15/01/2022
15 PROSEDUR NIKAH JOHOR 2022, BAGI YANG BELUM TAHU KORANG WAJIB BACA NI π:
1. TETAPKAN TARIKH NIKAH
6 bulan sebelum, dah kena tetapkan tarikh nikah, buat checklist dan selesaikan semua borang berkaitan permohonan nikah.
Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.
2. HADIR KURSUS KAHWIN
Daftar kursus kahwin di website https://www.adamkursuskahwin.com . Bayaran kursus RM120 saja seorang.
Sijil kahwin takde tamat tempoh & SAH seluruh Malaysia, jadi boleh ambil kursus awal-awal.
Hanya perlu whatsapp admin satu salinan ic/pasport, sekeping gambar berwarna ukuran pasport & bayaran RM120 sahaja.
Sijil akan di pos secara percuma bagi peserta luar johor bahru. peserta di johor bahru boleh walk in ambil sijil di pejabat urusan.
3. LENGKAPKAN BORANG PERMOHONAN NIKAH SECARA ONLINE DI WEBSITE SPPIM
Buat permohonan nikah secara online di website https://sppim.gov.my/sppim/home untuk warga Johor @ yang bermastautin di Johor lebih dari 6 bulan.
CARA ISI BORANG NIKAH DI WEB SPPIM
1. Klik "BENAR NIKAH ONLINE"
2. Klik "PERMOHONAN BARU"
3. Isi "MAKLUMAT PEMOHON"
4. Isi "MAKLUMAT KEBENARAN"
5. Isi "MAKLUMAT WALI"
6. Klik "MAKLUMAT PERAKUAN" & "HANTAR"
7. Cetak borang2 berdasarkan senarai semak
8. Bawa borang2 yang telah siap dicetak, ke PAID untuk kelulusan.
Pasangan Lelaki Dari Daerah / Negeri Berbeza :
Jika pasangan lelaki dari daerah/negeri yg berlainan, pemohon lelaki perlu dapatkan kelulusan PAID beliau terlebih dahulu dalam tempoh 90 hari, kemudian barulah pemohon perempuan dapatkan kebenaran berkahwin dari PAID dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh akad nikah.
Pasangan Lelaki Dari Daerah yang sama dengan perempuan :
Jika pasangan lelaki tinggal di daerah yang sama dengan perempuan, boleh buat permohonan kebenaran nikah bersama. Perlu hantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 30 hari sebelum tarikh akad nikah.
Korang PERLU SIMPAN NO RUJUKAN BNO. Permohonan boleh dikemaskini selagi PAID belum proses.
Urusan permohonan nikah boleh dilakukan dalam tempoh 3 BULAN (90 HARI) DARI TARIKH PERNIKAHAN.
Kebenaran berkahwin BOLEH DIGUNAKAN DALAM TEMPOH 90 HARI DARI TARIKH KELULUSAN.
Permohonan kebenaran pernikahan hendaklah dikemukakan di pejabat Agama Islam Daerah (PAID) SELEWAT-LEWATNYA 7 HARI DARI TARIKH PERNIKAHAN.
(Pejabat Agama yg memproses permohonan adalah merujuk kepada ALAMAT KORANG TINGGAL).
4. PRINT BORANG BERKAITAN DAN SENARAI SEMAK YANG ADA DALAM WEBSITE SPPIM
Selepas dah lengkapkan borang permohonan baru di pautan SPPIM tu. Korang boleh download semua borang berkaitan, Senarai semak dokumen dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Korang dah boleh download / terus print borang2 dari pautan web SPPIM tersebut.
5. BUAT PEMERIKSAAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN BERDEKATAN
Borang yang dah download tu, sila print dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Sah untuk 6 bulan. Hanya sah klinik Kesihatan kerajaan saja tau. Kalau Swasta tak diterima.
6. AKUAN STATUS DIRI & PENGESAHAN MASTAUTIN (JIKA ALAMAT BERLAINAN DARI KAD PENGENALAN)
Jumpa Ketua Kampung /Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah Beragama Islam, beritahu, korang nak nikah,
Minta surat akuan diri/pengesahan bujang dan pengesahan mastautin (jika alamat berlainan dari ic).
Pihak tersebut akan keluarkan surat pengesahan khas siap tandatangan dan cop.
Maaf, borang ini tiada dalam pautan SPPIM tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda/majikan yang beragama islam untuk mereka sediakan surat pengesahan tersebut. Boleh juga minta surat pemaustatin yang beralamat di johor.
7. TENTUKAN SAKSI BORANG NIKAH
Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad. Saksi borang mesti lelaki selain adik beradik. Boleh guna kawan lelaki untuk mendapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.
8. SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermaustautin (jika alamat berlainan dari ic), sijil kursus pra-perkahwinan, sijil nikah ayah & ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Korang perlu rujuk sendiri di borang senarai semak dokumen di pautan SPPIM yang korang dah print tadi.
9. HANTAR BORANG DAN DOKUMEN SOKONGAN DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH (PAID) & BERSEDIA UNTUK DITEMUBUAL
Permohonan kebenaran pernikahan hendaklah dikemukakan di PAID SELEWAT-LEWATNYA 7 HARI DARI TARIKH PERNIKAHAN.
.
Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu dihantar & buat pembayaran di PAID, dan selepas itu korang akan di temubual.
10. PAKAIAN SEMASA TEMUBUAL
Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan wajib bersongkok, bagi peserta perempuan baju kurung dan wajib bertudung.
11. JAWAB SOALAN TEMUBUAL
Perkara Asas yang di tanya :
β
Bacaan dua Kalimah Syahadah
β
Baca Al-Fatihah
β
Baca doa Qunut
β
Rukun Nikah
β
Farhu Ain
β
Tanggungjawab suami isteri
12. PAID SERAH FAIL KHAS UNTUK DIBERI PADA IMAM
Setelah Selesai Temubua,l PAID Akan Serah Fail Khas
untuk di serahkan pada imam, tempat korang bernikah nanti. Nanti PAID akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada imam sahaja. imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di fail.
13. BAYARAN SAGUHATI JURUNIKAH DAN SAKSI PERNIKAHAN
Bayaran saguhati untuk jurunikah dan saksi diserahkan kepada imam selepas majlis akad nikah iaitu sebanyak RM150.00
14. PRAKTIS LAFAS AKAD NIKAH
Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktis sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, "..Aku terima Nikah.........(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai.."
15. SIJIL NIKAH DAN KAD PERAKUAN NIKAH
Sijil nikah akan dikeluarkan oleh PAID selepas 30 hari dari tarikh pernikahan. Kad perakuan nikah boleh dimohon selepas sijil nikah diambil di PAID ya.
Semoga bermanfaat.
Setakat ni korang faham x ke ade yang tak faham?
Kalau korang dapat sesuatu cer komenπ "Dapat"π
PS : NAK DAFTAR KURSUS KAHWIN JOHOR 2022?
Wasap www.wasap.my/60193083573/fbKursusKahwinJohorBahru