06/06/2018
-Ahli Sukan Wajib Baca-
Injury dalam sukan memang biasa dialami,walaupun dah berjaga-jaga,kemungkinan untuk terkena agak tinggi.Futsal ialah antara sukan yang banyak mengakibatkan kecederaan lutut.ACL tu kiranya dah lali didengari oleh pemain.
Ada stage yang perlu dibedah dan ada yang hanya perlu berehat,tetapi untuk sembuh seperti sedia kala agak tipis.
Kos pembedahan sahaja mencecah rm15-20 ribu,belum termasuk kos fisioterapi selepas itu.
Apa yang perlu diambil kira oleh seorang ahli sukan?
Ialah kos perubatan untuk masalah ini.Disebabkan sudah terjadi banyak kes yang memerlukan dana untuk pembedahan.
Kisah 1:
Azmi bekerja di syarikat firma perakaunan.Seorang ahli sukan yang aktif.Sudah mempunyai plan takaful yang dibeli oleh bapanya.Malang tidak berbau,dia terkena ACL.Dia bertahan hampir 2 tahun tanpa membuat rawatan.Keadaan menjadi lebih teruk,dia memerlukan pembedahan.Sewaktu itu baru Azmi check kembali polisi takaful,rupa-rupanya ia hanyalah takaful simpanan untuk pendidikan.Tiada perlindungan kesihatan.Dia kembali ke office dan bertanyakan kepada HR department berkenaan dengan insurans company.Baru dia ketahui yang insurans company hanya cover sehingga ke rm15 ribu sahaja.Maknanya dia perlu keluarkan duit sendiri sebanyak rm10 ribu.Nasi sudah menjadi bubur,dia terpaksa meminjam duit daripada ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menjalani pembedahan.
Kisah 2:
Ali bekerja sebagai pembuat kopi profesional.Dia juga aktif bersukan,bola sepak dan futsal.Sewaktu bermain,dia terkena ACL.Dia baru sahaja berpindah tempat kerja yang mana tiada apa-apa insurans yang lindung.Dia memerlukan dana rm20 ribu untuk jalani pembedahan.Doktor sarankan untuk tanya company lama sama ada masih hidup atau tidak polisi insurans.Tanpa berlengah terus Ali berjumpa dengan HR company lamanya.Alhamdulillah,polisinya masih hidup.Dia sangat bersyukur kerana polisinya belum ditamatkan.
Adakah bernasib baik itu satu perkara yang wajib?Mungkin jadi atau mungkin tidak.Oleh itu,kemaskini perlindungan risiko anda dan check sama ada punya perlindungan yang menyeluruh atau tidak.
Sebarkan agar orang yang kita sayangi mendapat info berguna ini,in sha Allah.