09/06/2023
TAKAFUL? INSURANS?
Ramai yang bertanya dan meminta pendapat tentang pelaburan di dalam Takaful. Tanpa memahami apakah sebenarnya platform Takaful itu dan fungsinya.
APA ITU TAKAFUL DAN BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Takaful bermaksud suatu persetujuan yang berdasarkan kepada pertolongan bersama di mana peserta-peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang ke dalam suatu dana yang akan memberi manfaat kewangan yang akan dibayar kepada peserta-peserta Takaful atau kepada waris mereka sekiranya berlaku perkara-perkara yang telah dipersetujui terlebih dahulu.
Takaful adalah konsep insurans Islam yang mematuhi etika dan ketelusan garis panduan Syariah yang melarang ketidakpastian (Gharar), perjudian (Maisir) dan faedah (Riba).
Perkataan Takaful berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk menjamin, untuk membantu atau untuk menjaga keperluan sesama insan. Setiap peserta yang dilindungi menyumbang atas dasar Tabarru` sumbangan ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu semasa diperlukan.
https://linktr.ee/mohdnadzif
APA P**A PELAN PERLINDUNGAN YANG ADA DI DALAM TAKAFUL?
A- HIBAH
Hibah bermaksud pemberian HADIAH samada dalam bentik ain atau manfaat. Manakala mengikut istilah syarak, Hibah merupakan satu akad pemberian harta yang dilakukan secara s**arela kepada seseorang ketika tempoh hidupnya. Malahan orang bukan muslim juga layak menerima hibah.
Manakala Hibah Takaful secara tepat bermaksud hadiah dari wang pampasan melalui sijil Takaful yang akan diberikan kepada penerima/penama dan tidak tertakluk kepada hukum Faraid.
Dipetik dari Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 Manakala, bagi penama yang menjadi benefisiari di bawah hibah bersyarat, merujuk kepada perenggan 3(2), Jadual 10, menfaat tersebut akan menjadi milik penerima hibah, tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta Takaful. Menfaat Takaful ini tidak juga tidak tertakluk kepada hutangnya kerana manfaat tersebut telah diberi oleh peserta takaful kepada penerima hibah semasa hayat peserta Takaful.
Apakah Kesan dari Klaus Perenggan 3 (2) ini? :- Kesannya adalah pemberian Hibah ni tidak boleh dicabar oleh mana-mana ahi waris simati kerana manfaat tersebut telah dipindah milik kepada penama dan proses penamaan telah berlaku ketika hayat peserta Takaful tersebut tanpa ada keraguan. Ini sedikit sebanyak data mengurangkan beban keluarga sekiranya berlaku kematian keatas ketua rumah tau kepala keluarga tau sebagainya.
Walaubagaimanapun, waris berhak untuk memberi sebahagian atau penuh nilai hibah yang di terima keatas namanya kepada sesiapapun mengikut kehendak waris tersebut.
https://linktr.ee/mohdnadzif
FUNGSI HIBAH?.
1- Penggantian pendapatan
Semua orang akan menghadapi kematian. Kematian seorang pencari nafkah utama bagi keluarga merupakan satu kehilangan yang amat pedih dan meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga yang lain. Kehilangan mengejut ini juga mengakibatkan waris kehilangan segala punca pendapatan sara diri dan nafkah bulanan. Perbelanjaan untuk isteri, anak-anak dan ibu bapa akan terhenti. Isteri yang dahulunya seorang suri rumah dan tidak tahu tentang apa itu hibah mungkin terpaksa mencari kerja untuk menyara keluarga, anak-anak juga perlu berjimat-cermat dan mengikat perut demi kelangsungan hidup.
Di sinilah hibah takaful memainkan peranan penting bagi memastikan waris yang anda tinggalkan dapat hidup dengan selesa. Lihat contoh di bawah untuk gambaran lebih jelas:
Simpanan Tanpa Takaful Caruman Pelan Takaful + Hibah
Nama Emran
Umur 30 tahun
Status Merokok Tidak merokok
Simpanan Bulanan RM320 Caruman Bulanan RM320
Jumlah Selama 10 Tahun RM38,400 Jumlah Perlindungan RM600,000
Manfaat Tambahan - Manfaat Rangsangan RM60,000
Jumlah Ditinggalkan Pada Waris RM38,400 Jumlah Ditinggalkan Pada Waris RM1,860,000
Dengan amaun yang sama setiap bulan, anda mampu meninggalkan jumlah berkali ganda untuk waris anda. Walaupun wang tidak dapat mengganti kehilangan yang tersayang, tetapi yang ditinggalkan perlukan bantuan kewangan untuk meneruskan hidup. Dengan takaful yang dihibahkan, dapatlah waris anda menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terbeban dengan masalah kewangan.
