PMB Investment Berhad with Elfyda

PMB Investment Berhad with Elfyda Mulakan pelaburan unit amanah dengan PMB Investment Berhad. 19 dana patuh syariah diiktiraf oleh SC.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus di https://wa.link/y7fno1

29/05/2026

The Securities Commission Malaysia (SC) crossed off 18 stocks and added 44 names to its list of shariah-compliant securities.

Full news in comment>

25/05/2026

Bila disyorkan invest dalam pelaburan unit trust, katanya pelaburan unit trust ni tak bagus..Sebab dok dengar banyak yang rugi daripada untung..

Kena p**ak ada influencer tak bertauliah merangkap ahli mesyuarat tingkap dok kondem platform pelaburan unit trust..

Bila disyorkan invest dalam pelaburan saham, katanya risiko tinggi..Takut hilang duit..

Yang bestnya..

Bila ada mangkuk ayun dok promote skim sontot, lipat sana lipat sini, laju je orang kita masuk..

Siap sanggup buat personal loan..

Ada yang sanggup jual tanah & rumah sebab terpesona dengan janji manis ayat ayat cinta..

Bila dah tersontot, habis satu kampung salah..

Polis salah..Bank Negara salah..SC salah..Kerajaan salah..Jiran sebelah rumah salah..

Padahal dia yang bodoh bertingkat tingkat..

Padahal dia yang merelakan diri untuk menjadi mangsa skim sontot tu..

Begitulah 🤧🤧

24/05/2026

Ramai masuk pelaburan dengan mindset yang salah.

Melabur bukan semata-mata untuk buat duit cepat. Kita kena faham asas, faham risiko, dan belajar untuk sabar dalam proses. Bukan semua benda boleh jadi cepat kaya dalam masa singkat.

Kalau baru nak mula, tak perlu besar. Start kecil dulu, yang penting konsisten dan terus belajar dari masa ke masa.

Dalam pelaburan, yang menang bukan yang paling laju, tapi yang paling konsisten dan faham apa yang dia buat.

18/05/2026

Padang Besar, 16 Mei 2026 - Kump**an Pelaburan MARA turut terlibat sama sebagai rakan strategik dalam menyokong inisiatif MARA Prihatin yang dianjurkan oleh MARA Negeri Perlis.

Seramai 38 pelajar cemerlang SPM 2025 telah menerima bantuan melanjutkan pelajaran berupa sumbangan tunai sebanyak RM500.00 seorang, melibatkan jumlah keseluruhan RM19,000.00. Sumbangan ini ditaja oleh Pelaburan MARA Berhad serta dana zakat daripada PMB Tijari Berhad dan PMB Investment Berhad.

Selain itu, PMB Tijari turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM5,000.00 untuk 5 buah rumah bagi tujuan kerja-kerja pembaikan elektrik serta penyediaan bakul makanan kepada lima keluarga asnaf.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Zulfikri Osman.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Ir. Dr. Mahzan Teh; Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, Dr. Azmi Amat Murjan; Pengarah MARA Negeri Perlis, Mohd Norwawi Ibrahim; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MARA Corporation, Datuk Amir Azhar Ibrahim; Pengerusi Pelaburan MARA Berhad, Dato' Mohamad Razali Mohamad Rahim; Pengerusi PMB Investment, Datuk Mohd Idzwan Izuddin Ab Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Kump**an Pelaburan MARA, En Mahdzir Othman; Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, En Hang Tuah Amin Tajudin; Ketua Pegawai Eksekutif PMB Tijari, Puan Hajjah Norleza Abu Bakar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PMB Sustainable, En Najmi Mohamed.





18/05/2026
16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik!

Guru umpama pelita, menerangi jalan anak bangsa tanpa pernah padam

14/05/2026

INCOME DISTRIBUTION ANNOUNCEMENT 📢

PMB Investment Berhad announces the income distribution for PMB-An-Nur Waqf Income Fund at 5.89% Yield (4.00 sen/unit) for the financial year ended 30 April 2026.

For any inquiries regarding PMB Investment products, please visit www.pmbinvestment.com.my or contact our Customer Careline at 03-4145 3900.

You may also visit any nearby Sales Office/Agency Office or get in touch with the consultant managing your investment account for more information.





🌟 Kenapa Melabur dalam Unit Trust? 🌟Diversifikasi, mampu milik, dan pengurusan profesional semuanya dalam satu.Unit Trus...
12/05/2026

🌟 Kenapa Melabur dalam Unit Trust? 🌟

Diversifikasi, mampu milik, dan pengurusan profesional semuanya dalam satu.

Unit Trust memudahkan pelaburan, lebih selamat dan mudah diakses oleh semua.

