11/05/2023
Jangan ingat korang je terkejut bila kawan lama tak contact tiba-tiba call ajak nak jumpa.
Kami agent takaful ni pun terkejut juga tau kalau kawan lama tak contact tiba-tiba call tanya tentang medical card dan minta proceed cepat-cepat macam tiada lagi hari esok.
Bila ditanya kenapa kalut sangat ni ada apa-apa yang kami perlu tahu ke?
Kawan tu terus jawab "Doc diagnose aku ada cyst yang sedang membesar dan perlukan pembedahan segera sebelum ianya pecah".
Hmmm masih ramai yang ingat takaful ni macam panadol kan. Bila nak guna barulah cariπ₯Ί
Nasihat saya takaful ni kalau dah terlintas atau berhajat untuk sign up, JANGANLAH bertangguh lagi sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari.
Anggaplah perlindungan takaful ini satu jalan ikhtiar sebelum kita berserah kepadaNya.
_______________________________________ ...
Tips untuk anak muda yang baru bekerjaβ¨
β
Ambil perlindungan takaful sebaik sahaja mula bekerja maximum 10% dari gaji
β
Ambil awal caruman murah
β
Ambil ketika muda ketika masih sihat untuk mendapat perlindungan sepenuhnya tanpa pengecualian
β
Jangan tunggu bajet cukup kerana dalam pengurusan gaji tu sememangnya ada bahagian untuk takaful
β
Jangan tunggu komitmen berkurang kerana komitmen jarang sekali akan berkurang tetapi sebaliknya seiring dengan usia kita