah sales atau total komisen yang masuk tau. Korang boleh kurangkan Tax Chargeable Income (Pendapatan Bercukai) korang dengan dua “senjata” ni:

🟡 SENJATA 1: Allowable Business Expenses (Belanja Bisnes)
Cukai dikira dari untung bersih, bukan jualan kasar. Jadi, kumpulkan semua resit perbelanjaan yang berkaitan dengan bisnes/affiliate anda. Buat akaun untung rugi sebagai bukti. Contohnya:
• Kos marketing (FB Ads, TikTok Ads)
• Bil telefon & internet (sebab korang buat content pakai internet, kan?)
• Beli 'ring light', microphone, atau sewa studio
• Kos pos barang
• Gaji pembantu / team

Semua ni kos boleh tolak dari sales untuk kecilkan untung bisnes!

🟡 SENJATA 2: Pelepasan Cukai (Tax Reliefs)
Dah tolak belanja bisnes, jangan terus bayar cukai lagi! Kita tolak lagi dengan pelepasan peribadi. Contohnya:
• Beli smartphone atau laptop baru untuk shoot video (Pelepasan Gaya Hidup)
• Bayar insurans hayat & perubatan
• Belanja rawatan perubatan ibu bapa
• Simpanan SSPN untuk anak-anak

HASILNYA?

Bila korang gabungkan Allowable Expenses + Pelepasan Cukai, Pendapatan Bercukai korang akan turun mendadak. Silap-silap, lepas kira semua ni, cukai jadi KOSONG. Tak payah bayar apa-apa pun, tapi rekod LHDN anda cantik, clean, dan sangat laku kalau nak buat loan bank beli rumah.

📌 TAPI ADA SYARATNYA...

Dokumen dan resit kena simpan kemas, adakan akaun untung rugi secara ringkas dan korang kena tahu nak claim dekat kolum yang betul.

Sebagai pengurus akaun dan cukai, kami selalu sangat jumpa kes founder enterprise dan affiliate yang rugi terbayar cukai mahal sebab tak tahu cara claim dengan betul.

Tugas kami?

Kami bantu susun akaun korang dan pastikan anda jimat cukai tahap maksimum secara sah, tanpa langgar undang-undang! 💪

Follow kami untuk lebih banyak tips selamatkan duit bisnes anda! 😊

“ENTERPRISE KENA BUAT AUDIT? BIAR BETUL”Biar betul Enterprise kena “Audit”. Yelah, dengar cerita kawan-kawan Sdn Bhd ken...
21/04/2026

“ENTERPRISE KENA BUAT AUDIT? BIAR BETUL”

Biar betul Enterprise kena “Audit”. Yelah, dengar cerita kawan-kawan Sdn Bhd kena bayar auditor minimum RM 2,000 ke RM 3,000 setahun. Koyak poket. Nak meniaga pun tak senang.

Haa.. tarik nafas panjang-panjang bos. Fakta sebenar: Syarikat Enterprise TAK PERLU AUDIT pun!

Korang cuma wajib buat DUA benda ni je setiap tahun untuk jadi peniaga yang patuh undang-undang:

1️⃣ Sediakan Financial Report (Laporan Kewangan)
Buat akaun untung rugi (P&L) yang simple tapi tepat. Barulah tahu duit pergi mana dan berapa untung bersih sebenar.

Akaun untung rugi yang tepat dapat bantu korang kurangkan “Pendapatan Bercukai”.

2️⃣ Declare Income Tax (Cukai Pendapatan)
Isi Borang B dekat portal MyTax. Bila dah ada nombor 1 kat atas tadi, urusan cukai jadi sangat mudah!

Korang boleh isi borang B dengan tenang. Silap-silap tak kena bayar cukai pun sebab banyak pelepasan yang korang boleh tuntut.

KENAPA DUA BENDA NI PENTING SANGAT?
Sebab ini tiket VIP korang! Bila ada Financial Report yang cantik dan bukti declare cukai yang sah:

✅ Senang bank nak luluskan loan rumah impian atau kereta idaman.
✅ Mudah nak mohon geran kerajaan atau loan bisnes untuk kembangkan cawangan.
✅ Bisnes nampak stabil, kukuh dan anda tidur lena tanpa risau kena penalti LHDN!