Nak tahu berapa jumlah yang anda perlukan? Ini formulanya:
Bujang: [Pendapatan sebulan x 12] x 3 tahun = Nilai hibah
Berkahwin: [Pendapatan sebulan x 12] x 10 tahun = Nilai hibah
2- Penyelesaian hutang
Apa itu hibah dan bolehkah ia digunakan untuk membayar hutang? Jawapannya Ya. Islam sangat menuntut penyelesaian hutang dalam kehidupan walaupun setelah kematian. Sabda Rasulullah SAW, “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang” (Hadis Riwayat Muslim). Kalangan alim ulama dan ustaz juga telah berpesan-pesan bahawa hutang ialah perkara utama yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus selepas kematian seseorang dan mayatnya diurus rapi. Bahkan waris wajib melangsaikan hutang si mati terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan hartanya kepada waris.
Sekiranya anda berhutang dengan rakan-rakan sebanyak RM100-RM200, mungkin waris anda boleh melangsaikannya. Tetapi bagaimana p**a dengan komitmen hutang yang lebih besar seperti hutang perniagaan, pembiayaan peribadi yang beribu-ribu ringgit nilainya? Sudah pasti ianya membebankan waris anda bukan sahaja dari segi kewangan, malahan emosi mereka turut terganggu dek kerana hutang yang ditinggalkan.
Oleh itu, hibah takaful adalah jalan yang terbaik untuk memastikan ‘pemergian’ anda tidak menyukarkan dan membebankan mereka. Dapatlah mereka gunakan wang yang anda tinggalkan untuk melunaskan semua hutang-piutang anda dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
3- Penerima mutlak & proses yang mudah
Apa itu Hibah? Berbeza dengan wasiat dan pembahagian harta pusaka, ia adalah pemberian hadiah oleh seseorang kepada warisnya tanpa boleh dipertikaikan. Penerima adalah pemilik mutlak ‘hadiah’ tersebut, tidak kira dalam bentuk wang tunai atau harta benda. Hal ini sudah tentu dapat mengelakkan persengketaan atau perebutan antara ahli keluarga lain yang tidak tahu apa itu hibah, memandangkan penama bagi takaful tersebut dilakukan oleh peserta ketika dia masih hidup dan waras secara s**arela.
Selain itu, proses tuntutan juga sangat mudah dan cepat tanpa melibatkan sebarang kos tambahan. Berbanding wasiat, waris tidak perlu mengupah peguam atau melantik pihak ketiga untuk menguruskannya. Oleh kerana ianya adalah hadiah, nilai tersebut akan diberi 100% kepada penerima tanpa sebarang penolakan. Terdapat juga Pengendali Takaful yang memberikan manfaat tambahan tunai kepada waris seperti manfaat ihsan sebanyak RM2,000 sekiranya peserta meninggal dunia.
Di samping itu, hibah takaful juga boleh dikategorikan sebagai aset mudah cair, proses tuntutannya lebih mudah dan cepat. Ia boleh dibuat dalam tempoh hanya sebulan sahaja. Dengan takaful yang anda hibahkan, dapatlah waris anda menggunakan wang yang ditinggalkan untuk perbelanjaan kehidupan seharian sebelum mencari sumber pendapatan yang lain.
4- Dana pendidikan anak
Anak merupakan penyambung zuriat dan harta dunia akhirat kita. Menjadi tanggung jawab kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan pendidikan yang terbaik buat mereka. Kita tentunya mahukan mereka mendapat pembelajaran yang selesa di sekolah atau peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di universiti ternama. Namun begitu, kos pendidikan yang semakin meningkat saban tahun menyukarkan para ibu bapa menyediakan perbelanjaan yang cukup untuk menanggung kos pendidikan anak-anak.
