Pakder Perunding Hartanah Johor

Pakder Perunding Hartanah Johor Ikon Ilmuan Hartanah

16/07/2025

Rumah Nak Kena Lelong? Ini Langkah Paling Pantas Sebelum Terlambat

Surat bank dah sampai.
Tunggakan makin banyak.
Rumah bakal dilelong — tapi tak tahu nak mula dari mana.
Ramai pemilik panik… dan akhirnya biar je rumah tu kena tarik.

Sebenarnya, masih ada jalan keluar — kalau tahu bertindak awal.

Dalam sesi Live eksklusif bersama Ikon Ilmuan Hartanah, kita akan bongkar:
✔️ Apa maksud sebenar “Notis Lelong” dari bank
✔️ Berapa lama proses sebelum rumah kena lelong
✔️ Cara tahan lelong dan runding semula dengan bank
✔️ Strategi terakhir kalau memang tak mampu bayar
✔️ Kesilapan ramai pemilik buat bila rumah dah masuk proses lelong

Kalau anda sendiri pemilik rumah yang bermasalah atau kenal sesiapa dalam situasi ini, Live ini mungkin peluang terakhir untuk selamatkan hartanah tu.




16/07/2025

Beli Rumah: Untuk Duduk atau Pelaburan?

Ramai pembeli terperangkap bila tak jelas dengan objektif sebenar.

✔️ Nak beli untuk duduk – tapi pilih lokasi yang tak sesuai.
✔️ Nak buat pelaburan – tapi ambil rumah yang tiada permintaan sewa.

Objektif beli rumah perlu jelas dari awal.
Sebab strategi, lokasi, jenis rumah, dan bajet semua bergantung kepada matlamat utama anda.

Dalam video ini, saya kongsikan cara tentukan tujuan beli rumah — supaya tak tersilap langkah dan tak rugi berpuluh ribu.




14/07/2025

Kos Kahwin vs Kos Rumah Subsale – Mana Lebih Berbaloi?

Ramai sanggup habiskan RM30,000–RM60,000 untuk satu hari majlis perkahwinan. Tapi bila cakap pasal beli rumah subsale, terus rasa “mahal” dan tak mampu.

Padahal dengan bajet yang sama, anda dah boleh miliki rumah pertama yang terus naik nilai setiap tahun.

Dalam video ini, saya bandingkan secara terbuka:
✔️ Kos realistik majlis kahwin
✔️ Kos beli rumah subsale
✔️ Apa yang anda dapat… dan apa yang anda hilang
✔️ Cara seimbangkan kedua-duanya tanpa bebankan kewangan

Kalau anda masih bujang atau tengah rancang masa depan — video ini boleh bantu ubah cara fikir anda tentang aset, komitmen dan keutamaan.




11/07/2025

Kenapa Rumah Susah Nak Jual? Ini Jawapan Sebenar Ramai Tak Tahu

Rumah dah iklankan berbulan-bulan — tapi masih tiada pembeli.
Harga dah turun, masih senyap.
Agen dah cuba tolong, tapi rumah tetap tak “bergerak”.

Ramai pemilik tak sedar, bukan semua rumah senang dijual.
Ada banyak faktor yang buat rumah “tersangkut” di pasaran.

Dalam sesi Live ini bersama Ikon Ilmuan Hartanah, kami akan bongkar:
✔️ Faktor utama kenapa rumah gagal dijual walau harga dah rendah
✔️ Kesilapan teknikal & emosi pemilik rumah
✔️ Lokasi, syarat pinjaman & sentimen pasaran – mana paling beri kesan?
✔️ Strategi sebenar untuk buat rumah laku & cepat close deal

Kalau anda pemilik rumah yang sedang cuba menjual — anda wajib tonton sesi ini.
Mungkin satu info dalam Live ini boleh bantu percepatkan jualan anda.




11/07/2025

Pelaburan Hartanah: Positif Cash Flow atau Capital Gain?

Dalam dunia pelaburan hartanah, dua strategi utama sering menjadi fokus:

Pendapatan sewaan positif (positive cash flow) – aliran tunai masuk setiap bulan melebihi kos. Kenaikan nilai aset (capital gain) – keuntungan apabila hartanah dijual pada harga lebih tinggi daripada harga belian. Kedua-dua strategi ini sah dan berpotensi menguntungkan — namun pendekatannya berbeza, bergantung kepada:

1.Lokasi hartanah

2.Tempoh pegangan

3.Tahap risiko pelabur

4.Keupayaan aliran tunai

Dalam video ini, saya huraikan secara profesional bagaimana mengenal pasti strategi yang sesuai dengan profil kewangan anda, serta kesilapan biasa yang perlu dielakkan oleh pelabur baharu.

Pelaburan tanpa strategi yang jelas hanya akan memberi p**angan yang tidak menentu.




