Bicara Pusaka Islam

Bicara Pusaka Islam Perundingan Percuma Pengurusan Harta Pusaka yang Ada wasiat atau Tanpa Wasiat. Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah, Dokumen Harta Sepencarian dll.

06/10/2022

TIPS FARAID 2

"Bahagian ayah si mati boleh menjadi sangat unik kerana dia boleh menerima hak faraid secara fardhu dan asobah dengan serentak."

19/09/2022

TIPS FARAID 1

"Anak perempuan akan mendapat lebih banyak bahagian berbading anak lelaki jika si mati tinggalkan ayah, emak, suami & 1 anak perempuan berbanding si mati tinggalkan ayah, emak, suami & 1 anak lelaki."

17/12/2020

Banyak bercakap tidaklah menunjukkan kita ni bijak atau hebat. Orang yang banyak diam p**a tidak bermakna dia jahil dan rendah kedudukannya.

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau diam."
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]


03/12/2020

Orang yang kuat ialah orang yang mampu menguruskan perasaan marahnya dengan baik. Sentiasa berfikir sebelum bertindak dan membayangkan kesan apabila marahnya itu dilepaskan.

"Bukanlah orang yang kuat itu orang yang handal bergaduh, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika sedang marah."
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

07/11/2020

Takwa ialah suatu ungkapan tentang kepatuhan segala titah perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.."
[Surah Ali-Imran : Ayat 102]

Allah SWT hendaklah ditaati maka Dia tidak boleh diingkari;
Dia hendaklah diingati maka Dia tidak boleh dilupakan;
Dan Dia hendaklah disyukuri maka Dia tidak boleh dikufuri.

*Sekadar Renungan*

-AnNashaih adDiniyyah WalWashaya alImaniyyah-
-Bicara Pusaka Islam-

25/09/2020

Berusahalah untuk khusyuk ketika berdoa, Yakinlah bahawa Allah SWT akan memakbulkan permintaan kita itu baik cepat ataupun lambat.

"Berdoalah kepada Allah dalam kalian berasa yakin ianya akan dimakbulkan. Ketahuilah, Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati yang lalai."
[Hadis Riwayat Imam Tirmizi]


23/09/2020

Akhlak yang baik menjadi perhiasan yang agung bagi diri seseorang walaupun serba kekurangan dan tidak terkenal di sisi manusia, namun Allah SWT mencintai hambaNya yang berakhlak mulia.

"Sesungguhnya yang paling baik di antara kalian ialah orang yang paling baik akhlaknya."
[Hadis Riwayat Imam Bukhari]


SUMBANGAN DALAM HARTA SEPENCARIANHarta Sepencarian merupakan perletakan hak terhadap harta bagi setiap pasangan samada s...
22/09/2020

SUMBANGAN DALAM HARTA SEPENCARIAN

Harta Sepencarian merupakan perletakan hak terhadap harta bagi setiap pasangan samada suami atau isteri.

Isu harta sepencarian. biasanya timbul apabila berlaku kematian salah satu pihak, atau perceraian atau poligami. Ia boleh diperolehi melalui tuntutan di Mahmakah Syariah di Malaysia.

Perletakan hak harta sepencarian mengambil kira beberapa faktor di antaranya perolehan bersama kedua pihak, sepanjang tempoh perkahwinan dan mengambil kira sumbangan yang diberikan bagi pihak yang menuntut.

•Sumbangan secara langsung:

Contohnya harta yang dibeli melalui pembayaran bersama kedua-dua pihak (suami@isteri). Tanpa sumbangan salah satu pihak, harta tersebut tidak boleh diperolehi.

•Sumbangan secara tidak langsung:

Sumbangan yang dilakukan bukan menjadi faktor utama perolehan harta tersebut. Contohnya sokongan isteri dalam menjaga kebajikan keluarga, termasuk suami dan anak-anak.

Dalam prosedur tuntutan di Mahkamah, setiap sumbangan perlu dibuktikan dalam bentuk bukti atau saksi yang kukuh. Tanpa persediaan serta perancangan yang betul, setiap pasangan mungkin mengalami kepayahan dalam menuntut Harta Sepencarian.

Lindungi hak setiap pasangan adalah dengan melakukan Perjanjian Aset Perolehan Bersama (Deklarasi Harta Sepencarian) di as-Salihin. Ia sebagai satu altenatif yang lebih baik dalam menjamin hak harta sepencarian lebih-lebih lagi setelah kematian anda.

08/09/2020

Penting bagi peniaga untuk menuntut ilmu dalam bab muamalat, mengetahui halal dan haram dalam urusan jual beli agar perniagaan mendapat keberkatan bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

“..Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba..”
[Petikan Surah Al-Baqarah | Ayat 275]


27/08/2020

Si isteri kalau tahu pin code bank suami, kelebihannya, kalau suami tu koma atau sakit terlantar kat hospital, si isteri boleh pergi keluarkan duit untuk bayar perbelanjaan bil, kegunaan perbelanjaan harian keluarga, dan lain².

Tapi kalau suami dah meninggal, jangan Suka² nak keluarkan duit account Bank arwah suami. Sebab ada hak orang lain dalam account tersebut.

Hak siapa? Yang paling utama, hak pemiutang (pihak yang memberi hutang). Kita kena selesaikan hutang² arwah, duit pengurusan jenazah terlebih dahulu.

Kadang kita terlalu focus pembahagian faraid, contohnya duit si arwah ada RM200K, dan berapa bahagian setiap waris faraid dapat.
Takut² ada harta RM200K tapi hutang arwah keseluruhan ada rm250K. Dalam situasi ni, tiada harta yang dapat pada waris faraid.

Pentingnya perlu ada wasi yang boleh menguruskan harta pusaka kita nanti. Dan berikanlah kerjasama kepada wasi atau pentadbir harta tersebut, kerana banyak kes pengagihan harta pusaka tidak selesai akibat dari tiada kerjasama yang baik antara waris² faraid yang lain dengan wasi tersebut.

Kalau nak mengelakkan dari berlakunya kekusutan pada masa akan datang. Anda lantiklah kami, AsSalihin Trustee sebagai wasi / pentadbir harta pusaka anda.

Macamana? Tanya je saya..
PM je, tak perlu susah².. 😎



25/08/2020

Permudahkan urusan yang baik,
Lakukan sesuatu untuk memberi kemudahan kepada orang lain.

"Permudahkan jangan menyusahkan, berilah khabar gembira dan jangan buat orang lain lari menjauh."
[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]


13/08/2020

Menghina orang Muslim itu adalah fasik. Kata-kata buruk yang dilemparkan umpama paku yang diketuk pada kayu. Ia mungkin boleh dicabut namun kesan paku akan berbekas pada kayu selama-lamanya.

"Sesiapa yang melaknat orang Mukmin seumpama dia membunuhnya dan sesiapa yang menuduh orang Mukmin kafir maka seumpama dia membunuhnya."
[Hadis Riwayat Imam Bukhari]


Address

As Salihin Trustee Berhad
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bicara Pusaka Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bicara Pusaka Islam:

Share