Cikgu Takaful - Medical Card Murah

REALITI KEHIDUPAN

3 risiko sepanjang kehidupan ini,
-sakit kritikal
-kemalangan
-kematian

kad perubatan serendah RM70*
Hibah RM50/bulan*

percuma

Klik untuk fastlink WhatsApp.

Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia.Ovari adalah organ yang menghasilkan t...
20/06/2022

Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia.

Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.

Siapa berisiko dapat Kanser Ovari?

1. Wanita yang tidak pernah hamil
2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak
3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti
4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos
5. Wanita yang hamil pada usia lewat
6. Sejarah keluarga kanser ovari

Apa tanda-tanda Kanser Ovari?
1. Keletihan yang melampau
2. Kesakitan semasa hubungan seks
3. Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki
4. Bengkak di bahagian perut(perut membesar/membusung)
5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit
6. Pendarahan f***j yang luar biasa

Apakah peringkat Kanser Ovari?

Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.

Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.

Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.

Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.

Rawatan Kanser Ovari
1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari
2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser
3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser

Salam takziah buat pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor.

Al- fatihah.

Dr. Ahmad Samhan

Salah faham wasiat Dan pelan Hibah.Rumah bernilai RM460,000 diwasiatkan kepada isteri. Boleh atau tidak? Rumah perlu dif...
15/06/2022

Salah faham wasiat Dan pelan Hibah.

Rumah bernilai RM460,000 diwasiatkan kepada isteri. Boleh atau tidak?

Rumah perlu difaraidkan mengikut pembahagian waris-waris tersenarai. 1 unit rumah perlu dibahagikan mengikut bahagian-bahagian hak Waris. Langkah mudah, dengan menjual rumah tersebut Dan tunai dibahagikan kepada waris yang hak.


Atau,


Tunai pelan hibah boleh digunakan untuk menggantikan nilai yang setara Dan diberikan kepada waris. Waris menerima pembahagian mengikut kiraan faraid, dalam masa yang sama rumah masih dimiliki isteri melalui proses tukar hak milik. Duit hibah juga boleh digunakan untuk menanggung kos pindah milik.

APAKAH 3 KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL?1. Duit sara diri dan nafkah keluargaHibah Takaful merupakan tunai segera ‘Instant Ca...
12/12/2021

APAKAH 3 KEPENTINGAN HIBAH TAKAFUL?

1. Duit sara diri dan nafkah keluarga
Hibah Takaful merupakan tunai segera ‘Instant Cash’ kepada keluarga, terutamanya anak isteri untuk berbelanja harian.



Ini kerana, selepas kematian semua simpanan di akaun bank, rumah, kereta, Tabung Haji, dan ASB akan dibekukan untuk proses pengagihan harta.



Ini bermakna isteri dan anak tidak boleh keluarkan duit tersebut untuk berbelanja. Perbelanjaan makan minum, hutang rumah dan kereta, pembayaran bil bulanan, persekolahan anak-anak, dan petrol tetap diperlukan.

Jadi dengan adanya Hibah Takaful, isteri boleh gunakan duit tersebut berbelanja tanpa meminta sokongan kewangan daripada ahli keluarga yang lain. Duit pampasan ini boleh diperolehi seawal 7 ke 30 hari selepas tuntutan dibuat.

2. Simpan duit cara takaful
“Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Itulah perumpamaan yang kita selalu gunakan untuk menyimpan. Kita tahu jika kita menyimpan hari ini dan duit itu akan bertambah dari semasa ke semasa.

Jika ditanya tujuan simpanan tersebut, sudah pasti jawapan kita adalah untuk kegunaan akan datang jika memerlukan.

Jika kita menyimpan RM200 sebulan:



RM200 x 12 bulan = RM2,400

RM2,400 x 10 tahun = RM24,000



Maka, selama setahun simpanan adalah RM2,400. Untuk dapat RM24,000, kita perlu konsisten menyimpan sebanyak RM200 sebulan selama 10 tahun.



Dengan mendaftar Hibah Takaful, jika anda mencarum hari ini, dalam masa 24 jam selepas lulus, adalah sudah menyediakan simpanan kecemasan RM50,000 kepada ahli keluarga sekelip mata.



Padahal jika anda hendak menyimpan RM50,000, dengan komitmen bulanan RM200. Anda memerlukan 250 bulan. Bersamaan 20 tahun.



RM50,000 / RM200 = 250 bulan

250 bulan / 12 bulan = 20 tahun



Berbaloikan menyimpan dengan takaful?