Dengan hibah takaful, anda mampu menyediakan dana yang cukup untuk anak-anak melanjutkan pelajaran walaupun ketika anda sudah tiada lagi di sisi mereka. Rancanglah kewangan anda sebaik-baiknya. Lebih awal anda mencarum takaful, lebih rendah caruman bulanan dan lebih terjamin masa depan anak-anak anda.
5- Sebagai MLTT (Mortgage Level Term Takaful)
Facility kewangan ataupun bank yang akan diberikan ‘Colateral Assignment’ Supaya hibah bersyarat ini boleh terus disalurkan kepada pihak bank ketika pemilik sijil meninggal kelak. Kelebihan MLTT berbanding MRTT adalar perlindungan bukan sahaja terhadap kematian malah ia juga melindungi pemilik sijil nutuk Hilang Upaya Kekal (HUPK) dan Sakit Kritikal (Critical illness). Perlindungan mengikut perjanjian terma umur peseta berbanding MRTT yang kebiasaan nya Hanya melindungi sebahagian tempoh pembiayaan (sila rujuk perjanjian sewa beli) anda.
B- PERLINDUNGAN PERUBATAN @ MEDICAL CARD
Sedia maklum ramai tahu fungsi dan kegunaan perlindungan perubatan @ medical card. Adalah sebagai satu instrument pengganti wang tuna until menanggung kos perubatan di hospital disebabkan penyakit mahupun kemalangan.
Medical card p**a seringkali berkait rapat dengan “company benefit” dan juga “Personal Certificate”. Keduanya adalah sama tetapi berbeza dari segi spesifikasi perlindungan terhadap pekerja ataupun pemilik sijil ‘personal’.
Dan kelebihan mempunyai ‘medical card’ ini adalah anda boleh mendapatkan rawatan dalam kadar segera dan selesi di Hospital-hospital swasta berbanding menunggu giliran di Hospital-hospital away akibat lambakan pesakit.
https://linktr.ee/mohdnadzif
CARA MEMILIH PERLINDUNGAN PERUBATAN @ MEDICAL CARD YANG BETUL?
1- HAD PERLINDUNGAN TAHUNAN DAN SEPANJANG HAYAT (TEMPOH PERLINDUNGAN)
Had perlindungan tahunan di pasaran yang bermuda dari serendah RM30,000 sehingga Tanpa Had. Had tahunan ini Amat berguna untuk perlindungan wang tunai anda sekiranya memerlukan kos rawatan yang Dingi bergantung kepada kos rawatan hospital swasta.
Sebagai contoh, sekiranya had tahunan sebuah kad perubatan adalah pada RM100,000, pemegang polisi hanya boleh menuntut sebanyak RM 100,000 bagi rawatan penyakitnya pada tempoh tahun tersebut. Jika kos rawatannya melebihi RM 100,000, beliau perlulah menanggung sendiri kos selebihnya.
Dan jika sijil/polisi anda mempunyai had sepanjang hayat Dan kos rawatan sudah sampai ke had tersebut, kebarangkalian sijil/polisi anda untuk ditamatkan adalah sangat pasti. Jadi anda perlu utamakan had sepanjang hayat adalah ‘tiada had’.
2- SUMBANGAN BULANAN TIDAK NAIK SETIAP BEBERAPA TAHUN
Ada beberapa kad perubatan yang memerlukan pencarumnya membayar sumbangan yang dinaikan pada setiap beberapa tahun. Sudah pastinya kita tak mahu menghadapi kenaikan kos sumbangan takaful kita.
Sebagai contoh, apabila pencarum berumur 23 tahun dan kos sumbangan yang perlu dibayar adalah sebanyak RM100. Medical card yang baik adalah yang mengekalkan syarat awal. Bermaksudkan, premium akan tetap dibayar pada amaun yang sama walaupun dalam tempoh masa lebih dari lima tahun akan datang.
3- DEDUCTIBLE
Deductible adalah kos rawatan yang perlu dibayar oleh peserta setiap kali hospital keluarkan bill akhir rawatan. Bermaksud, sebanyak manapun bill akhir yang hospital kenakan terhadap pesakit, pesakit akan tetap kena bayar jumlah deductibe bergantung kepada plan medical card yang diambil. Secara am, deductible yang perlu pesakit bayar kepada pihak hospital adalah didalam lingkungan RM300 ke RM1,000 bergantung kepada syarat dan terma sesebuah syarikat pengendali Takaful masing-masing.