📌 Manfaat Utama:

• Diversifikasi portfolio kurangkan risiko
• Akses kepada pilihan pelaburan lebih luas (bon, ekuiti, dll.)
• Mudah cair — beli/jual unit dengan senang
• Modal permulaan rendah, sesuai untuk semua
• Pengurusan berterusan oleh pengurus dana berpengalaman
• Manfaat cukai — pendapatan faedah & keuntungan modal umumnya dikecualikan di Malaysia

✨ Melabur dengan bijak, melabur dengan yakin.

12/05/2026

✨ Ramai masih sangka nak mula melabur mesti ada modal besar, padahal sebenarnya tidak! ✨

Dengan PMB Investment, anda boleh mula dengan cara yang lebih mudah:

✨ Kelebihan utama:

• Skim Simpanan KWSP – ikut kelayakan anda.
• Tunai serendah RM100 – langkah pertama yang mampu milik.
• Autodebit RM50 sebulan – disiplin menabung secara konsisten tanpa rasa terbeban.

💡 Pelaburan bukan hanya untuk orang berduit besar. Ia tentang kebiasaan kecil yang berterusan. Dengan langkah ini, anda sedang bina masa depan kewangan yang lebih kukuh untuk diri dan keluarga.

🌱 Mulakan hari ini, kerana masa adalah aset paling berharga dalam pelaburan.

Rahsia nak untung besar dalam Unit Trust bukan sekadar pilih dana terbaik, tetapi disiplin bertindak ketika orang lain t...
29/04/2026

Rahsia nak untung besar dalam Unit Trust bukan sekadar pilih dana terbaik, tetapi disiplin bertindak ketika orang lain takut.

Apabila market jatuh atau harga unit merosot, ramai pelabur mula panik dan menjual pegangan. Tetapi pelabur yang faham konsep pelaburan jangka panjang akan kekal tenang dan mengambil peluang untuk tambah pelaburan (top up).
Di sinilah selalunya datang p**angan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

Kenapa strategi ini berkesan?

1. Beli ketika harga rendah (Buy Low)

Apabila pasaran jatuh, harga unit menjadi lebih murah. Dengan modal yang sama, anda mampu memperoleh lebih banyak unit.

Contoh mudah:

• Harga RM1.00 → RM1,000 dapat 1,000 unit
• Harga RM0.50 → RM1,000 dapat 2,000 unit

Apabila market pulih semula, nilai pelaburan berpotensi naik dengan lebih pantas.

👉 Pelabur berjaya nampak peluang ketika orang lain hanya nampak risiko.

2. Pasaran bergerak dalam kitaran

Sejarah pasaran membuktikan bahawa market sentiasa melalui fasa:
• Naik
• Turun
• Pulih semula
• Capai paras lebih tinggi

Market crash bukan penamat, tetapi sebahagian daripada proses pertumbuhan.
Pelabur yang sabar biasanya menikmati kesan compounding selepas pemulihan berlaku.

3. Disiplin emosi membezakan pelabur biasa dan berjaya

Cabaran terbesar dalam pelaburan bukan kurang ilmu, tetapi emosi.
• Takut rugi
• Panik bila market merah
• Ikut sentimen orang ramai

Pelabur berpengalaman p**a:
✔ Tidak membuat keputusan ikut emosi
✔ Fokus matlamat jangka panjang
✔ Konsisten tambah pelaburan

4. Ringgit Cost Averaging (RCA)

Top up secara konsisten ketika market turun membantu meratakan kos belian.
Kesan positifnya:
• Purata harga unit lebih rendah
• Potensi keuntungan lebih tinggi bila market rebound.

Analogi mudah
Bayangkan kedai kegemaran buat sale 50%.

Adakah kita:
❌ Takut dan terus lari?
atau
✔ Ambil peluang beli lebih kerana murah?
Dalam dunia pelaburan, market crash kadang-kadang ibarat mega sale bagi yang faham strategi.

Ringkasan

😁 Orang panik → Jual → Rugi / terlepas peluang
😉 Pelabur bijak → Tenang → Top up → Cost averaging → Tunggu pulih.

Bila market hijau, semua orang rasa diri Warren Buffett versi lokal. Screenshot profit sana sini, cakap pasal “financial freedom” macam esok dah boleh pencen.
Tapi bila market merah?
Terus jadi pakar forensik ekonomi. Semua benda salah. Amerika salah, China salah, OPR salah, cuaca pun salah. Akhir sekali… jual rugi.

Yang kelakar, masa harga naik semula nanti… orang sama juga datang tanya:
“Bro, sekarang sesuai masuk tak?”
Jawapan jujur:
Sesuai tu dulu… masa hang tengah takut hari tu.

🤭 Orang panik jual bawah or mengelat bluetick buat donno🤭
😁 Orang sabar beli bawah.
Bila market recover, dua-dua jumpa balik… cuma emosi masing-masing berbeza.

Alhamdulillah, siapa yang konsisten invest dan top up masa market merah dulu… sekarang ramai dah mula senyum sendiri. ☺️

Address

Johor Bahru

Telephone

+60177191210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMB Investment Berhad with Elfyda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PMB Investment Berhad with Elfyda:

Share