Mohd Fadhli Md Yusof - Great Eastern Takaful

Mohd Fadhli Md Yusof - Great Eastern Takaful Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mohd Fadhli Md Yusof - Great Eastern Takaful, Financial Consultant, Johor Bharu, Johor Bahru.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمRasa nya dah lama abg fadh tak update posting dimuka buku ni, terasa rindu jari nak ...
04/06/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Rasa nya dah lama abg fadh tak update posting dimuka buku ni, terasa rindu jari nak menaip panjang2.. nak bagi korang spent masa sikit dkt posting abg fadh ni 😜

Alhamdulilah, semalam abg fadh dapat luangkan masa abg fadh bersama Team Empower Legacy Aziz Yusof & Mohd Nadzif Misman dan dapat juga berjumpa orang HEBAT Syed Amirul.. sambil2 tu sambut birthday UM abg fadh Ikram Zamri, (Happy Birthday UM IKI yang paling tak jemu bagi kata semangat dkt abg fadh)

Dalam tak sedar kita merapatkan semula silaturahim sesama kawan yang lama kita tak jumpa..

abg fadh nak share sikit tentang silaturahim sikit boleh? alaaa, kira boleh lah.. abg fadh dah lama tak menaip panjang ni..

Kalau korang nak tahu silaturahim ni mendatangkan manfaat yang cukup banyak tau.. antaranya meluaskan rezeki, mempererat hubungan persaudaraan, mendekatkan diri pada Allah, menghindari laknat Allah dan ada juga kelebihan yang lain. kalau untuk segi jasmani kita p**a, silaturahim sebagai penguat sistem imun tubuh dan juga menjaga kesihatan mental.

MasyaAllah mantap kan? walaupun kita tak sedar kadang2.. tapi tu lah hakikatnya yang berlaku..

lagi 1 contoh abg fadh nak bagitahu cara kita nak rapatkan silaturahim lagi sesama kita adalah, kalau korang terasa nk tahu tentang pelindungan medical card, nak tahu tentang hibah.. korang boleh whatsapp abg fadh..

haaa kan tu buat kita dah automatic rapatkan silaturahim kita sesama islam.. mudah kan 😝

jadi abg fadh sentiasa ada bila korang perlukan abg fadh 🫰🏻

P/S : Team abg fadh yang lain ada urusan perlu dibuat, jadi tak dapat bersama.. Dhani Darwami, Reza, Zuhaile dan lain2 sentiasa ada walaupun tiada dalam gambar 🤜🏻

𝘼𝙗𝙜 𝙁𝙖𝙙𝙝
𝗔𝗨𝗠 𝗚𝗿𝗲𝗮𝘁 𝗘𝘀𝘁𝗲𝗿𝗻 𝗧𝗮𝗸𝗮𝗳𝘂𝗹

15/08/2021
Varian Delta yang cepat merebak telah mengakibatkan lonjakan kes baharu COVID-19 di serata dunia.Abg fadh pasti anda mes...
10/08/2021

Varian Delta yang cepat merebak telah mengakibatkan lonjakan kes baharu COVID-19 di serata dunia.

Abg fadh pasti anda mesti tahu varian delta ini..sekarang ianya varian yang pop**ar dimalaysia selepas hampir 100 buah Negara virus ini serang.

Harini abg fadh share sedikit cerita tentang varian delta..

VARIAN DELTA INI APA?

varian Delta sebenarnya bermula di negara India,Untuk pengetahuan anda, virus sentiasa mengalami perubahan melalui mutasi. Disebabkan proses inilah, varian baharu akan muncul dan ada juga yang akan menghilang.

Varian Delta boleh merebak berbanding varian lain?

YA! Varian Delta mempunyai beberapa ciri yang membuatkannya berbeza daripada virus Covid-19 yang lain iaitu:

Mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi.

Mampu ‘melekat’ lebih kuat pada saraf sel paru-pau.

Mampu mengurangkan respons antibodi monoklonal.

Selain itu, varian Delta juga dapat merebak dengan lebih mudah di dalam kawasan tertutup seperti rumah dan pejabat.
Malah, menurut data daripada Public Health England, pesakit yang dijangkiti varian ini 1.8 kali ganda lebih berisiko untuk dihospitalkan berbanding mereka yang dijangkiti varian Alpha.

Bukan itu sahaja, menurut Yale Medicine, virus Covid-19 asal boleh menjangkiti 2.5 orang lain (dengan syarat tidak ada sesiapa yang divaksin atau memakai pelitup muka).

Namun, varian Delta boleh merebak dan menjangkiti 3.5 hingga 4 orang lain – Hampir 2 kali ganda lebih banyak berbanding virus asal!

Jadi kita dah tahu SKALA BAHAYANYA varian delta ini.. abg fadh ingin ingatkan sekali lagi Pada waktu ini, Covid-19 masih lagi berada di negara kita. Malah, kes yang telah mencecah 5 angka sehari juga membuktikan bahawa negara kita sedang tenat dilanda wabak ini.

Hanya keluar rumah ketika perlu.

Keluar hanya untuk mendapatkan barang asas.

Terus amalkan norma baharu.

Jangan tunda vaksinasi.

Pakai dua pelitup muka (double-masking).

Galakkan orang lain untuk amalkan norma baharu.

TAKDIRallahu, sebak dihati abg fadh masih belum hilang sehabisnya.. minggu lepas abg fadh raih kejayaan abg fadh bersama...
09/08/2021

TAKDIR

allahu, sebak dihati abg fadh masih belum hilang sehabisnya.. minggu lepas abg fadh raih kejayaan abg fadh bersama Team Takaful dan minggu lepas juga abg fadh dapat berita tentang keadaan mak abg dan juga kakak sulung abg fadh..

Ini lah yang dikatakan TAKDIR DAH DITULIS..abg fadh redha keadaan terjadi ini tetapi kesedihan tetap membelenggu diri abg fadh..siapa mampu melihat keadaan orang yang kita sayang berada didalam keadaan sakit kan..

Update terkini, kakak abg fadh masih tidak sedar lagi dan mak abg fadh masih dibantu lagi dengan alat penafasan untuk penafasan..

Apa yang adik beradik abg fadh mampu ialah berdoa sentiasa agar mak dan kakak kami pulih sedia kala.

Abg fadh nak tengok semula mak abg fadh berada di dapur tempat yang selalu mak duduk dan kakak abg fadh sambut kedatangan abg fadh setiap p**ang ke kg halaman..

Abg fadh rindukan gelaktawa mereka.......

Address

Johor Bharu
Johor Bahru
81750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Fadhli Md Yusof - Great Eastern Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Fadhli Md Yusof - Great Eastern Takaful:

Share