Sebagai pengurus akaun dan cukai yang berpengalaman, kami faham sangat 'struggle' usahawan Enterprise. Kami dah bantu ramai founder ubah akaun bisnes dari tahap berterabur, jadi sangat teratur. Bukan tu je, kami juga akan bantu korang gunakan pelepasan cukai yang sah supaya anda dapat jimat cukai secara maksimum!

Berniaga biarlah tenang. Korang fokus buat sales, bab kira-kira dan LHDN, biar kami yang uruskan. Jangan biarkan bisnes korang ‘sangkut’.

Follow kami untuk lebih banyak tips akaun dan cukai untuk selamatkan duit bisnes anda! 😊

10/04/2026

Program Business Entrepreneur Support And Training (Best) - Edisi Peniaga
HASiL WP Putrajaya

09/04/2026

"Berniaga penat-penat, tapi untung habis dekat cukai?"

Minggu ini di TSI Biz, kami selesai bantu dua lagi klien yang dahulunya 'tak tidur malam' fikirkan bajet cukai. Lepas kami buat review dan susun semula strategi, ini hasilnya:

✅ Kes 1: Usahawan Enterprise ke Sdn Bhd (Sektor Retail)
• Cukai Awal: RM45,000 (Cukai individu tinggi sebab semua untung masuk poket sendiri).

• Selepas TSI Biz Susun Strategi: Cukai kena bayar cuma RM28,000.

• Hasilnya: Penjimatan RM17,000 yang boleh digunakan untuk stok barang baru.

✅ Kes 2: Director Sdn Bhd (Sektor Konsultansi & Komisen)
• Cukai Awal: Gabungan cukai individu & korporat mencecah RM135,000.

• Selepas TSI Biz Susun Strategi: Cukai bersih hanya RM82,000.
• Hasilnya: Penjimatan RM53,000! Lebih separuh daripada kos cukai asal berjaya diuruskan secara sah.

⭕️ Kenapa ada perbezaan ketara macam ni?

Bukan sebab kita "elak" cukai, tapi sebab kita rancang.
Ramai usahawan hanya fikir pasal akaun bila dah cukup setahun.

Sebenarnya, rahsia penjimatan cukai yang efektif adalah dengan menyusun strategi sebelum laporan akaun dan tax computation disiapkan.

Tak kiralah anda guna Enterprise atau Sdn Bhd, setiap struktur ada ruang untuk "tax optimization" kalau anda tahu lubangnya.

Di TSI Business Solution, kami bantu anda nampak jalan yang lebih jelas supaya setiap sen hasil titik peluh anda tidak keluar begitu sahaja tanpa perancangan.

Nak TSI Biz bantu "bedah" akaun syarikat anda sebelum hujung tahun ni?

Hubungi: Puan Farah 010-365 6433

Jika tersalah submit E-Filling.Mungkin ada tax relief tak isi. Mungkin ada angka salah isi. Mungkin lupa masukkan nama a...
09/04/2026

Jika tersalah submit E-Filling.

Mungkin ada tax relief tak isi. Mungkin ada angka salah isi. Mungkin lupa masukkan nama anak.

Boleh buat pindaan.

Klik E-Filing, klik E-Permohonan Pindaan.

09/04/2026

Tax planning bukan buat masa nak submit.

Secara teknikal, tax planning berlaku sepanjang tahun.

Kerana bila dah sampai hujung tahun,
kebanyakan transaksi dah fixed.

Ketika itu ruang untuk adjust memang limited.

Jom semak Senarai Pelepasan Cukai Individu 2025. Jangan lupa maksimumkan tax relief anda untuk 2025 ini.
16/12/2025

Jom semak Senarai Pelepasan Cukai Individu 2025. Jangan lupa maksimumkan tax relief anda untuk 2025 ini.

26/08/2025

Jangan sesekali fikir kita bisnes dari rumah, tiada SSM, tiada ofis, tiada kedai, maka LHDN tidak akan cari kita!

JANGAN!

Address

Jalan Dewata Susur Dewata 1
Johor Bahru
80350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TSI Business Solution posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share