30/06/2026
π¨ SSM DAKWA INDIVIDU BANKRAP MEMEGANG JAWATAN PENGARAH TANPA KEBENARAN MAHKAMAH
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mendakwa seorang individu kerana didakwa memegang jawatan sebagai pengarah syarikat walaupun berstatus bankrap, tanpa mendapat kebenaran Mahkamah seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 198(1)(a), Akta Syarikat 2016.
π Mengikut pertuduhan:
* Individu tersebut didakwa bertindak sebagai pengarah pada 18 November 2024.
* Pada masa itu beliau masih berstatus bankrap yang belum dilepaskan.
* Tiada kebenaran Mahkamah diperoleh untuk memegang jawatan atau menjalankan tugas sebagai pengarah.
βοΈ Jika disabitkan kesalahan, hukuman di bawah Seksyen 198(7) Akta Syarikat 2016 ialah:
β
Penjara sehingga 5 tahun, atau
β
Denda sehingga RM1 juta, atau
β
Kedua-duanya sekali.
π‘ Pengajaran kepada Pengarah & Pemilik Syarikat
Menjadi pengarah syarikat bukan sekadar menerima pelantikan. Setiap individu perlu memastikan mereka layak di sisi undang-undang sebelum menerima jawatan tersebut.
Sekiranya seseorang berstatus bankrap yang belum dilepaskan, mereka tidak boleh memegang jawatan sebagai pengarah syarikat melainkan telah memperoleh kebenaran Mahkamah.
π Semakan status dan pematuhan kepada Akta Syarikat 2016 amat penting bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan oleh SSM.
π Perlukan nasihat mengenai pematuhan Akta Syarikat 2016 atau tanggungjawab pengarah?
Anizah & Co
π± 019-688 2580
π§ [email protected]
β Professional Advice With A Personal Touchβ