4- ELAUN HOSPITAL DAN HARI PERLINDUNGAN DI HOSPITAL.
Elaun hospital adalah salah satu ‘Rider’ yang menarik untuk peserta sijil medical card. Setiap hari yang dikira oleh pesakit untuk menetap dihospital dalam tempoh rawatan layak nutuk mendapatkan elaun hospital selama mana anda berada dihospital dan bergantung kepada pelan medical card yang anda ambil atau sediakan untuk ahli keluarga terdekat. Elaun hospital secara Amaya bermuda dari RM 50msehari sehingga RM500 sehari bergantung kepada syarikat takaful.
Manakala had hari perlindungan untuk pesakit berada di hospital sepanjang mana berada di hospital juga memainkan peranan pending sebagai langkah berjaga-jaga kerana sebilangan penyakit yang memerlukan pesakit untuk berada di wad untuk sebum jangle masa yang Panjang lebih-lebih lagi jika melibatkan wad rawatan rapi (ICU). Ada pengendali yang sediakan had tahunan sebanyak 60 Hari Sehingga Dan Ada juga yang tiada had.
5- PENGECUALIAN (WAIVER)
“Waiver” adalah salah satu ‘rider’ yang panting dan kern diambil sebagai perlindungan tambahan di dalam sijil-sijil Takaful. Ini kerana, sekiranya pesakit menghadapi kecelakaan yang menyebabkan beliau tidak mampu untuk bekerja dan membayar sumbangan takaful (HUPK & CI), ‘rider’ ini lah yang akan dimohon oleh ejen kepada syarikat supaya sijil ini both dibayar secara terus oleh peseta Takaful yang lain.
HUPK - Hilang Upaya Kekal
CI - Critical Illness (Penyakit Kritikal)
6- STAND ALONE (Tunggal)
Pelan ‘Standalone’ ini ialah pelan yang tiada ‘rider’ tambahan Malah nilai tunai, pelan yang bersendirian hanya untuk perlindungan perubatan sahaja. Tiada polisi tambahan untuk perlindungan asas. Malah nilai tunai atau simpanan tunai didalam sijil peserta ataupun jumlah yang santa sedikit.
Malah pelan ini juga mempunyai kadar kenaikan yang dijadualkan samada setiap tahun, setiap tiga tahun atau lima tahun. Pelan sebegini bague untuk pelanggan yang liada bajet untuk memulakan pelan perlindungan, tetapi harus mengambil kira juga kenaikan seperti yang dijadualkan setiap syarikat takaful.
7- KO-INSURANS @ KO-TAKAFUL
Ko-insurans & Ko-Takaful (Co-insurans ance/takaful) adalah bermaksud nilai bayaran yang perlu peserta bayar disamping jumlah yang dilindungi oleh syarikat takaful. Bermakna, peserta akan membayar sebahagian dari bil akhir hospital.
Pemilik sijil atau polisi harus sangat peka tentang perkara tentang ini ye.. kalau Tidak adalah salah anda Kerana tak faham tentang syarat ini dan akan marah apabila sejumlah bayaran akan diminta di saat anda ‘discharge’ dari hospital..
Ada ko-takaful yang bermula RM30 Malah ada yang setinggi RM10,000 - 15,000.
8- SENARAI SAKIT KRITIKAL (CI COVERAGE)
Senarai penyakit critical adalah senarai yang disediakan oleh setiap syarikat pengendali takaful. Maka ianya akan berbeza untuk setiap syarikat. Adalah satu kelebihan jika sijil anda mempunyai senarai sakit kritikal yang banyak.
Secara umumnya nya, ini adalah serba sedikit tentang Takaful yang boleh saya sampaikan secara umum. Sekiranya anda ingin maklumat lanjut berkenaan plan-plan yang sesuai untuk anda, anda boleh tekan pautan di bawah untuk saya sediakan sebut harga dan khidmat konsultansi percuma.
Facebook Personal : Mohd Nadzif Misman
page : Nadzif Misman - Official
Instagram : nadzifmisman
Whatsapp saya : https://linktr.ee/mohdnadzif
Salam Ikhlas dari saya:
Nadzif Misman
Aspirant UM
Great Eastern Takaful Berhad.
Sahabat Kewangan Anda