3. Sebagai modal menguruskan harta pusaka


Seperti saya nyatakan di No 1, jika seseorang meninggal dunia, semua harta kepunyaan si mati akan dibekukan. Jika duit simpanan ada di bank, tidak boleh dikeluarkan. Jika harta dalam bentuk fizikal, tidak boleh ditukar nama. Kekal nama si mati.



Mengikut rekod terkini tahun 2021, harta pusaka yang dibekukan berjumlah RM70 Billion. Jumlah ini sangat banyak bila ditulis dalam bentuk digit iaitu RM70,000,000,000. Satu kerugian kepada ekonomi umat islam sendiri kerana harta ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya.



Antara punca harta pusaka ini tidak dapat diuruskan adalah kerana masalah ketiadaan modal bagi pengurusan harta pusaka ini. Waris perlu menggunakan wang mereka sendiri dahulu bagi menyelesaikan harta ini.



Masalah yang berlaku adalah tiada waris melainkan isteri yang sanggup mendahulukan duit sendiri untuk menyelesaikan harta pusaka ini. Ini kerana mereka sendiri tiada duit atau risau duit mereka tidak dipulangkan.



Hibah takaful yang dihadiahkan kepada isteri dapat membantu isteri menyelesaikan masalah ini. Isteri boleh mendahulukan duit pampasan ini bagi menyelesaikan harta pusaka suami. Kemudian, barulah isteri dan waris lain dapat memanfaatkan harta peninggalan si mati.

07/10/2021

Takaful mahal?? Serius aaah 🤔~

SEBAB KENAPA RAMAI ORANG TAK NAK TAKAFUL 🔥🔥

Berapa ramai orang yang katakan “nantilah” bila bercakap tentang takaful ?
Ramai.
Ada yang kata, “takpelah, saya kerja kerajaan”.
Ada yang kata, “takpelah, komitmen banyak sangat.”
Ramai orang tahu takaful ini ada kepentingan, tapi tak ramai yang tahu kos sebenarnya.
KOS ITU YANG BAGI ORANG PENING, walaupun tahu ia penting.
Nak tahu berapa sebenarnya yang anda kena bayar untuk takaful?
Klik 👇 untuk sebut harga Dan khidmat runding secara PERCUMA
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
Andai sahaja masih terasa mahal, kita sebenarnya sedang berkira-kira dengan kebajikan isteri, anak-anak Dan waris jika berlaku kematian atau kemalangan kepada kita.

Hidup mereka perlu diteruskan.
Segala bil perlu dijelaskan.
Dapur kena sentiasa berasap.

Jadi,
Takaful tidak seharusnya membebankan. Saya akan berikan info yang anda perlu tahu.

Jumpa saya,
WhatsApp sahaja juga boleh 😁
Klik 👇

https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah
https://linktr.ee/cikgutakafulmurah

07/10/2021

Hibah sebagai Pelan pengganti pendapatan

Hari ini kita bekerja dengan gaji RM5000.
Bila berlaku kematian @ HUKM seperti lumpuh, adalah majikan akan kekalkan posisi pekerjaan Kita??

Dan, yang pasti, gaji bulanan RM5000 tidak lagi dibayar.

Nilai Hibah akan diberikan kepada waris sebagai Pengganti kepada pendapatan yang hilang itu

Nak tahu antara cara mengurus Wang hibah?

Jumpa saya,
A.Yahaya - Cikgu Takaful
https://cikqutakaful.wasap.my
https://cikqutakaful.wasap.my

07/10/2021

Apa itu Takaful?

Pernah terfikir rasa rugi ambil Takaful?
Sepatutnya Kita harus bersyukur atas rezeki tuhan diberi kesihatan yang baik Dan umur yang panjang.

Berbanding rasa rugi,
Lebih baik kita fikir pahala yang mengalir tanpa disedari atas infaq kita dalam tabungan Takaful.

Jumpa saya,
A.Yahaya - Cikgu Takaful
https://cikqutakaful.wasap.my

*Selamat Hari Kebangsaan yang ke 64*"Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita semua. Marila...
31/08/2021

*Selamat Hari Kebangsaan yang ke 64*

"Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita semua. Marilah kita menyakini bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai rakyat dan sebuah negara"
- Tunku Abdul Rahman -

Tugas saya sebagai "Frontliners" menyediakan perlindungan Takaful buat semua rakyat Malaysia dalam menyelesaikan masalah kewangan berkaitan 3D iaitu Disease, Disability & Death.

In Sya Allah, semua orang berkemampuan memiliki perlindungan takaful mampu milik.

Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
*A.Yahaya*

17/08/2021

Address

Kota Tinggi
Johor Bahru
81900

Telephone

+60146740889

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Takaful - Medical Card Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cikgu Takaful - Medical Card Murah:

Shortcuts

Share