05/07/2021
5 SEBAB UTAMA KENAPA SUAMI WAJIB ADA HIBAH TAKAFUL.
==========
1. SUAMI PENYUMBANG UTAMA PENDAPATAN KELUARGA.
Kau kena sedar yang kau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga kau. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum kau mati. Boleh?π₯°
Katakan kau buat hibah takaful RM500K. Tak panjang umur, kau meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak akan dapat pampasan RM500K tu.
Tak perlu meminta-minta simpati orang lain. Sebab dah buat persediaan daripada awal kan.
2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG.
Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat kau, macam mana isteri kau nak bayar hutang-hutang tu semua. Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong. Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.π₯²
3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA.
Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga kau sendiri. Kau kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri kau? Okaylah tu. Kalau kau pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang kau nak bagi kat isteri kau buat belanja?π
4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK
Bila kau dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau kau ada hibah takaful sebagai income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak kau. Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang kau tinggalkan tu.πͺπ»
Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.
Sepatutnya nilai hibah takaful tu mestilah sama dengan 10 tahun gaji kita.
Contoh gaji kita RM4,000. Jadi kita perlu sediakan hibah takaful RM4,000 x 12 x 10 = RM480,000 kepada anak-anak dan isteri.