10/07/2025

Rumah Pusaka: Nak Jual Tapi Tak Boleh? Ini Cara Paling Pantas Selesai!

Berpuluh tahun rumah pusaka terbiar.
Nak jual tak boleh.
Nak bahagikan tak tahu mula kat mana.
Waris p**a dah ramai, semua diam. Akhirnya… rumah tu terus tak jadi apa.

Sebenarnya rumah pusaka boleh dijual dengan syarat tertentu.
Masalahnya, ramai tak tahu proses dan tersangkut di langkah pertama.

Dalam Live eksklusif bersama Ikon Ilmuan Hartanah, kita akan bongkar:
✔️ Bila rumah pusaka boleh dijual – dan bila tak boleh
✔️ Apa nak buat kalau ada waris tak setuju
✔️ Jalan paling cepat, sah & selamat untuk selesaikan isu pusaka
✔️ Kesilapan ramai orang bila urus rumah peninggalan mak ayah

Kalau anda ada nama dalam geran — atau waris kepada rumah lama — jangan lepaskan sesi ini.

Mungkin ini ilmu yang akan selamatkan harta pusaka keluarga anda.



10/07/2025

Debt Service Ratio (DSR) – Faktor Utama Lulus atau Gagal Loan Rumah

Ramai ingat tak lepas loan sebab gaji kecil. Tapi sebenarnya, yang lebih penting ialah DSR iaitu nisbah hutang kepada pendapatan.

Kalau DSR terlalu tinggi, bank akan anggap anda berisiko tinggi walaupun gaji nampak ‘ok’.
Kalau tahu kawal DSR, peluang lulus loan akan jadi jauh lebih cerah walaupun gaji bawah RM3,000.

Dalam video ini, saya terangkan cara kira DSR dan strategi untuk kekalkan DSR dalam zon selamat.




09/07/2025

Rumah Nak Kena Lelong?? Apa Tindakan Paling Pantas?

Ramai pemilik rumah mula panik bila terima notis lelong daripada bank tapi malangnya, ramai juga diam dan tak buat apa-apa, sehingga rumah betul-betul dilelong.

Dalam sesi Live ini, saya akan terangkan:
✔️ Apa maksud sebenar notis lelong
✔️ Berapa lama tempoh sebelum rumah dilelong
✔️ Apa tindakan awal yang boleh selamatkan rumah
✔️ Boleh ke runding dengan bank?
✔️ Jalan keluar secara sah & strategik

Jangan tunggu rumah masuk dalam senarai lelong baru nak bertindak.
Tindakan pantas boleh selamatkan kediaman anda atau beri peluang untuk anda mulakan semula dengan lebih bijak.

Live bersama saya, Ikon Ilmuan Hartanah khas untuk mereka yang sedang bergelut dengan isu bayaran rumah.




09/07/2025

Rumah Below Market Value – Untung atau Perangkap?

Ramai pembeli teruja bila dengar rumah dijual bawah harga pasaran. Tapi tak semua tahu apa risiko sebenar di sebalik istilah "below market value".

Rumah jenis ini memang boleh beri p**angan tinggi tapi hanya jika tahu semak nilai sebenar, status hartanah, dan struktur pembiayaan yang sesuai.

Dalam video ini, saya tunjukkan cara kenal pasti rumah below market value yang benar-benar berbaloi, dan bukan sekadar "harga murah tapi banyak masalah".




08/07/2025

Kos Sebenar Beli Rumah — Ramai Tak Sedar

Ramai sangka bila cukup deposit, terus boleh beli rumah. Hakikatnya, ada kos-kos tersembunyi yang ramai tak ambil kira.

Dari yuran guaman, kos penilaian, duti setem, hinggalah bayaran insurans – semuanya perlu dirancang awal.

Dalam video ini, saya terangkan kos sebenar beli rumah dari A sampai Z, supaya anda tak terkejut di tengah jalan.




07/07/2025

Gaji RM2,500 boleh beli rumah?

Boleh ! tapi bergantung pada komitmen semasa, jenis rumah dan strategi pinjaman.

Ramai tak lepas beli rumah bukan sebab gaji kecil, tapi sebab tak tahu cara yang betul.

Dalam video ini, saya tunjukkan bagaimana pembeli berpendapatan rendah masih boleh miliki rumah pertama.




27/04/2025

Kos Tersembunyi Rumah Lelong !!

Ramai yang berminat nak beli rumah lelong, sebab rumah lelong ni boleh dapat harga below market. Ada rumah lelong yang terjual 50% dari harga market.

Tapi, rumah lelong juga tinggi risiko. Kalau salah langkah boleh rugi beribu-ribu gais.

Tengok video ni sampai habis sebeluk korang mula beli rumah lelong.




Address

Johor Bahru
81200

Telephone

+60127195570

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakder Perunding Hartanah Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pakder Perunding Hartanah Johor:

Share